Wednesday 14 October 2015

KELAS KAMI SELESAI MEMBAYAR YURAN !!!! Amazing Laksamana

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Pejam celik pejam celik, pelajar SPM 2015 pun bakal melabuhkan tirainya di SMK Laksamana. Ya Allah, gerun betul sebab tahun ini secara rasminya saya terlibat secara langsung dengan keputusan mereka. Menyumbang atau tidak kepada peningkatan peratusan gred sekolah dan kejayaan pelajar-pelajar saya. Saya harap  75 orang pelajar saya tu mencapai keputusan yang bukan sekadar lulus tetapi cemerlang, gemilang dan terbilang. Memanglah SPM bukan penentu kejayaan hidup mereka, tapi, kalau tiada tapak, bagaimana juga kan....


Oh ya, memandangkan selama ini, rasanya memang iye atau terlepas pandang, kita selaku guru kelas selalu memandang enteng urusan pembayaran yuran. Ke saya je sebenarnya? kekekeke maaf lah yeee... Yelah kadang-kadang kita nak paksa budak pun kita tak tahu tahap apa kesusahan mereka sampai tak terbayar yuran sekolah. Oleh itu, SMK Laksamana, di bawah program unit PIBG, atau lebih tepat lagi, Kak Saadah mengelolakan Program Kelas Saya Selesai Membayar Yuran. Untuk itu, berdesup guru tingkatan membuat promosi kutipan yuran kat anak-anak pelajar. Sebelum ini pun, PIBG SMK Laksamana memang aktif menyediakan hadian buat kelas yang selesai membayar yuran. Tetapi, guru tingkatan sahajalah dapat. Dapat tuppaware and so on lah. Yang geram tuh, akibat kecuaian diri sendiri, saya boleh tak tahu kelas sendiri sebenarnya dah selesai membayar yuran bulan 1 lagi. Apa keslah kan. tsk tsk tsk (-_-)



Jadinya, untuk program kali ini, bukan guru tingkatan sahaja berhak mendapat hadiah jerih-perih mereka terpekik terlolong mengutip yuran sehingga dibenci oleh murid hahaha, tetapi para pelajar juga turut berpeluang memenangi SATU KON AISKRIM setiap sekolah bagi kelas yang selesai membayra yuran. Yeay!!! Hey, jangan perlekehkan satu kon aiskrim tau. Zaman GST dan harga barang naik ini, ingat senang ke nak dapat merasa satu kon aiskrim??? Cikgu gaji RM3000 pun belum tentu nak beli aiskrim harga RM2.50. Sebab, orang ramai mula menidakkan kehendak demi memenuhi ketidakcukupan keperluan. Nampak tak betapa program ini sebenarnya sangat baik dan wajar diteruskan. 



Kelas 4 USM berjaya memenangi satu kon aiskrim dan mereka berdesuplahkan memaksa saya menyerahkan kupon aiskrim mereka. Beratur panjang sey kat Koperasi SMK Laksamana untuk menebus kupon kemenangan tuh. Saya rasa ini memang perkara yang menarik untuk dikongsikan dengan umum sebab mungkin sekolah-sekolah lain ada juga cara yang lebih menarikkan untuk membuat pelajar membayar yuran tanpa rasa terbeban. Malahan, koperasi sekolah turut mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan dapat memberi sumbangan kepada sekolah juga.



Jutaan terima kasih buat PIBG SMK Laksamana terutamanya kak Saadah atas idea bernas ini dan tahniah juga buat warga 4 USM 2015 (hehehehe) serta tahniah untuk Koperasi SMK Laksamana kerana berjaya menghabiskan aiskrim kalian dalam masa sehari. Hihihi. 



Till then, xoxo. 


No comments: