Saturday, 16 July 2011

Dari Mata Seorang PEMBENCI~

Assalamualaikum w.b.t dan salam sayang semua...hari nie tak nak cakap banyak tapi nak tulis entri panjang2..sepanjang jambatan highway baru desaru..hahaha....hari nie cik huda akan menggunakan ayat+perkataan yang nampak bangsat sikit...kenapa?sebab cik Huda kalau dah marah memang mulut jahat...(dlm proses berubah)

KES 1 :
mengutuk+mengata+mengkeji+mencaci+mengumpat di laman sosial....bagi cik Huda lah, kalau korang betul2 gangster..korang cakap depan2...tak pun, masa korang tulis post korang tue, korang statekan nama orang yg korang benci tue...senang citer...jangan cakap belakang...
alasan : tak nak lah malukan orang tue..bia dia baca nanti dia sedar sendiri....habis kalau dia tak stalker Fb korang cane dia nak sedar???
okey..cik Huda bukan manusia yang baik..bukan juga sempurna tak penah mengutuk+mengkeji orang tapi lately nie cik Huda tengok Fb nie jadi medan orang mengkeji sesama sendiri...katalah ada org lain komen, jawapannya sangatlah bagus....alah..adalah org tue...sapa makan cili dia terasa pedas..habis kalau dia tekak western tak makan cili macam korang???ada dia rasa pedas?cuma cik Huda rasa, korang patutnya berhentilah menulis benda2 nonsense mcm tue nak balik mengkaji diri memasing, korang dgn orang lain dah cukup baik ker?cik Huda tengok orang yang mengkeji orang lain di Fb tue, kalau bab mengata KAWAN BAIK sendiri dia lah no 1....
tok kes nie kenapa cik Huda sendiri tak statekan nama??
KANTOI!


Kes 2 :
pantang ea korang tengok orang lebih sikit dari korang...mulalah korang meletakkan FITNAH & memacam lagi lah...pantang jugak tengok orang lain senang..kes nie memang cik Huda tengok ORANG MELAYU
 paling banyak terlibat...bila orang nie dapat biasiswa korang kata dia pakai orang dalam..bila jiran korang dapat masuk U korang tuduh dia memacam....cuba lah korang doakan sesuatu yang baik...doa pada Allah s.w.t janganlah sedara mara korang atau sape2 pun terlibat dgn benda2 mcm tue...bersangka baik lah dgn semua org dgn menganggap itu rezeki dia...rezeki korang Allah s.w.t dah tetapkan...mcm mana Alalh nak bagi rezeki kat korang kalau setiap hari 100 bakul korang mengumpat & memfitnah orang lain...korang ada bukti ke dia dapat semua tue pakai orang dalam?kalau ada, cik Huda syorkan korang buat surat hantar kat pihak tertentu supaya adanya penyiasatan..
alasan : alah..kalau dah dia yg pegang kuasa, nak buat mcm mana?itulah yg cik Huda maksudkan..org Melayu tak pernah bersatu walaupun masa Jepun menyerang...(aku cikgu SEJARAH tau!!!)
bangsa lain menumpang di negara kita atas perjanjian bersama sebelum kemerdekaan, tapi kenapa mereka lebih berjaya berbanding kita?kita tuan tanah ...cik Huda ulang ea..kita orang Melayu adalah tuan tanah kepada Malaysia @ Tanah Melayu ini...nie tak..bila ada apa2 masalah..mesti akan cakap..biar lah si polan tue buat...cis...


