Monday, 17 December 2012

Triffle dan kisah hidup

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Dah lama saya berangan-angan nk buat Triffle sendiri. Tapi, saya demand. Sebab mama tak beli casserole. Hahahaha. Saya nak buat Triffle. Tapi, mesti dalam casserole. *keji tak??* Akhirnya masa kat Langkawi hari tuh berjaya hasut mama beli casserole. Beli yang murah je. Jenama Pyrex, baru RM36. Kecik jek. Cukuplah untuk saya main masak-masak kat rumah nih. Eh, main masak-masak? *bajet kanak-kanak umur 3tahun, =P*

Nih hasil Triffle buatan saya. Lapisan bawah tuh saya buat perisa coklat sebab mama suka yang coklat. Pastuh saya guna Konyaku Jelly perisa Laici sebab kedai habis stok perisa lain. Jadi warna dia gelap gelita ler. Masa nih belum letak whipped cream belah atas lagi sebab tak sabar nak amek gambar. Nak berlagak. Kahkahkah. Saya buat dua set. 1 mangkuk lagi beri kat Cik Kam.  Rezeki harus dikongsi bersama. Barulah rezeki mencurah-curah ke ladang gandum. Wuhuhuuu. Selain itu, kau jugak akan mendapat pujian, 'Wah, pandainya masak, untung sape berbinikan kamu, hehe'. Ya, ya, ya. Untung lah sangat.

Resepi Triffle saya amek kat blog Cik Epal. Kalau korang tak kenal, memang kesian. Ni blogger femes. Girlfriend Shaheizy Sam kau!!! =D  Tapi, hasilnya taklah sebijik macam Cik Epal buat. Of coz lah. Kalau sama, tentu saya jadi gf Shaheizy Sam dah. Eh, eh, tak de kaitan. =P  So, bolehlah sesiapa nak mencuba, click sini. Sedap sedap sedap. Hihihihi. 


Urm, bila up entry pasal makanan, masakan nih. Saya terpanggil *sape pulak panggil kau nih, haha,=P* untuk share cerita hidup saya yang biasa-biasa je nih. Tapi, sungguhpun biasa, saya berbangga sebab saya rasa saya luar biasa dengan kehidupan saya. Jadi orang nih, kita kena bangga dengan diri sendiri baru orang lain bangga dengan kita. Kuikuikui. Janganlah rasa hidup kau sangat kasihan sampai kau hidup bagaikan katak di bawah tempurung. *Tak de kaitan, membebel*


Mama ayah saya tak ada pun suruh-suruh saya masak. Even mama ayah sibuk kerja, hidup sederhana, tak adalah sampai mereka paksa saya masak untuk mereka. Dulu, atok jaga kami adik-beradik, atok selalu masaklah. Tahu-tahu balik sekolah lauk dah terhidang. Tapi, atok nih skill memasak dia masih di takuk lama. *sesedap rasa mengutuk atok sendiri, =P* Sebab, bebalik atok akan masak lauk kegemaran dia. Sambal belacan, ikan goreng, sayur air. Korang tak tahu sayur air?? Meh aku simbah muka kau dengan air. Hahaha. Sayur air tuh, letaklah sayur apa pun, bawang, cili, halia, letak sikit air asam jawa. Paling advance pun sekali sekala atok masaklah kari ker asam pedas. Baru meriah sikit nak makan. =D Tapi, saya bersyukur, sebab atok rajin masaklah saya gemuk sampai macam nih. Kikikiki. 


Then, bila atok dah maikin tua, dia rasa tak best nak duduk rumah kiteorang. Sebab, kiteorang tak cool dengan dia. Asyik bergaduh dengan dia je. Tak bagi dia tengok Berita Utama TV3 tuh. Tak bagi dia tengok bola larut malam. Tak bagi dia bersosial dengan skandal dia. *HAHAHA, TIPU, SIAPA PERCAYA MEMANG NGOKNGEK* Atok duduk dengan pak uda. Then, bermulalah episod sedih dan menyayat hati dalam kehidupan kami. *KOYA!!!*


Ayah bawak teksi, kadang-kadang balik sekolah terpaksa ikut dia. Balik ayah beli lauk sikit-sikit. Kadang-kadang ayah masak. Mama kan kerja balik petang. Takkan nak mama masak, penat tuh. Lagipun dulu mama sakit. Tak bolehlah nak buat kerja berat-berat. Bila macam tuh kan, saya pun berjinak-jinak buat kerja. Lagipun, dulu mama saya garang seumpama harimau+singa+ular tedung. Kalau buat hal, mesti punya kena berdiri kat luar rumah malam-malam. Sejuk dan takut. =(  Tapi, bila dah besar macam nih, saya bersyukur pada Allah swt sebab dikurniakan mama yang garang itu. Sebab mama garang, saya jadi manusia yang berguna. Walaupun tak berapa berguna pada orang lain, tapi, sekurang-kurangnya berguna pada diri sendiri. =D


Seingat saya darjah 4 saya dah mula mop lantai. Sapu rumah. Hiaskan rumah. Alah, korang mesti cakap, alahai, kerja macam tuh, small matter. Tapi, cuba tengok persekitaran korang, tak pun diri sendiri, zaman sekarang, dengan umur korang. Pukul 12 tengahari tak bangkit lagi daripada tidur. Apa nak jadi. Jadi, saya harap, mama saya akan terus garang supaya saya lebih rajin dan bersemangat. Kikiki. Masakan pertama saya adalah nasi goreng. Ya, nasi goreng. Of coz lah, dah tahu amsak nasi dan goreng telur time tuh. Sebabkan kali pertama masak nasi. Saya cuma masak sikit jek. Kalau tak sedap pun, tak lah sedh nak campak kat ayam. Hihihi. Paling best time tuh, sebab first time masak, bukan main telatan=teliti lagi potong sayur kacang panjang. Hiris sikit punya halus dan cantik. Tumbuk bahan tumis pun sikit punya halus. Hahahaha. Kalau sekarang, lesung batu pun malas pegang, cecepat capai blender. Zassss. Siap. Hahaha.


Bila time raya, saya suka tolong mama kat dapur. Actually, bukan suka sebenarnya. Tapi terpaksa. Gila kau. Mak saya garang macam singa. Kalau tak tolong dia, nanti melayang kuali ke ruang tamu, siapa yang susah?? Dalam keterpaksaan dan kepasrahan, saya pergi tolong dia. Tapi, bagusnya, saya belajar banyak benda kat situ. Mama tak adalah ajar saya masak. Tapi, saya tengok macam mana dia buat. Jadi, bila saya kat dapur, saya akan buat macam mama buat. Wajib basuh dulu barang yang nak digunakan. Macam-macam lagilah. Bila rendang dah bertenggek kat dapur, masa tuh barulah saya lega. Bolehlah tidur dengan aman tanpa dengar jeritan mama. Hihihi. Tapi, sebab itu, saya jadi saya yang anda lihat hari ini. Walaupun tak mampu lagi nak masak rendang macam mama, tapi, at least, kalau nak makan Ikan Masak 3 Rasa pun saya boleh buat, tak payah susah-susah ke kedai. =D


Start saya boleh masak. Saya suka nak masak. Saya nak family saya makan masakan saya, pastuh, dyorang wajib puji. Kahkahkah. Kalau dyorang kata tak sedap, saya kecewa habis dan membenci masakan tuh. Malas nak masak lagi. Tapi, kalau licin kuali, saya akan masak masakan tuh berulang-ulang kali. Seolah-olah tak ada masakan lain dalam dunia nih. Kuikuikui. Sampai sekarang pun macam tuh, =P. Dulu, tiap kali nak masak sesuatu, berulang-alik ke rumah nenek kat sebelah. Sebab ada nenek dengan Cik Kam. Tanya dyorang, nak masak asam pedas letak apa. Nak buat ikan singgang macam mana. Hahaha. Sekarang dah tak lagi. On WIFI, Google jek semuanya. Tapi, tak adalah bangang sampai tahap sambal belacan pun nak Google jugak!!! Apalah korang nih. 


Saya rasa, siapa-siapa yang dah ada pak we tuh, bolehlah berhenti bersuka ria. Meh masuk dapur, tengok apa yang korang boleh masak. Kalau goreng ikan pun terpekik-pekik, pakai helmet segala, sila putus sekarang jugak. Hahahaha. Iyalah, rugi tau jadi perempuan kalau malas. Hihihi. *Kekadang haku pun bangun pukul 8* Sebab, zaman sekarang, orang tak takut dah dengan mak tiri. Tapi, mak mertua paling rakus di abad ini. Yelah kan, duit hantaran mak bapak kau mintak RM 20 ribu. Tak de nego-nego. Sekali, anak lelaki dia nak makan gulai lemak ciliapi, kena balik rumah, sebab kau tak pandai masak. Memang time tuh jugak kepala kau kena serkup dengan periuk. Dasar perempuan tahu kilat kuku je!!! Hahaha. 


Okeylah. Tamat sudah sesi membebel daripada orang tua perasan muda nih. Sekian. 
Selain tahu memasak, saya terpaksa belajar menjahit dan menari. Kenapa kenapa kenapa??? =D
Bye-bye korang yang manis ibarat gula. 

2 comments:

gadiest ❤ said...

yeahhhhh!!boley try nantiiii :)

NURUL HUDA TAIB said...

Harus dicuba dong.
Mudah. RIngkas. Sambil buat TRIFFLE nih bolehlah masak lauk-pauk.
Yuhuu