Thursday 29 September 2011

MAKUM 2011

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua...Tugasan dah berbakul..Dateline pun dah dekat..Tapi mood masih jauh..Kenapa? Sebab banyak benda nak kena fikir...Mujurlah ada teman pengubat kedukaan...Bukan boyfriend tapi girlfriend...Lau tak explain, mulalah judges orang yang bebukan...Nyampah!! HAHAHA...Malas betul nak menulis pepanjang gegara laptop problem dekat keypad(betul ke?) enter..Ish..Sumpah rasa nak baling laptop kat muka jurujual..Belum sebulan pakai dah hancur...Tolonglah...Bukan gajah pun yang guna sampai rosak keypad tue..Dah ar..Jom tengok gambar yang biasa-biasa nie...


Sorry ar, gambar kurang menyerlah..Macam tak syok nak tengokkan..Kiteorang budak baru belajar..Pakai pun kamera pinjam..Habis belajar nanti kiteorang beli DSLR eh...Pastu tangkap gambar yang superb tunjuk kat korang, okey?? okey, dah..Sila layaaaaaaan!
















































Karnival MAKUM 2011 nie diadakan di UPSI pada 23-25 September 2011 dan penutupnya diadakan secara langsung dari Dewan Bersejarah SITC, Tanjung Malim.. As tuan rumah, kami berbangga kerana tidak pulang dengan tangan kosong dan berjaya merangkul Anugerah Penciptaan Lirik Terbaik (kalau tak silaplah). Pemenangnya USIM, walaupun ramai yang menjangka kemenangan jatuh kepada UM..Tapi, itu yang dikatakan rezeki..Apapun, wish me luck..Huda pun ada masuk pertandingan mewakili kolej nanti..Doakan kecemerlangan kami untuk nama baik kolej kami..Gambatte..(tetiba!)


Last but not least................
Huda memang suka bergambar..Huda suka jugak ambil gambar..Tak kisahlah apa pun orang nak cakap, I just want to be myself..Real Nurul Huda..Ya, saya bukan Supermodel, tapi, saya adalah Superwoman...Hahaha...Tak de lah..Just Huda suka mengcapture apa sahaja dan itu akan menggembirakan Huda..Korang pun samakan? Bye..Bye...

Sunday 25 September 2011

Ceritanya bermula.....MALAM GEMERLAPAN SYAWAL 2011




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...weekend memang ditunggu-tunggukan..sebab masa nielah nak basuh baju yang sebakul penuh tue, nak mop lantai bilik, nak gosok segala baju kuliah...juga mengupdate segala cerekarama yang berlaku sepanjang hari seminggu..urm..itulah kehidupan seorang mahasiswa/i kan...okey lah...entri nie lebih kepada nak tunjuk gambar-gambar si burung hantu bersama rakan-rakan sepanjang program pertama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Ungku Omar sesi 2011/2012 berlangsung..Hope korang suka...Double suka tau....


make up by Nelly Gilob..awesome...


orang kuat Malam Gemerlapan Syawal



comel..Huda suka sampai merangkak laju-laju tengok gambar nie...



yang nie jugak..kak Sukma superwoman...


 Alyn..my partner...


 Syana..Jabatan Bendahari..my housemate..


 kak Su..Jabatan Bendahari..also my housemate...




 the pretty one..adorable...Pengarah Program..Shika..



 yo..yo..yo...its Nelly...my coach...


 sesi bersama peminat...haha..bersama sekretariat...


this girl we call her baby...bcoz..she's very cute & sangat manja!! 
i love her as adik lah...





Okey..dah settle dah..Program nie kira pertama kalinya lah bagi Huda sebab Huda terlibat secara rasmi..Apa-apa yang kita anjurkan pun tentunya banyak masalah..Sabar atau tidak jek yang menentukan ianya berlangsung dengan bagaimana...Apa sahaja yang berlaku adalah tunjuk ajar Allah swt kepada kita supaya kita memperbaikinya di masa akan datang...Bagi Huda sendiri, Huda happy malam tue..Tak tahu apa akan jadik selepas nie tapi Huda bahagia sebab ada kawan yang sangat baik di sisi...



Huda cuma nak beritahu...Kalau orang dah suka, macam mana buruk pun kita buat, tentunya dia suka..Tapi kalau orang memang tak suka, waima kita melutut merangkak untuk dia pun, dia tetap judges buruk tentang kita...Jom kawan-kawan...Bersangka baiklah dengan semua orang...Mereka juga adalah orang yang akan mengAminkan doa ketika talkin dibaca untuk kita nanti...Wassalam...





Friday 23 September 2011

Kekecewaan menzahirkan kebenaran yang perit itu..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..Siapa lah yang rajin nak membaca entri panjang nie. Tapi jom lah baca. This entri ditulis jam 1.19 petang..Masa nie Huda rasa sangat kecewa..Marah? TIDAK...Sebab kalau Huda marah, Huda akan benci orang yang buat tue. Tapi, Huda masih rasa sayang pada mereka. Huda teringat masa Huda join satu program kampus. Event besar. Tujuan Huda join event nie sebab Huda nak belajar. 

Huda pergi interview dan Huda terpilih. Seronok sangat sebab Huda hanyalah orang biasa yang bukannya ada pengalaman yang HIGH STANDARD pun. Huda pergi meeting first event nie. Masa tue dah terasa kecewa sangat dalam hati nie sebab Huda dapat mesej daripada majlis tertinggi event yang meeting akan start jam 8.00 malam. But, apa yang mengecewakan Huda? Meeting start hampir pukul 10.00 malam. Adakah ini dipanggil professional? Awal-awal Huda dah rasa dumb sangat dengan pengurusan. Then, Huda diberikan tugas dengan beberapa orang lagi. Serius, Huda diserahkan tugas yang bagi Huda cukup besar dan cukup penting. Huda teruja sangat sebab Huda yakin, Huda mampu buat sehabis baik. Malangnya, pada pertemuan pertama kami, Huda kecewa sangat kerana P.P dan T.P.P hanya buat kerja berdua sahaja. Adilkah macam tue? Jika mereka hanya nak buat berdua, mengapa tidak dibuang sahaja Huda awal-awal? Huda nak belajar jugak kerja macam mereka. 

Then, satu hari tue Huda dapat mesej suruh pergi HEPA, ada kerja katanya. Huda pun pergilah. Tapi batang hidung ketua langsung tak da. Kat HEPA tue, Huda pun tolong-tolonglah gunting flyers. Lepas tue dah siap Huda mesej ketua tanya dia kat mana, Huda dah siap kerja di HEPA. Dia kata dia di Bitara tengah settlekan bahagian acara kami. Huda kata nak tolong dia kata tak payah. Secara jujur, Huda tak tahu apa yang patut Huda buat lagi. Time event berlangsung, Huda hanyalah sebagai BUDAK MILO. Tukang panggil orang yang diperlukan, tolong ambilkan kertas yang tertinggal di rumah, jugak sebagai penonton yang meramaikan khemah yang lengang tanpa pengunjung. Habis event nie, Huda cakap, Huda tak sesuai lagi join sekretariat sebab Huda seorang yang PASIF, tak layak menganjurkan event. Tapi, dari sudut lain, Huda kecewa kerana bukan Huda tak mencuba tapi peluang itu disekat!


Lain yang mengecewakan Huda adalah Huda perasan layak menjadi seorang pemimpin. Huda hantar borang, pergi interview, terpilih, pergi kursus dan latihan tapi Huda tetap jugak seorang yang PASIF. Kenapa erk? Huda tak nak cakap salah orang lain jek, tapi Huda percaya semuanya berpunca daripada diri Huda sendiri jugak. Mungkinlah mereka tak berani nak bercakap, SMS, atau chat Huda di Fb sebab tue mereka buat kerja dengan mengabaikan Huda dan kemudian menganggap Huda seorang yang malas, pentingkan diri, tak beri kerjasama dan tak layak berada dalam organisasi. 

Ya, benar, Huda bukan seorang yang peramah. Huda tak banyak cakap dengan mereka, Huda tak ketawa-ketawa pun dengan mereka. Malahan Huda tak tegur mereka ketika bersua. Tapi, mereka ada mencuba untuk menegur Huda? Bukan semua tapi sesetengahnya cukup baik dengn Huda sampaikan kerana mereka Huda nak berada dalam organisasi. Cara kerja Huda sangat berbeza dengan mereka, Huda rasa. Huda sukakan kerja yang simple tapi padat. Contoh, meeting cukup 1jam setengah. Kita cuba pendekkan masa meeting dengan datang awal, tak mencampurkan urusan rasmi dengan benda-benda lawak. Kemudian tue, kita cuba bahagikan tugas dengan jelas. Dalam setiap bahagian kalau ada 3 orang AJK, maka, setiap AJK mesti ada pengkhususan kerja supaya tidak bertindan, kerja lancar dan setiap orang dapat belajar sesuatu. Bukannya hanya orang tue jek yang buat kerja dan bila tiba-tiba dia terlampau sibuk, dia tak sempat siapkan, dia telefon Huda dan beritahu Huda tolong buat itu, Huda tolong buat ini, sedangkan event hari Sabtu, Jumaat dia suruh. Telefon pulak masa Huda tengah kelas. Rasa kecewalah. Sedangkan, Huda dah tunjuk flow yang Huda buat. Ya, Huda tak de pengalaman macam mereka, tapi, tak salahkan kalau mereka tengok pelan yang Huda buat, sekurang-kurangnya hargai hasil kerja Huda. Masa meeting kecil antara AJK, tak de pun nak suruh Huda buat memo ke, cubalah cakap, Huda buat nie. Huda takkan marah. Sebab memang tue tanggungjawab Huda. 

Tapi, sebagai manusia biasa, Huda rasa kecewa bila Huda nie hanyalah PENGGANTI bila mereka dah tak sempat nak buat. Kalau tak, kalau boleh, memang tak nak pakai lah Huda nie. Mesej pun tak nak walaupun Huda dah mesej beritahu kalau perlukan bantuan Huda, kalau nak bincang, mesej Huda beritahu. Jangan buat sendiri. Kalau ada sesiapa baca entri nie, mesti kesalahan akan dijatuhkan pada Huda dan kebencian terhadap Huda akan mula bercambah. Huda redha. Sebab, masa di Makkah, Huda doa, Huda mintak Allah satukan hati Huda dengan mereka. Tapi, kalau dah takdirnya hati kami tak bersatu, Huda mohon, jangan Huda menyakiti mereka. Huda terima respon yang mana mengatakan, JANGAN PASIF, TOLONG BERKERJASAMA, JANGAN BUAT TAK PEDULI, ALLAH BAYAR CASH. Huda sedar itu. Huda tak berniat pun nak lari daripada tugas. Huda tak pernah pun nak jadikan ASIGNMENT sebagai alasan tak join kerja. Huda fikir, kalau Huda mampu buat kerja nie dengan baik sampaikan tugasan Huda tak selesai, lec akan denda Huda atau mereka? Ya Allah, tolonglah Huda. Huda merayu, seandainya Huda tak mampu nak pikul tanggungjawab nie, lepaskan ia daripada Huda walaupun Huda terlalu sayangkannya. Huda tak mahu jadik bualan orang. Huda sedih dengan perlakuan-perlakuan di sekeliling Huda. Siapalah Huda dibandingkan dengan mereka. Tidak ada harga dan kepentingan pun. Subhana Allah.

Huda tulis entri panjang lebar nie, bukan nak buka pekung di dada walaupun nampaknya begitu. Huda tak tahu pada siapakah wajar Huda luahkan semuanya ini. Adakah yang akan mengerti? Tetapi, kalau ada yang membaca, Huda harapkan bila anda bersedia berada dalam organisasi, tolonglah jangan lakukan kebiasaan anda. Cuba keluar daripada kepompong yang biasa. Ya, Huda bukan manusia yang layak menasihati anda kerana ilmu Huda ibarat setitis madu sahaja berbanding anda yang sudah mengumpul sebotol pengalaman. Malu Huda nak berdiri di sisi anda. Tapi Huda akan rasa gembira kalau kita benar-benar mampu berkerjasama, bukan menjadikan salah seorang daripada kita dalam situasi yang sukar. Anggaplah apa sahaja tentang Huda, Huda redha. Ya Allah, engkau yang menetapkan sesuatu. Bantulah hambu-Mu ini memperbaiki kekhilafan diri. Aku mencintai mereka seperti darah dagingku sendiri kerana mereka juga yang akan menyokong amal ibadahku pada-Mu.


Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan bersama menanggung beban di hati ini.

Thursday 22 September 2011

Lets Dance Together..Part 2.. Nor Asni Seman...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..Hari ini macam mana? Cuaca okey ker kat tempat korang? Huda Tanya sebab cuaca jugak salah satu faktor yang menpengaruhi mood kan..Yelah, macam Huda, bila panas jerk, hah, mulalah berasap telinga..Tambah pulak kalau dah berapa hari tak membuang..(selekeh yang jujur) Okey, entri ini Huda khususkan untuk my lovely friend jugak kat UPSI ini..Untuk 4 semester yang telah pun berlalu, 1 yang sedang dilalui, dan 3 yang bakal dijejaki, Huda rasa inilah kawan terbaik dan terbalik yang Huda ada..Okey, manusia itu bukannya 100% bagus dan sempurna tapi Alhamdulillah Allah mengurniakan kawan yang akan berada di sisi bila Huda dalam kesusahan dan kesedihan..

Actually, kami bukannya rapat sangat time sekolah kat Tun Habab dulu..Almaklumlah, seorang student SMK Air Tawar, seorang lagi student SMK Tun Habab yang tulen..(cakap nak gebang!!) Hahahaha..Haruslahkan...Tapinya, Asni, okey, baru nak mention nama dia..Terlupa tadi nak cakap...Kui,kui,kui..Asni ini best student Form 6 kat SMK Tun Habab..For sure lah kerja dia study memanjang, manakala Huda adalah kawan yang snetiasa menganggu dia dengan mengajak beliau pergi makan dan berjalan-jalan..Tapi, sepanjang 2 tahun lebih di TAnjung Malim ini, Huda dan beliau belum pernah lagi menjejakkan kaki ke mana-mana tempat merehatkan minda yang heboh diperkatakan oleh sekalian mahasiswa/i UPSI...MAklumlah, Tanjung Malim merupakan sebuuah pekan mati yang etntunya tak ada Mid Valley, Jusco,TS mahupun MYDIN..Hahaha...Tapi, Tanjung MAlim ada KFC, Pizza Hut, Secret Receipi, Watson (baru lagi beb) dan yang terbaharu...KFC PAndu Lalu..(Drive-Thru lah!!) Bangga tak? Okey..Huda tahu, entri mula menyeleweng..

Kisah kehidupan Huda kat UPSI ni memang dipenuhi dengan masa bersama Asni lah sepanjang hari.. Ke kelas, mencari makanan, pergi pasar cari petai malahan time menyelongkar dan menyembuyi buku-buku library pun sesame lah..Asni memang tahu tabiat pemakanan Huda yang mengalahkan dinosaur sampaikan beliau tak mampu makan bila bersama Huda sebab dah terlalu kenyang tengok Huda makan..Hehehe...Asni ini suka giler (terpaksa kot sebebnarnya) belanja Huda makan chicken chop..Clap..Clap...Terus muka berseri..HAhaha...Dulu kiteorang membedal chicken chop dekat kedai Pizza Stop and Bakery, tapi sejak kedai tue berlalu pergi kami beralih arah kepada Eqsy Cafe..Syok woo...Terbayang-bayang keenakannya..Makanan sini halal, kuantiti sangat banyak dan harga berpatutan..Urm..Adakah kesemua entri hanya menceritakan keseronokan hidup dibelanja orang lain?? Garu kepala...

tukang belanja~

lemonade float : RM 4.00

chocolate bla..bla...with float : RM 7.00

 tukang makan 

 Tokyo chicken curry rice : RM 6.00

Nasi lemak rendang ayam : RM 6.00



Nampak sedap bukan? Memang pun...harga dengan rasa dan kuantiti sangat la masyuk..Nak datang lagi tapi pastinya orang belanja...tett...



To Asni..Semoga impianmu tercapai..Wa tau lu boleh berjaya..Teruskan usaha..Kejayaan bukan datang mengejut tapi Allah datangkan kesusahan supaya kita menghargai hasilnya akhir nanti..Urm..Teringat Izzati lah...Beliau juga sangat tidak kedekut dengan Huda..Tapinya, masa, keadaan jauh memisahkan kami..Untuk berSMS bertanya khabar juga payah..Mengapa erk? Kena check domain sosial dalam diri ini..Semoga Izzati bahagia dengan kehidupan baharunya juga di samping kengkawan baharunya..Saranghae...(lari topik lagi..lagi..lagi...)

