Monday 17 March 2014

TAMAN MERDEKA, JOHOR BAHRU bersama cinta hati

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.


Sebagai kaki jalan atau kaki merayap, memang ler Nurul suka sangat berjalan ke sana sini. Dulu masa baru lepas bebas, memang tak lepas daripada nak menengok wayang. Lama-lama Nurul macam tak minat langsung dengan wayang sebab rasanya tak berbaloi. Lama jugak tinggal tabiat wayang nih. Hmm.

Sekarang minat terhadap kamera dan bergambar semakin mencanak-canak rasanya. Ini tabiat daripada kecil dan rasanya tak ada sesiapa pun boleh ubah tabiat Nurul yang satu nih. Dan Nurul harap sangat bakal imam nanti tak menghalang. In shaa Allah, akan slow dan segalanya bertapis. =)

Kali nih, Nurul banyak berjalan dengan ex-students Nurul masa F6. Ntahlah, sejak cuti kerajaan dengan swasta tak sama, memang susah. Tambahan pula, kawan-kawan ada life mereka sendiri. Nurul memang tak boleh ganggu dan Nurul tak nak ganggu. Bukan abaikan kawan, tapi Nurul rasa dah dewasa sangat, dah boleh nampak hidup nih macam mana. Kalau Nurul boleh gerak sendiri, Nurul rasa memang tak nak lah ganggu sesiapa pun.

So, edisi merayap kali nih singgah kat Taman Merdeka, Johor Bahru, berdepan dengan RTM eh jalannya. Alahai, kalau nak ke Wisma Persekutuan mesti jumpa. Dah lama nak ke sini. Sampailah taman nih sekarang tengah renovated baru berkesempatan singgah. Sebenarnya selain suka bergambar, Nurul suka edit gambar. Suka tengok benda cantik-cantik. Betullah, uncle kedai kamera masa Nurul beli kamera aritu dia cakap, once dah main kamera, gila tau. Tapi Nurul bukan profesionallah bab kamera nih. Nurul just setting sikit-sikit, pastu memang takkan edit lebih lah. Just happykan diri guna photogrid ler sebab kaki Instagramkan, pastu guna basic editing Photoscape. 

Niat nak lebih-lebih memang ada, tapi Nurul sebenarnya kalau nak kejarkan semua, memang 24/7 langsung tak sempat. Sekarang nih pun, mata lebam ya Allah, sebab tak cukup tido. Tak tahu ler apanya yang disibukkan sangat. But, Alhamdulillah kesibukan buat Nurul lupa hal-hal yang menyedihkan. Alhamdulillah. 

Ok lah, daripada membebel tak de point, boleh terus check it out gambar.  Love, Nurul.








Dan, edisi wanita besi. Hahahaha.

















sebab tak semua orang boleh duck face, maka iolls buat







Saturday 8 March 2014

COUNTRY GARDEN, DANGA BAY, JOHOR BAHRU


COUNTRY GARDEN DANGA BAY...MEMORIES START.


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Tempat yang selalu pergi.
Datangnya sentiasa berbeza.
Orang yang berbeza, perasaannya sahaja yang sama.
Tapi penghujungnya, akan sendiri. Itu kehidupan.

Saya percaya akan kejujuran buat kita bahagia. Saya percaya kalau kita buat sesuatu dengan ikhlas, Allah balas dengan kebaikan berlipat kali ganda. Saya percaya, bila kita baik dengan orang, Allah balas dengan menghantar orang yang baik mendampingi kita. Syukur kalau hari ini kita masih punya hati untuk kebaikan.
PAGI-PAGI JOGGING DULUAN
KALAU PUNYA HATI, ISILAH DENGAN KASIH-SAYANG
SELAMANYA~

KALAU PERLU INSAN CANTIK SEMPURNA, MAKA, SAYA BUKAN ORANGNYA
PERCAYALAH, HANYA KITA BOLEH KAWAL HATI DAN NAFSU JAHAT KITA
PEMILIK UTAMA ADALAH ALLAH SWT
MUDAH-MUDAHAN AWAK DAPAT APA YANG AWAK PERLUKAN
DAN SEGALANYA AKAN BAIK AKHIRNYA~

ADA DI SINI. IN SHAA ALLAH. SELAMA-LAMANYA. MELIHAT AWAK. DI SANA. BAHAGIA.

Till then, xoxo
Semoga Allah swt jagakan kalian.