Kes 3 :
berlagak bila korang dah duduk kat atas...
benda nie baru jadi dekat cik Huda semalam...banyak lagi sebenarnya tapi pendam sampailah semalam terkena sekali lagi...cik Huda pergi pejabat pos...pukul 1.10 petang....waktu solat Jumaat...yang ada di kaunter tue wanita...WANITA...kebiasaannya di Malaysia ini, wanita tidak pergi solat Jumaat maka mereka menjaga kaunter atau sebagainya ketika sang LELAKI wajib menunaikan solat Jumaat...then cik Huda nak beli sampul POS EKSPRESS...maka pergilah ke kaunter dan berkata...assalamualaikum...cik...cik...(padahal penjaga kaunter tue sebaya dgn mak, tapi nak nampak baik aku panggil CIK)..tapi dia tak layan..panggil lagi sekali...cik..cik..saya nak beli sampul pos ekspress...tapinya dia buat bodoh mcm tak da sapa2 bercakap dgn dia...korang rasa kalau berlaku pada korang apa tindakan korang??
alasan : siapa suruh pergi masa solat Jumaat..mestilah dia tak layan ko!!
fine..kalau benar pejabat pos tutup masa solat Jumaat, mengapakan tidak dikunci sahaja pintu tersebut?mengapakah tidak ada tanda TUTUP pada meja di kaunter?dan ENGKAU sebagai MANUSIA yang cukup SIFAT(telinga+mulut) kenapa hanya berdiam seolah2 korang tak perasan apa yang berda depan korang...tak boleh ker korang cakap 'maaf, sekarang masa rehat..boleh datang pukul 2.30 nanti ker'...cik Huda rasa, buang masa dan duit jerk Dato Najib bayar TV1 dan TV2 paparkan iklan, BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA...memang cik Huda geram+malu sangat tengok sikap mcm nie...org MELAYU beb yg buat tue...apa yang pasti, isnin nie cik Huda nak buat laporan mengenai WANITA PENJAGA KAUNTER tersebut..cakap belakang pun tak guna kan...penat jerk tulis kat atas kalau diri sendiri tak praktikkan...


Kes 4 :
cik Huda paling pantang kalau CIKGU suka menjaja cerita...bagi cik Huda, cikgu adalah golongan yang mulia....cikgu memang dibayar...cikgu bukan sahaja tenaga pengajar..cikgu adalah pendidik...cikgu ibarat ibu bapa pelajar...cikgu penjawat awam...cikgu mesti menyimpan rahsia...cikgu juga manusia..akan mempunyai isteri/suami..anak-anak...juga punya keluarga..apa perasaan cikgu itu seandainya cikgu lain menyebarkan perihal buruk keluarga/sedara-mara/kenalan atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dgn dirinya..adakah cikgu tersebut suka?
alasan : pelajar tue buat jahat/maksiat/perangai bangsat kat sekolah...sapa suruh..padan lah muka dia nama dia kena canag kat PERHIMPUNAN SEKOLAH...biar semua JUNIOR dia tahu perangai keji dia tue...tahu pula malu bila cikgu cakap!!
okey fine...apa yang cik Huda tengok, after cikgu tue sebarkan kata-kata yang mengaibkan mengenai bekas pelajarnya ketika perhimpunan sekolah, lebih BANYAK MAKSIAT yang berlaku di sekolah tersebut...banyak..ya banyak...malahan anak cikgu sendiri tertangkap melakukan maksiat...kesimpulannya, apakah intipati nasihat cikgu di perhimpunan..walaupun cikgu dah sebut nama pelajar, dah bagitau keburukan pelajar tersebut, mengapa pelajar lain buat juga?mungkin cikgu patut sebarkan kejahatan pelajar tersebut bukan sahaja di perhimpunan sekolah, tapi juga di televisyen dan radio..baru MANTAP!
cikgu..ya saya bakal menjadi seorang pendidik...ada guru-guru saya yang akan saya jadikan contoh...ada yang akan saya kenang sehingga akhir hayat..seandainya saya dikeji oleh guru-guru saya pun, saya tetap akan menyanjungi mereka..mengapa?kerana saya seorang murid yang bakal menjadi guru..saya tidak mahu bakal pelajar saya melupakan saya sebagaimana guru-guru saya dilupakan hanya kerana mulut mereka...apa pun...terdapat seorang guru yang saya respect sehingga ke hari ini...siapa?biarlah kebaikan dan keburukannya Allah yang tahu..doakan cik Huda menjadi Pendidik yang mampu melahirkan insan kamil...takut cik Huda dengar cerita adik cik Huda teachernya mengetuk kepada dia sewaktu kawad...kebetulan teacher tue merupakan ibu kepada kawan cik Huda...teacher cik Huda juga sewaktu sekolah di SKG dahulu...sedih tengok cikgu sekarang...








Pesanan Cik Huda : Allah tidak pernah membeza-bezakan setiap daripada kita..hanya kita yang saling membezakan....Allah menilai setiap dari kita melalui amalan dan hati..jaga hati, hiasi dengan iman dan ketaqwaan...pastinya anda merasa tenang....okeyh,wassalam..sayang korang ketat2 rapat2....
Hari nie BIRTHDAY MR BELLO kita...(LOVE)

No comments: