Sunday, 30 December 2012

A story about friendship. Steamboat, bowling, cooking, sleeping and chatting, movies. Never ends of smiling.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Entry sekaligus. Karang kalau buat berpart-part, giler annoying pulak orang sekeliling. Walhal cerita pergi makan aje kan. Hahaha. Jadinya, kita sekaliguskan 5 hari punya cerita dalam satu entry. Mudah. Cepat. Well, saya pun tahu, ramai bangsa-bangsa yang pemalas nak membaca. Nak tengok gambar apa jek kan. Beza dengan saya, setiap perkataan tak mahu tinggal. Sebab, pengalaman orang, mungkin jadi iktibar dan petunjuk pada kehidupan kita. Serius!!!


Kiteorang stay rumah Zatie dengan Bella Artis daripada Isnin sampai Khamis. Gila lama merempat rumah orang macam rumah sendiri tak cukup makan. Hahaha. Saje jek habiskan cuti dengan lupakan semua hal-hal kerja. Biarkan lecturer mengamuk semester depan, biarkan dieorang halau saya keluar kelas, eh, eh, macam pernah kena jek. Hahaha. Isnin malam makan Pizza Hut. Gambar tak ada, semua Bella artis dah sumbat kat Instagram dia. Orang pakai TAB. Hohoho.


Tengahari (25/12/2012)
Bangun pagi, tahan perut walaupun lapar. Menyambung tengok dvd HELLO MY LADY. Santak sampai ke tengahari. Baru sedar perut dah melapar sangat. Zatie decide nak makan sizzling so, pecut ke TESCO. Bukan makan sizzling aje, siap tapau tauhu bakar dengan popiah basah. Giler sedap. Jumlah kerugian memang tak dapat dikenal pasti. Hahaha. Tapi, serius, happy tahap kaki tak cecah tanah. Balik dari TESCO, semua berbaring lagi depan tv, sambung menengok HELLO MY LADY. Tak sedar memasing dah TIDUR!. Bangun-bangun dah Asar. Basuh muka, solat Asar, tepek bedak, pecut ke Lagi Best Steamboat.

LAGI BEST STEAMBOAT (Selasa 25/12/2012)

Nama : Shabila
Nama samaran : Bella Artis
Posisi : Penjaga meja, tukar bakar udang
US
Bella Artis dengan Cikgu Huda
*nama nak hebat!*
US
Huda-Jane-Zatie
The real us
Zatie-Jane
Makanan. Kami kuat makan. Kalau tengok kat meja tuh, pinggan yang mengandungi KERANG, ISI AYAM PELBAGAI PERISA dan TELUR PUYUH DENGAN CENDAWAN CINA adalah pinggan yang diambil oleh saya. Gila TAMAK!
Udang segar. Udang nih hidup lagi. Tapi, daripada puluhan ekor yang diambil oleh Zatie, hanya beberapa ekor berjaya di bakar sebab udang melarikan diri dengan terjun ke bawah meja. Udang nih bajet boleh selamatkan diri ler tuh. Heh udang! Bawan meja tuh lantai, bukan kolam! Padan muka kau kena makan hidup-hidup dengan kucing. 
Masa nih Zatie dah hilang sabar. Tak tahan tengok lembabnya kiteorang membakar. Zatie amek posisi sebagai pembakar. Heh?  
DAIMAN BOWLING (Khamis 27/12/2012)

Khamis. Zatie cuti. Sebab tuh kiteorang pergi main bowling. Bella artis tak dapat join sebab sibuk carik nafkah. Tak pe Bella, we olls dah mainkan untuk kamu.
Okey, okey. Saya orang tua. Tapi, single lagi. Kesian.
US.
Huda-Jane
Dalam MYVI putih milik Jane. Psssttt, Jane tak basuh kereta lagik. Hahaha
Huda-Jane-Zatie
My love. Boyfriend I.
Zatie bimbo!
Pengurus Public Bank. In shaa Allah. 
The result!
Kesian I, paling corot tapi paling bising!
US.
Persahabatan tuh bukan dikira berapa banyak yang korang terima daripada mereka, tapi, berapa banyak kamu sanggup mengeluarkan untuk mereka. 
Doakan saya murah rezeki, supaya boleh belanja awak makan sedap-sedap. Me love you sayang!!!

