Monday 17 September 2012

Jalan-jalan cari pasal dengan students : CIKGU SAYANG KALIAN SANGAT_SANGAT!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Ahad ( September 2012)
Premium Lanes Kuantan Plaza (BOWLING)
Restoran Haji Shahrin Low (MAKAN BESAR)
East Coast Mall Kuantan (WAYANG+KARAOKE)

Jalan-jalan ini adalah salah satu reward pada para pelajar yang bertungkus-lumus, bersusah-payah dan sanggup menghadapi cabaran untuk merealisasikan impian guru praktikal ini. Aduh, kalau dikenang kembali perjalanan menyelesaikan tugasan sempena bulan kemerdekaan ini, memang menitis air mata. Saya tak menyangka, hanya sebagai guru praktikal, saya boleh menghadapi semua ini. Berhadapan dengan mereka yang berada di atas. Allahuakbar, kekuatan yang saya perolehi ini adalah daripada para pelajar saya yang sanggup menahan telinga, dengar saya marah, bebel, mungkin ada yang terkena maki-hamun. Maafkan cikgu anak-anak murid sekalian. Terkadang, mulut tak sama langsung dengan yang berada dalam hati. Tapi, itulah, manusia, kerap sangat terlepas laku. Malahan, kekuatan saya jugak, takkan saya perolehi kalau tidak ada bantuan kawan saya, Nor Asni. Sanggup melayani kerenah saya. Sanggup mengeluarkan wang bagi merealiasikan impian nie. Memang saya terharu sangat. Jadinya, bila Pengetua, Encik Ruslan seronok, menghulurkan duit, meminta saya membawa para pelajar yang bertungkus-lumus nie, saya gembira sangat. Memang kalau tanpa duit pengetua pun, saya akan belanja pelajar. Tapi, hanya makan-makan kecil kat sekolah saja. Ingat nak masakkan mereka sesuatu. Tapi, alang-alang pengetua bagi pelepasan, kami plan keluar bandar untuk meraikannya.

Tak perlulah saya cerita panjang lebar tentang apa yang kami buat sepanjang keluar bandar tue. Yang penting saya happy sangat-sangat. Saya seronok tengok pelajar seronok. Saya harap memang mereka betul-betul seronoklah. Saya manusia biasa, terkadang perancangan itu berlangsung tanpa kita duga akan ada halangan dan dugaan sewaktu melaksanakannya. Saya harap semua yang terlibat berpuas hati seadanya dengan apa yang telah kita lalui. Janganlah ada cakap-cakap belakang, janganlah ada rasa tak puas hati, janganlah ada rasa benci.

Pelajar-pelajar sekalian, 
cikgu rasa semua pun merasakan ikatan kita selama lebih kurang 2 minggu kita berlatih bersama, kita bergembira bersama, kita kenal antara satu sama lain, kita jadi rapat. Pastinya dalam hati setiap pelajar yang menyertai sketsa kemerdekaan akan rasa antara kita ada rasa sayang, rasa ikatan adik-beradik yang kuat. Kalau kamu katakan tak ada rasa itu, cikgu langsung tak percaya kerana kamu di hadapan cikgu. Cikgu memerhatikan setiap daripada kamu. Sebab tuh, cikgu menangis bila ada cerita-cerita yang tak sedap langsung didengar. Cikgu ingat, cikgu berjaya menyatukan ukhwah antara kita, tapi, kalau hal nie terus berterusan, cikgu rasa, cikgulah punca hubungan kalian retak. Cikgu mohon, buangkan rasa benci, rasa tak puas hati, iri hati, tak suka atau apa sahaja antara kita. Anggaplah apa sahaja yang telah berlaku itu hanyalah satu mimpi. Kita bangun dari tidur, dan semua tuh mimpi. Teruskan kehidupan kita, sesama kita dengan rasa kasih-sayang. Kalau tak boleh buat untuk diri sendiri, boleh tak buat untuk cikgu. Cikgu tak lama lagi pun dengan kalian. Berilah cikgu kenangan yang manis sepanjang cikgu di SMVK nie. Cikgu juga bukan pilih kasih. Cikgu sayang semua sama rata. Tak ada lebih dan kurang. Tapi, biasalah, cikgu manusia biasa, kadang-kadang nampak pincangnya. Maafkan cikgu.


