Tuesday, 4 February 2014

Permata yang dicari : Mungkinkah mampu mencapainya?

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


-PERMATA YANG DICARI-

HADIRNYA TANPA KUSEDARI,
MENGGAMIT KASIH CINTA BERSEMI,
HADIR CINTA INSAN PADAKU INI,
ANUGERAH KURNIAAN ILAHI,
LEMBUT TUTUR BICARANYA,
MENARIK HATIKU UNTUK MENDEKATINYA,
KESOPANANNYA MEMIKAT DI HATI,
MENDAMAIKAN JIWAKU YANG RESAH INI

YA ALLAH,
JIKA DIA BENAR UNTUKKU,
DEKATKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU,
JIKA DIA BUKAN MILIKKU,
DAMAIKANLAH HATIKU,
DENGAN KETENTUANMU,

DIALAH PERMATA YANG DICARI,
SELAMA INI BARU KUTEMUI,
TAPI KU TAK PASTI RENCANA ILAHI,
APAKAH DIA KAN KUMILIKI.

TIDAK SEKALI DINODAI NAFSU,
AKAN KUBATASI DENGAN SYARIATMU,
JIKA DIRINYA BUKAN UNTUKKU,
REDHA HATIKU DENGAN KETENTUANMU,

YA ALLAH,
ENGKAULAH TEMPAT KUBERGANTUNG HARAPANKU,
KU HARAP DIRIKU SENTIASA DI BAWAH RAHMATMU.


ADAKALANYA KITA PERLU SEDAR BAHAWA ADA INSAN HANYA DICIPTAKAN HANYA UNTUK BERADA DALAM HATI KITA BUKAN DALAM HIDUP KITA. 


Terima kasih sebab kalian pernah wujud dalam hidup ini. Terima kasih tak terhingga kerana kalian pernah mengukirkan senyuman di wajah ini. Terima kasih tak terucap kerana kalian juga pernah menjadi sebab kekecewaan ini. Kini, segalanya sudah berlalu.

Saya bukan manusia sempurna. Seorang pendosa. Tidak ada apa-apa kelebihan. Maafkan saya kerana kewujudan saya menyakitkan hati kalian. Maaf, bukan niat saya begitu. Kerana pengalaman lalu, terlalu mendewasakan saya. Saya tidak mahu terjatuh dan terus terjatuh, kerana terakhir kali terjatuh, rasanya sudah terlalu dalam luka sakitnya. Saya tidak mahu terus merasa sakitnya. Maafkan saya. Walaupun janji manis sedap didengar, maaf kerana saya sudah tidak berupaya menerima janji. Maaf juga kerana kamu telah tersilap menilai dan terlalu mudah membuat andaian. Saya bukanlah mencari pensyarah untuk disuamikan, bukan mencari pemilik Honda untuk menjadi teman hidup. Tidak. Namun, teman hidup nanti biarlah setara dengan saya dan selamanya hingga ke syurgaNya. Usahlah melobi diri pada saya, carilah wanita lain yang sesuai buat kalian. Pasti ada. Di sini, sesungguhnya, berat untuk menerima sesiapa. Hati ini, sudah diisi. Tidak ada ruang untuk saya isikan lagi. Maaf. :(

Saya berpegang pada prinsip saya kini, saya tidak mahu menodainya. Terima kasih buat 'teman' yang sentiasa mengingatkan saya tentang ibadah saya. Hal sekecil diam ketika azan pun saya terlalu seronok ditegur. Maaf jika berlebih rasa terhadap yang satu ini. Mudah-mudahan tidak melebihi kecintaan saya pada Allah swt. Ya 'teman', saya tidak akan couple. Tidak sama sekali. Melainkan menunggu siapakah lelaki yang sedang mempersiapkan dirinya menjadi zauj buat saya. Terima kasih 'teman' kerana berada di sisi saya selama ini. Membantu dan meringankan perjalanan yang amat berat dan sukar ini. Terima kasih kerana sentiasa menitipkan salam tahajud buat saya. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana, doa saya untuk dipertemukan dengan orang baik dimakbulkan (bukan maksud saya selama ini teman-teman saya tidak cukup baik). Antara jutaan manusia, Allah swt pertemukan kita untuk suatu hikmah yang sangat tinggi nilaiannya. Perlorongkan saya dan kamu ke syurganya. Sesungguhnya, berteman kerana Allah swt terlalu manis untuk dicemari. Semoga 'teman' akan sentiasa mengingatkan saya solat wajib saya, solat sunat saya, bacaan al-Quran saya malahan tingkah laku saya. Terima kasih 'teman'.

Semoga kita, setiap hari mempersiapkan diri untuk kembali kepadaNya. Semoga kita setiap hari belajar memaafkan orang lain dan tidak segan memohon maaf. Maafkan segala khilaf saya buat teman-teman. Semoga kita terhindar daripada bisikan syaitan. Wallahu'alam. 

Monday, 3 February 2014

Friend : Nurul Jannah (Highschool 2002-2006) Nor Asni (Highschool 2007-2008, University 2009-2013)

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Sebelum mula cerita, cuba nak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, tak nak campuran. Hekhekhek. Bukan apa, sejak-sejak mengajar nih, memang peritlah kan sebab kadang-kadang kita terbiasa bahasa pasar, bahasa Inggeris yang hampeh tuh (maksud saya, cara saya bercakap lah).

Mingu lepas, lepas dan lepas, hahaha, sampai tarikh pun lupa. Apalah masalah orang mudah lupa ni kan. Banyak makan semut ke kurang ibadah? Kena selalu muhasabah diri kalau tidak cepat lupa diri nanti kan. =) Apapun, kita dalam proses baiki diri kita, pelan-pelanlah kita usaha. Kalau nak terus melonjak ke bulan bintang memang tak lah kan. Jadi, minggu lepas, buat perjumpaan dengan kawan-kawan baik. Sebenarnya, rancangan awalnya hari tuh akan jumpa Puan Ku Sunira, bekas guru saya di Sek Men Keb Tun Habab, yelah, memandangkan saya kini sedang menjadi guru ganti di Sek Men Keb Bandar, cadangnya saya nak belajar macam-macamlah dengan beliau. Tak ada apa yang rugi sebenarnya walaupun sekarang nih saya cuma guru ganti sebab memang saya bakal guru kan? Tapi hari tu nak buat macam mana, rancangan asal tak menjadi sebab Puan Ku terpaksa ke Kulai untuk baiki kereta dia, jadi, saya terus buat keputusan ajak kawan-kawan saya jumpa. Yelah, senang, sekaligus. Hihihi. Malas nak bertangguh sebab tangguh-tangguh nanti mesti tak jumpa langsung. Selalu macam tu kan? Dah faham sangat.

Mula-mula kami makan-makan kat McD. Adeh, adeh, dulu siapa beriya boikot McD nih? Ciss, sekarang makan kat McD tak menahan ye Nurul. Hahahaha, oh ya, lama menyepi lupa nak cakap, seronok rasanya bila mula mengajar orang tak lagi panggil Huda tapi Nurul. Seronoklah rasanya. Teringat cikgu-cikgu Tun Habab dulu macam cikgu Tang yang suka panggil 'Nurul'. Nampak lembut sikitkan, mudah-mudahan, kuranglah sifat kasar kasar dalam diri biar lemah lembut macam wanita~ Makanlah kami sambil borak-borak. Kami tuh, saya,Asni dengan Jannah. Saya nih semua orang kenal, kecoh, riuh, tak ada masalah pun nak bergembira dengan orang yang baru dikenali pun. Hmm, beza ada beza jenis peramah dengan kaki sosial ya. Harap tak disalah mengertikan. Walaupun Jannah dengan Asni tak berapa kenal, kenal-kenal camtuh je, saya tahu setiap orang boleh berkomunikasi dengan baik dan bijak.

Seronok sebenarnya bila kita boleh berkawan dengan kawan kepada kawan. Secara tak sengaja, nanti mesti kita jadi rapat walaupun pada dasarnya kita baru kenalkan. Tak gitu Fadz dan Izzati? Sebenarnya, kita, diri kita, hati kita yang menentukan negativiti dalam diri kita. Kadang-kadang orang lain tak pun, tapi kita, biasalah orang Melayu, kita memang juara bab meletak negativiti. Bila mula dewasa ececeh, rasanya saya lebih matang dengan semua ni. Semua ni karutlah kalau asyik nak letak buruk saja. Cubalah sekali sekala kita fikir yang positif, positif tentang orang lain terhadap kita, betul tak? 

Jumpa Jannah nih sebab dia banyak jugak tolong saya, lagipun dia kawan saya kan? Kenalah belanja dia sikit, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, macam tuhlah kita jadi manusia. Lagipun Jannah nak praktikal kat Kemboja, tak tahu bila dia flight sebab dia pasceroh bilang tak tahu. Hmm. Tak apa, asalkan kita dah jumpa, dah minta maaf dah salam peluk cium, legakan? Kita, tak pernah tahu bila kita nak pergi, ye tak? Sekaligus kita jumpa Asni, sebab dia nak minta tolong tengokkan RPH RPT PBS dan biasalah sesi meluahkan perasaan pasti ada. Nak jadi baik pada Tuhan kita, mesti jadi baik pada hamba DIA dahulu. Itu pegangan saya. Maka, perbaharui syahadah dengan abaikan semua yang lalu, kali nih buka kitab baru. Buku amalan dan dosa pun berganti tahunkan? Mengapa tidak peribadi kita? 

Lepas solat Zuhur, kami segan nak masuk McD balik. Hihiks, melampau sangatkan. Jadi, kami gerak ke Old Town White Coffee. Sebenarnya, jangan tak tahu. Walaupun poket kering tapi hati kental masuk kat tempat-tempat camnih. Pasal apa, pasal WIFI semata. Biar tak ada pak we, jangan tak ada WIFI. Kekdahnya begitu. Ahahaha. Maklumlah, masih dikira pelajar lagi nih, masih lagi cari WIFI percuma ekeke. Lainlah orang yang mampukan nak bayar duit line bulanan. Ciss~ Daripada McD sampailah ke Old Town, tak sudah kami berbual, tapi tangan pun laju jer siapkan  kerja sekolah. Ya Allah, macam nak tertanggal bulu roma rasanya menulis tak sudah-sudah nih. Itulah, orang luar nampak kerja guru nih terlalu mudah, goyang kaki, bulan-bulan gaji masuk. Walhal, saya rasa inilah kerja terpaling susah sekali. Mau tak susah, orang lain dah nyenyak tidur, saya masih lagi fikirkan anak murid. 

Kalau dulu saya jahil, jahat, nakal, saya tak mahu anak murid saya ulangi hal yang sama. Layak atau tidak saya sebagai guru, Allah yang menentukan segalanya. Tugas dan tanggungjawab sedia ada nih, saya akan galas seamanah mungkin. In shaa Allah. Biar anak murid saya jadi lebih baik daripada saya. Mudah-mudahan. Amiin. Apapun, saya gembira sangat-sangat dengan pertemuan nih. Gembira sangat.

Untuk Jannah, gapailah impianmu setinggi yang boleh. Biar lepas langit ke tujuh. Maaf saya bukan kawan yang sempurna yang terbaik buat kamu. Semoga berjaya dalam hidup, baik di dunia mahupun akhirat sana. Jaga diri, jaga agama, jaga nama baik keluarga. Sayang awak selalu. Untuk Asni, kita tentukan pilihan kita sama ada tepat atau tidak. Bukan itu sahaja, malahan kita juga memastikan sama ada pilihan itu berterusan atau tidak. Kadang-kadang pilihan sudah tepat, hanya kita yang terlalu percayakan orang lain lebih baik hingga kita lupa kita sebenarnya sebaik orang lain. Jangan berhenti mencari destinasi untuk berhenti. Kuatkan semangat ok?

Till then, xoxo

Kesayangan. Terima kasih Allah atas pertemuan penuh perbezaan ini. Semoga perbezaan melengkapkan kita untuk lebih baik. Wallahu'alam.

Resepi masak sayur goreng (simple)


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Hari nih pulak nak kongsikan masakan lauk-lauk harian yang Huda suka makan. Kalau time malas, memang akan masak lauk-lauk macam nih sebab potong-potong, campak-campak, siap!




Sayur (kobis/sawi/lobak/kacang panjang/kacang buncis/tomato/apa saja yang korang suka)
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Ikan bilis
Asam keping
Perencah Pasti Sedap Maggi


  1. Basuh semua bahan. Seeloknya sayur direndam 1jam awal dengan air garam. Penting tau kebersihan nih. Kalau guna kobis, memang kena rendam lama-lama sebelum masak. Tak ingat kenapa. Tapi, berkaitan dengan sistem badan jugak. (potong sayur tuh)
  2. Hiriskan bawang merah, bawang putih dengan cili api. Hiris halus-halus.
  3. Kebiasaannya, Huda akan tumis sedikit ikan bilis kalau guna, sebab tak suka ikan bilis mentah-mentah dalam lauk. Ada rasa wek-wek.
  4. Lepas tuh, tumislah bahan hirisan tadi sampai naik bau.
  5. Masukkan asam keping. Kalau suka rasa masam-masam kuat, boleh letak 2-3 keping. Kalau tak, letak sekeping cukup.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi. Tumis sampai sayur masak, biasanya Huda akan letak sedikit air. Sebab suka berkuah-kuah sikit.
  7. Masukkan perencah Pasti Sedap sesudu untuk perisa.
  8. Bila nampak sayur ok, yang suka layu boleh teruskan sampai layu. Kalau tak, agak-agaklah. 
  9. Siap, sila makan.




Lauk macam nih pun boleh dimakan begitu sahaja atau biasanya Huda makan dengan ikan masin. Tekak orang kampung macam Huda nih prefer benda-benda macam nih jer. Kalau biasa ler. Tapi kalau berduit, mesti cari chicken chop jegak. Tak adalah Huda nih makan ini jek dalam hidup. Apa daa..

Eh, lauk macam nih mesti biasa makankan. Macam mana korang masak? Kongsilah, kalau sedap, Huda war-warkan kat sini. Huda pasti, bila korang dah cuba, mesti korang nak masak lagi sebab, sedap tau. Dia macam kita mengimbau kenangan zaman dulu-dulu, makan dengan mak ayah. Eh, blog berbau sedih. (maklumlah, kebanyakan masa dihabiskan kat U)




Till then, korang kena mencuba!