Khamis tuh balik daripada rumah Zatie, saya tidur pulak rumah Jannah. Sebab ada projek baik punya. Hahaha. Nak tolong mak Jannah yang eksaited nak belajar buat kuih Cheese tart. Alhamdulillah, nampaknya mereka puas hati. Maaflah, hanya itu sahaja yang mampu saya tolong. Nak lebih-lebih pun, saya sendiri hanya belajar sendiri. Harap-harap mereka puas hati.

Gambar cilok kat Fb Jannah.

Sekian. Gambar dah pun menceritakan segalanya. Kegembiraan ini ingin dikongsi bersama kalian. 

Wednesday, 19 December 2012

ZOO KEMAMAN, TERENGGANU

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Entri lapuk nak pos jugak sebab gambar-gambar yang hilang sudah ditemui. *Tepuk-tepuk* *drumroll*


Singa! We are friend. Not sibling. Eh, huwahuwa.

Beruang yang menyampah. Punyalah payah nak capture muka dia. Padahal bukan comel sangat pun. Bajet comel sungguh ler dia nih.

Antara banyak-banyak haiwan kat zoo nih, GAJAH CUTE nih paling sempoi. Sebab dia memang happening sangat. Nampak jek kiteorang ramai-ramai datang, terus dia teruja. Dia buat show lagi. Hahahha. Anak gajah nih. Weyh anak gajah. Kenang daku dalam perutmu. =D

Okey. Owl marah-marah. Tak pe tak pe. Camnih ah kan. Orang datang jauh-jauh, emo pulaks. Cettt. ###tangan tuh bukan tangan I, hitam sgt ler###

Sajer, wat sedap. Hahaha. Thanks kawang-kawang yang sudi menemani Iolls menjenguk Zoo.

Saya adalah pencinta haiwan. Memang sangat sukakan haiwan. Melainkan ulat gonggok, ular, cacing dan seangkatan dengan mereka. Sebab tuh, kalau ada yang ajak saya pergi zoo, memang takkan menolak. Zoo pun okey apa. Boleh jumpa kawan-kawan. Auwww.


Pernah jejak kaki kat Terengganu sekali jer kot. Masa kenduri kahwin cikgu sekolah rendah dulu. Pastu dah tak ada lagi. Tapi, kali nih pergi lagi. Nak carik Zoo Kemaman punyalah payah. Hihihi. Almaklumlah, tak pernah jejak lagi. Tapi eksaited tuh. Paling eksaited nak jumpa harimau. Eh, tak tahu lah kenapa. Harimau macam sangat comel. =)


So far, zoo nih boleh lah. Masa datang nih orang ramai jugaklah. Cuma, best lagi zoo Melaka kot. Sebab kat zoo Kemaman masa nih under renovation. Pastu binatang macam tak banyak. =( Harimau pun macam tak mesra rakyat. Ada tak de singa yang terpekik-pekik. Entah apa-apa. Hahaha. Tapi, walau macam mana pun, saya happy. Happy sebab sambil berjalan-jalan kita mengeratkan hubungan silaturahim. Muahahaha. Silaturahim sangatlah. =P May Allah bless us. Amiin.


Semoga bertemu lagi di cuti-cuti habiskan duit mama ayah. Naik darah mama I. =D



### Eh, tarikh konvo dah keluar. Serius??? Maknanya, Latihan Ilmiah dah kena start!!!###
****Tarikh selimut, zzzzz****

Monday, 17 December 2012

Triffle dan kisah hidup

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Dah lama saya berangan-angan nk buat Triffle sendiri. Tapi, saya demand. Sebab mama tak beli casserole. Hahahaha. Saya nak buat Triffle. Tapi, mesti dalam casserole. *keji tak??* Akhirnya masa kat Langkawi hari tuh berjaya hasut mama beli casserole. Beli yang murah je. Jenama Pyrex, baru RM36. Kecik jek. Cukuplah untuk saya main masak-masak kat rumah nih. Eh, main masak-masak? *bajet kanak-kanak umur 3tahun, =P*

Nih hasil Triffle buatan saya. Lapisan bawah tuh saya buat perisa coklat sebab mama suka yang coklat. Pastuh saya guna Konyaku Jelly perisa Laici sebab kedai habis stok perisa lain. Jadi warna dia gelap gelita ler. Masa nih belum letak whipped cream belah atas lagi sebab tak sabar nak amek gambar. Nak berlagak. Kahkahkah. Saya buat dua set. 1 mangkuk lagi beri kat Cik Kam.  Rezeki harus dikongsi bersama. Barulah rezeki mencurah-curah ke ladang gandum. Wuhuhuuu. Selain itu, kau jugak akan mendapat pujian, 'Wah, pandainya masak, untung sape berbinikan kamu, hehe'. Ya, ya, ya. Untung lah sangat.

Resepi Triffle saya amek kat blog Cik Epal. Kalau korang tak kenal, memang kesian. Ni blogger femes. Girlfriend Shaheizy Sam kau!!! =D  Tapi, hasilnya taklah sebijik macam Cik Epal buat. Of coz lah. Kalau sama, tentu saya jadi gf Shaheizy Sam dah. Eh, eh, tak de kaitan. =P  So, bolehlah sesiapa nak mencuba, click sini. Sedap sedap sedap. Hihihihi. 


Urm, bila up entry pasal makanan, masakan nih. Saya terpanggil *sape pulak panggil kau nih, haha,=P* untuk share cerita hidup saya yang biasa-biasa je nih. Tapi, sungguhpun biasa, saya berbangga sebab saya rasa saya luar biasa dengan kehidupan saya. Jadi orang nih, kita kena bangga dengan diri sendiri baru orang lain bangga dengan kita. Kuikuikui. Janganlah rasa hidup kau sangat kasihan sampai kau hidup bagaikan katak di bawah tempurung. *Tak de kaitan, membebel*


Mama ayah saya tak ada pun suruh-suruh saya masak. Even mama ayah sibuk kerja, hidup sederhana, tak adalah sampai mereka paksa saya masak untuk mereka. Dulu, atok jaga kami adik-beradik, atok selalu masaklah. Tahu-tahu balik sekolah lauk dah terhidang. Tapi, atok nih skill memasak dia masih di takuk lama. *sesedap rasa mengutuk atok sendiri, =P* Sebab, bebalik atok akan masak lauk kegemaran dia. Sambal belacan, ikan goreng, sayur air. Korang tak tahu sayur air?? Meh aku simbah muka kau dengan air. Hahaha. Sayur air tuh, letaklah sayur apa pun, bawang, cili, halia, letak sikit air asam jawa. Paling advance pun sekali sekala atok masaklah kari ker asam pedas. Baru meriah sikit nak makan. =D Tapi, saya bersyukur, sebab atok rajin masaklah saya gemuk sampai macam nih. Kikikiki. 


Then, bila atok dah maikin tua, dia rasa tak best nak duduk rumah kiteorang. Sebab, kiteorang tak cool dengan dia. Asyik bergaduh dengan dia je. Tak bagi dia tengok Berita Utama TV3 tuh. Tak bagi dia tengok bola larut malam. Tak bagi dia bersosial dengan skandal dia. *HAHAHA, TIPU, SIAPA PERCAYA MEMANG NGOKNGEK* Atok duduk dengan pak uda. Then, bermulalah episod sedih dan menyayat hati dalam kehidupan kami. *KOYA!!!*


Ayah bawak teksi, kadang-kadang balik sekolah terpaksa ikut dia. Balik ayah beli lauk sikit-sikit. Kadang-kadang ayah masak. Mama kan kerja balik petang. Takkan nak mama masak, penat tuh. Lagipun dulu mama sakit. Tak bolehlah nak buat kerja berat-berat. Bila macam tuh kan, saya pun berjinak-jinak buat kerja. Lagipun, dulu mama saya garang seumpama harimau+singa+ular tedung. Kalau buat hal, mesti punya kena berdiri kat luar rumah malam-malam. Sejuk dan takut. =(  Tapi, bila dah besar macam nih, saya bersyukur pada Allah swt sebab dikurniakan mama yang garang itu. Sebab mama garang, saya jadi manusia yang berguna. Walaupun tak berapa berguna pada orang lain, tapi, sekurang-kurangnya berguna pada diri sendiri. =D