Cikgu harap, lepas nih akan ada peluang macam nie lagi. Cikgu juga harap, kita akan semakin rapat sesama kita. Kita akan rasa bertanggungjawab sesama kita. Sakit saya, sakit awak juga. Semoga Allah swt kukuhkan ukhwah kita, letakkan kita dalam lingkaran kasih-sayangNya, cambahkan cinta sesama kita. 
ME LOVE YOU~



Terima kasih juga buat Midah dan Saufu yang membantu dan menghulurkan sumbangan ikhlas. Semoga Allah swt permudahkan hidup kalian. 

Saturday 15 September 2012

Cubaan mengayat dan menipu. Terima kasih Allah.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Hey Johorian. Now, Im here. Feeling better and better.
Bukanlah Kuantan menyesakkan. Cumanya, beberapa hari diri ini kurang sihat, berada dalam lingkungan keluarga adalah saat yang dirindui. Kalau ada seorang yang menyayangi saya sepenuh jiwa pun, perasaan terhadap keluarga tetap kuat. =D

Bas dari Terminal Makmur Kuantan bergerak jam 10.30 malam. Ya Allah, perut laparnya bukan main. Sampai sesak dada tahan lapar. Tapi, salah sendiri. Siapa suruh keluar berjalan sampai makan pun tak kan. Hhahaha. Untuk mengelakkan rasa lapar menghantui diri, naik jek bas tuh, terus letak handphone dekat seat dan dudukkan handphone sendiri. HAHAHAHAHA. Motif? Sebab tak nak main mesej dengan sesiapa pun. Sebab nak TIDUR dengan rasa tak bersalah. Pura-pura tak dengar mesej masuk. Even calls pun tak layan. HEHEHEHE. Pukul 1 lebih terjaga. Sebab kena tukar bas. Entah pape. Benda macam nie kena elakkan lah sebab selalu berlaku tertinggal barang bila asyik bertukar bas. Ish. Ganggu lak tidur yang seronok tuh.

Pukul 3lebih sampai bandar Kota Tinggi. Asni turun dulu. Asni beritahu dengan driver suruh berhenti kat Taman Seri Saujana. Tempat saya leteww. Asni siap text saya, 'Huda, kau jangan tidur lagi!'. Hakhakhak. Asni being my friend dah 4tahun kan. So, tahu sangat perangai saya yang kalau naik bas akan tidur kawkawkaw punya tidur. Hanya bangun masa bas dah berhenti. Sampai ke tempat tujuannya ler. So, bila Asni dah ingatkan gitu, saya memang berjagalah. Berhenti dengar lagu sebab dengar lagu buat saya tidur makin nyenyak. Sekali tuh, bas tuh jalan punyalah laju macam takkan berhenti. I was shocked. Eh, ada jugak bas nie terlepas Taman Seri Saujana. Tak sedap hati, saya pun berdiri. Dan bergerak ke depan. Sebab bas speeding macam nak terbang sangatlah kan, saya terhumban kat lelaki yang duduk single seat. HAMPEH! BENGONG! *Emosi bhai~* Masa nak stabilkan badan balik, saya jerit kat pak cik bas, pak cik, berhenti-berhenti. Pak cik tuh mungkin bukan PEKAK, tapi langsung tak PEKA dengan arahan saya and masa tuh bas dah melepasi separuh daripada tempat saya patut berhenti. Tak ada seorang pun dalam bas yang tolong suruh pak cik tuh berhenti even mereka nampak saya kelam-kabut menguruskan diri! Memang choii punya rakyat.

Bila pak cik tuh sedar saya jerit. Dia brek. Pergh, korang boleh bayangkan apa jadik kat saya. Tak terkeluar ikut cermin depan bas cukup baik. Pastuh saya cakap kat dia, 'Pak cik, kan dah beritahu, berhenti kat Taman Seri Saujana, kenapa tak berhenti?'. Driver jawab 'Alamak dik, pak cik lupa sangat. Habis, macam mana nie, dah terlajak jauh nie?'. Dah, takkan saya nak ke Larkin pulak. Gila babas jauh daripada rumah! Lagipun ayah dah tunggu kat situ kan. Saya pun kata, 'Tak pelah pak cik, berhenti sini, saya jalan kaki balik. Muka saya, korang jangan tanyalah macam mana.