Wednesday 21 September 2011

Lets DAnce Together..Part 1...Cik Nelly Gilob

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera penggemar blog sekalian alam..Hehe..Harapnya korang akan terus sihat sebab Huda akan mula menulis dan menulis..Walaupun entri semakin lama semakin teruk..Semoga dengan menulis entri di blog ini akan dapat membantu Huda menghasilkan sesuatu yang akan dibukukan untuk anak bangsa satu hari nanti..Amiin..Okey..Jom..Check it out apa yang membahagiakan Huda saat ini..

First. This semester, Huda dapat roommate seorang anak kelahiran Sabah..Jauh mengembara untuk menyelami selautan ilmu..Thats we said, ‘tuntutlah ilmu hingga ke negeri China’..Ataupun dalam agama kita mengatakan, ‘tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’..Betul tak? Huda tak berapa arif mengenai hadis mahupun terjemahan Al-Quran..Tapi itu yang Huda dengar daripada lec Huda..Okey..Continue..Roommate Huda namanya Nelly Gilob..Yuppss..Bukan Melayu and for sure bukan Muslim..First time Huda sebilik dengan dia, belum serasi lagi..Tapi, Huda amik masa semalam jerk terus rasa serasi sangat la dengan this girl..Why? Nelly nie tersangatlah periang but.....sangat caring and loving kot..Adalah perbezaan setiap roommate..Cumanya Huda berharap perasaan selesa dan serasi ini akan terus berkekalan walaupun semester depan mungkin akan terpisah..

Nelly nie di UPSI major dia Kesusasteraan Melayu dan minor dia Bahasa Melayu..So, memang Huda dah kenal dial ah dari awal lagi sebelum Nelly join JMK KUO..Memang seronok bekerjasama dengan dia..Yang bestnya, even dia bukan Muslim, tapi dia tersangatlah banyak pengetahuan mengenai Islam..Malahan menghormati kita yang Islam ini..Serius, Huda rasa seronok dengan dia..Malam-malam, memang syoklah kami berbual sampaikan mata dah pejam tapi mulut masih bergerak..(Hebat!!!) Ehem..Ehem...Yang bestnya..Nelly Gilob dengan baik hatinya telah pun menghadiahkan Huda 2 pasang baju kurung..Syok weyh..Syok...(Ehh..Adakah entri ini bertujuan meLOBI Nelly Gilob supaya menghadiahkan lebih banyak barang lagi?) Sudah tentu tidak..Sebenarnya dah lama nak buat entri mengenai my lovely roommate tapi sibuk dengan class, meeting program dan presentation juga masalah-masalah lainnya..Apapun..Doakan kami sentiasa ceria bersama..Mengharungi pahit getir dalam perjalanan menjadi seorang guru bitara..





To Nelly, thanks sebab kamu menjadi pendengar yang setia walaupun katak kamu selalu mati bila saya selalu mengacau kamu..Hehehehehe..Nelly macam mama Huda lah..Pemain game yang tegar..Supermak!!(out of topic)

Tuesday 13 September 2011

Welcome Home..;)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
lamanya tak update blog..alah, tak de sape kisah pun kan...
actually Huda baru balik umrah...
sampai Malaysia terus balik U..sampai di kolej tercinta, line internet mengecewakan pula..
hari nie barulah semua ok...
adakah kerana biasiswa KPM sudah masuk baru semuanya nak OK?
what the ...?
okey la..entri nie just nak menunjukkan blog nie masih wujud...
next entri Huda nak update pasal kenangan umrah 2011 Huda yang Masya Allah, terlalu seronok sampai rasa tak nak kembali ke bumi Malaysia...
apa pun, jaga diri bebaik ea korang...
Huda share sekeping gambar buat pengubat rindu kalian...(ayat menyampahkan!!!)


nak lagi besar tak? haha..xoxo








Huda rasa KECIL HATI dengan sikap kawan yang Huda kenali sejak Form 1 lagi..Apa pun, may Allah bless you SAHABAT...