Seingat saya darjah 4 saya dah mula mop lantai. Sapu rumah. Hiaskan rumah. Alah, korang mesti cakap, alahai, kerja macam tuh, small matter. Tapi, cuba tengok persekitaran korang, tak pun diri sendiri, zaman sekarang, dengan umur korang. Pukul 12 tengahari tak bangkit lagi daripada tidur. Apa nak jadi. Jadi, saya harap, mama saya akan terus garang supaya saya lebih rajin dan bersemangat. Kikiki. Masakan pertama saya adalah nasi goreng. Ya, nasi goreng. Of coz lah, dah tahu amsak nasi dan goreng telur time tuh. Sebabkan kali pertama masak nasi. Saya cuma masak sikit jek. Kalau tak sedap pun, tak lah sedh nak campak kat ayam. Hihihi. Paling best time tuh, sebab first time masak, bukan main telatan=teliti lagi potong sayur kacang panjang. Hiris sikit punya halus dan cantik. Tumbuk bahan tumis pun sikit punya halus. Hahahaha. Kalau sekarang, lesung batu pun malas pegang, cecepat capai blender. Zassss. Siap. Hahaha.


Bila time raya, saya suka tolong mama kat dapur. Actually, bukan suka sebenarnya. Tapi terpaksa. Gila kau. Mak saya garang macam singa. Kalau tak tolong dia, nanti melayang kuali ke ruang tamu, siapa yang susah?? Dalam keterpaksaan dan kepasrahan, saya pergi tolong dia. Tapi, bagusnya, saya belajar banyak benda kat situ. Mama tak adalah ajar saya masak. Tapi, saya tengok macam mana dia buat. Jadi, bila saya kat dapur, saya akan buat macam mama buat. Wajib basuh dulu barang yang nak digunakan. Macam-macam lagilah. Bila rendang dah bertenggek kat dapur, masa tuh barulah saya lega. Bolehlah tidur dengan aman tanpa dengar jeritan mama. Hihihi. Tapi, sebab itu, saya jadi saya yang anda lihat hari ini. Walaupun tak mampu lagi nak masak rendang macam mama, tapi, at least, kalau nak makan Ikan Masak 3 Rasa pun saya boleh buat, tak payah susah-susah ke kedai. =D


Start saya boleh masak. Saya suka nak masak. Saya nak family saya makan masakan saya, pastuh, dyorang wajib puji. Kahkahkah. Kalau dyorang kata tak sedap, saya kecewa habis dan membenci masakan tuh. Malas nak masak lagi. Tapi, kalau licin kuali, saya akan masak masakan tuh berulang-ulang kali. Seolah-olah tak ada masakan lain dalam dunia nih. Kuikuikui. Sampai sekarang pun macam tuh, =P. Dulu, tiap kali nak masak sesuatu, berulang-alik ke rumah nenek kat sebelah. Sebab ada nenek dengan Cik Kam. Tanya dyorang, nak masak asam pedas letak apa. Nak buat ikan singgang macam mana. Hahaha. Sekarang dah tak lagi. On WIFI, Google jek semuanya. Tapi, tak adalah bangang sampai tahap sambal belacan pun nak Google jugak!!! Apalah korang nih. 


Saya rasa, siapa-siapa yang dah ada pak we tuh, bolehlah berhenti bersuka ria. Meh masuk dapur, tengok apa yang korang boleh masak. Kalau goreng ikan pun terpekik-pekik, pakai helmet segala, sila putus sekarang jugak. Hahahaha. Iyalah, rugi tau jadi perempuan kalau malas. Hihihi. *Kekadang haku pun bangun pukul 8* Sebab, zaman sekarang, orang tak takut dah dengan mak tiri. Tapi, mak mertua paling rakus di abad ini. Yelah kan, duit hantaran mak bapak kau mintak RM 20 ribu. Tak de nego-nego. Sekali, anak lelaki dia nak makan gulai lemak ciliapi, kena balik rumah, sebab kau tak pandai masak. Memang time tuh jugak kepala kau kena serkup dengan periuk. Dasar perempuan tahu kilat kuku je!!! Hahaha. 


Okeylah. Tamat sudah sesi membebel daripada orang tua perasan muda nih. Sekian. 
Selain tahu memasak, saya terpaksa belajar menjahit dan menari. Kenapa kenapa kenapa??? =D
Bye-bye korang yang manis ibarat gula.