So, dalam kegelapan malam, sejuk tak usah cerita, dengan tak ada kenderaan lalu, saya redah jalan kaki. Mulut tak payah cakap lah. Membebel sambil doa sikit-sikit. Jangan tetiba ada yang teman pulak! Sekali, ada lori pasir hon. PHOOON. Memang matilah driver dia kalau saya dapat. Saya pijak-pijak tanpa belas kesian. Tahu tak apa tuh terperanjat???? Sesuka hati kau nak hon-hon orang tengah malam. Saya teruskan perjalanan sampailah ada kereta dari arah depan berhenti. LELAKI. Dia kata, 'Awak, berhenti jap, Berhenti jap'. Eh, ingat nak berhenti ker? Memang taklahkan. Dengan gelap gitu. Saya terus berjalan sampailah dia block jalan. Dia kata nak tanya sesuatu. Saya tanya nak tanya apa. Dia tanya kenapa saya jalan kaki. Tanya nak pergi mana. Saya jawab. Then dia kata, macam mana nak pergi JB. Saya pun jawab, encik terus je, setengah jam macam tuh sampailah pusat bandar. Malam tak de kereta, tak jem. Pecut, sekejap jer sampai. Lepas tuh, jantan keberet nih mulalah tunjuk belang dia. Menyasar pulak soalan dia ke lain-lain hal sampai paksa-paksa saya naik kereta dia. Nak hantarkan balik. Saya jawab tak payah dia suruh jugak. Sambil tuh, saya terus berjalan, dia plak terus gostan kereta dia follow saya. Pergh, jantung paling laju berdegup. 

Tapi, alhamdulillah, terselamat sebab ada polis. And, semuanya, going well. To Transnasional, lain kali jangan camni. Bukan kita salahkan korang sebab korang being well kan nak tolerate dengan kita berhenti mana-mana. Cuma, takkan tak perasan kita daripada seat belakang sekali nih gerak ke depan berjalan terhuyung-hayang? Then, penumpang-penumpang lain, why being so selfish? ?? Hmmm.

Till then, xoxo

Tuesday 4 September 2012

Jangan salah memberi hati~

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera



Malas nak jawab kalau orang tanya, hey, bila lagi nak naik pelamin. Actually, hari-hari pun boleh naik pelamin, apa susah, pergi jer mana-mana kedai pengantinkan. Apa yang nak risaunya, tak tua sangat pun lah. Belajar pun tak habis lagi. Sekolah dah habis!!! kekekekeke...

Bagi orang kat luar sana, dont worry, setiap yang hidup di dunia ini sudah ditentukan nasibnya, jodohnya, takdirnya dan ajal mautnya. Dont worrylah kalau saat ini masih sendiri lagi. Chill ok. Pergi text kawan-kawan yang sekapal dengan kita. Single mingle. Tanya dia, hey, korang nak keluar tengok wayang apa ngak? Kalau mereka tak mahu teman, tak per. Jangan runsing sampai keluar hingus. Siap cecantik, start engine kereta, pergi mana-mana mall yang ada panggung wayang, beli tiket, tiket mesti cerita hantu tau atau apa-apa cerita yang seram, beli popcorn, tengok sensorang. Hahahahah. Habis cerita.

Yang penting, jangan susah hati kita single sampai semua pun kau nak sambar. Tak tengok kiri kanan. Tak tengok laki orang ke pondan. Pun nak jugak. Asal berteman. Chill ok. Single tuh tak bermakna kita nie tak laku, tak cantik dan tak handsome. Boleh jugak muhasabah diri malam-malam kenapa tak berteman lagi. Tapi, jangan risau lah. Lepas tuh, jangan bergantung dengan lelaki lah. Kalau dia buat hal dengan kau ker apa, say bye bye kat dia. Pleaselah jangan menangis lagi kerana dia. InshaAllah, Allah akan beri kita the best partner kat syurga nanti. Kenapa nak nangis dengan lelaki yang tinggalkan kita hanya untuk mak janda ke, Indonesia, Nepal, Myanmar mari?? Relax, lepas tuh, kita buli dia cukup-cukup taw. Jangan bagi peluang. Spray dia dengan spray nyamuk. Baling dia dengan kulit durian. Cakap kat dia, sesenang jer kau datang balik ya. Sekarang, kau boleh blah........

Dah pergi kan? Pehal nak balik semula. Nih orang yang kau dah ludah tau tak. Syuh syuh syuh.


Owh, please please jangan emosi emosi. Ada orang cakap, kalau emo emo ni, muka tak comel. So, mari menjaga kecomelan kita sekalian comel. Banyakkan minta dengan Allah supaya dikurniakan pasangan yang menyejukkan mata dan mententeramkan jiwa.

Untuk si dia..Dia...Dia...Ececeh macam ramaikan. I was touched by your kindness. But sorry, we are really not meant for each other. Saya dah cuba, tapi  saya rasa saya tak mampu. Jangan tunggu lagi. Jangan. Please.

Sunday 2 September 2012

Budak kecil

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Mengarutnya rasa dua tiga hari nie. Rasa nak rendam otak nie dalam minyak panas jer. Sebab bengong dan rasa vangang sangat. Hahaha. Kasar dah bahasa dalam menggambarkan diri sendiri nih. Cerita mengarut malas nak mention sebab sangatlah menyampahnya dengan diri sendiri.

Just nak kongsikan kisah saya dengan budak-budak. Umur, 23 tahun. Belajar lagi di UPSI. Beza saya dengan kakak setahun dan beza saya dengan adik, 8 tahun. Maknanya adik, Tingkatan 3. Sebab lama sangat terlalu manja dengan parents, langsung malas nak amek port tentang kanak-kanak or budak-budak. Hati langsung tak teruja tengok budak-budak. Selalu ler tengok kakak ker kawan-kawan perempuan lain, bila jer pergi mana-mana majlis, confirm ada baby ke budak-budak kecil. Terus menerus akan mengejar -baby or budak-budak dan diciumlah, peluk-peluk and terus keluar suara gedik. Alah-alah sayang. Anyoyoyo omellah. Pape lagilah sebutan dan tetiba orang dewasa pelat pulak bercakapnya.


Saya bukan tak suka ker anti dengan baby or budak-budak, just, tak biasa dengan mereka dan tak tahu nak treats mereka camne. Kalau budak sebaya ker, bolehlah kita salam tangan dan men laga-laga pipi. Tak pun, berlagak ayu depan orang tua dengan salam dan pura-pura bagus depan mereka. Kan3? Ni dengan budak kecil. Kekadang tuh, kita cuba nak berbaik dengan mereka (budak) sekali dia tarik tudung kita. Tak pun, dia cubit kita dan lari jauh-jauh. Geramnya!!! Baby pulak dia ada instint yang kuat. Bukan nak sembarangan orang peluk. And, saya malas nak dukung baby sebab tak nak masa tudung dia dengan tiba-tiba dia meraung macam dunia dah berhenti berputar. Nyampah! Saya tak pernah, buat masa lalu, pergi mengaga-agah atau melibatkan diri dengan budak kecil. Sebab, malas nak ambil risiko dia tarik shawl ker, dia tetiba menjerit ker.

Tapikan tapi. Semalam masa kenduri rumah pak cik kat Sepang, dengan jayanya saya berjaya menundukkan seorang budak kecil. Ya, budak umur 4 tahun yang perangainya buat kita rasa nak bagi penampar sebijik-sebijik dengan kelajuan paling maksima. Namanya, Saifuddin Aqram. Nama sedap. Rupa pun comel. Otak bijak. Tapi, kalau tak ada kesabaran yang mantap, memang jangan dekatlah dengan dia. First jumpa dia nie, saya just tegur, hi Saifudin. Salam kak ngah. Dia datang salam. (dalam hati okey, bagus!! Kalau kau nakal, aku patahkan tangan kau, budak! Kekeke, tipuuu, tak jahat gitu pun eh!) After tuh, that todd terus duduk sebelah saya. Dalam hati, haiyakk. Macam mana nie kalau dia terkentut or terverak? Naya,naya! Tapi, alhamdulillah, bila dia tengok mak dia makan, dia pergi kat mak dia. So, selamat.

Tapi, lepas tuh, dia mandi kat RnR, si Saifudin nie asyik datang menengok kami jer. Then, masa acara kenduri berlangsung, kami sampai kat Sepang tuh, pukul 9 pagi gitulah kan. Of coz kenduri tak start lagi. Tapi, sebab rumah pak cik sendiri, apa ada hal. Redah saja. So, kami bergambar-gambar ler buang masa. And, Saifudin join sama. First time jugaklah saya dukung budak. Yea!!! Ya Allah, memang semua budak besar gini berat ya hampun eh? Masa dukung dia tuh, saya terpaksa push wrist saya ke depan sebab rasa macam nak terbalik ke belakang. Adoi, terus malas nak dukung lagi. Hahahaha. Sekalikan, kami keluar ke Petronas untuk tumpang toilet sebab toilet rumah pengantin full, Saifudin nak ikut sekali and he asked me supaya dukung dia. Hah??? Jaraknya adalah 50m rumah pengantin dengan kereta yang ayah parking. Tapi, sampai ajer kereta dan turunkan dia, I thought, balik ni kena carik susu Anlene. Tulang mereput!!! Budakkan suka didukung, and after tue, dia keep minta berdukung. And, saya tak larat and dengan sengaja menyebut, kak long dukung Saifudin. Ayah, Saifudin minta dukung. Hakhak. Mengelakkan diri.

And sebab semalam which is saya tak ada mesej dengan sesiapa pun, Saifudin pegang hp saya all the time and bermain bersama binatang peliharaan yang disukainya iaitu B1. Apa tuh B1? B1 adalah merujuk kepada BABI. Si Saifudin ni suka main game Angry Bird lepas tuh B1 adalah binatang kesukaan dia. Sampaikan dia nampak trak POLIS, dia kata, tuh kereta B1. Mula-mula curious jugak kenapa dia kata trak polis as kereta B1. Then I realize, kan B1 selalu diangkut naik trak. Hahaha. Bijak. Sampai habis batery hp saya dikerjakan budak Saifudin untuk main game.

Malam tuh sibuk dia nak ikut pergi kenduri dan Yasinan. Sampai kat tempat occasion, dia meragam. MALU katanya bila tengok too much peoples. Kakak, dukung adik. Kakak, dukung adik. Sabar jer lah weh. Amirah try nak dukung dia, but, kesian pulak menengok si keding tuh. Mana ada daging or lemak dan dukung budak Saifudin tuh so, I as orang yang cukup zat dukung dia. Keep to push my wrist ke depan sebab nak buat sokongan sebab rasa nak terjatuh sangat. Tengah Yasinan, dia meragam. Sampailah ke saat makan. Suruh berdiam tak nak. Kopek telur dan kulit buang merata. Aduh, anak! Sabar jer lah. Last-last penat mengaruk, dia tidur. Baru nampak comel. Hehehe.

And, for me, budak kecil tak lah teruk sangatkan. Ada juga yang okey. Melainkan, masih lagi tak sopan bila dah kentut baru nak cakap! Tapi, mujurlah pengalaman pertama dengan budak nie, dia tak verakkan saya or membuang air kecil (bajet sopan) dekat saya. If ya, memang saya pulas-pulas tengkuk dia. Hahaha, joke!

See, macam mana ke depannya pinggangku untuk mendukung budak nih. Macam kuat giler pulak pegang dia. Mesti dia terseksa. Hahak

Okey, suka bergambar, give me 5
Buli kak long ajak main buai. Tapi tak nak ayun, suh orang ayun
Bebalik peace!
Gangster!

And, nih hasil kerja Saifudin. Bajet mahu jadi photoG, so, tengoklah apa jadi dengan muka saya. Dah macam pop corn!

Terketak-ketak sebab saya comel sangat tuh. Hahahak
Okey, macam dalam disko
Cukup untuk penampar satu kali!
Apakah?????


So, apa pengalaman korang dengan budak-budak???



#Aku pun rasa apa yang kau rasa tuh, tapi apa boleh buat...#