Wednesday 9 January 2013

Kucing : Part 3


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Mari berkucing-kucingan~

Nama diberi beby Momoi.
Sebab kami panggil mak dia Momoi, anak beby Momoi lah.
Kami amik dekat Kedai Borong Kota, dekat dengan SASA Adv.
Siapa tak tahu, nasiblah, kedai jual barang dapur murah tue. Ahak!
Momoi nih, comel, suka makan banyak-banyak.
Lepas balik umrah tue, Momoi ada lgi.
Beberapa hari lepas tue baru dia mati.
RIP beby Momoi.
Maafkan kami, tak tahu beby Momoi ada masalah penghadaman. Patut perut buncit dan susah nak jalan.
Mak Momoi mati jugak beberapa bulan lepas tue, mati lepas beranak. 

Adik manis nie, belum sempat ada nama.
Saya panggil beby, beby.
Menariknya tentang beby nih, saya amik dia kat tengah jalan. Dalam keadaan ketakutan. Dia melekat betul dengan tar. Badan kotor kena habuk, tapi, langsung tak busuk.
Mata ada sedikit luka. Mungkin dia bergegas berlari untuk elak dilanggar kereta.
Jumpa di jalan raya depan Taman Universiti, Tanjung Malim. Ya, jalan berkembar tue.
Saya otw nak pergi kelas, tapi mata nampak macam ada kucing kat jalan.
Masa tue nak berhenti tapi kereta belakang follow laju pulak.
Saya doa, biar balik nanti sempat jumpa dia, bukan tengok dia keras di jalan.
Allah makbulkan doa. This poor kitten, menggigil-gigil. Seronok dia bila saya angkat dan peluk dia. Bayangkanlah, macam mana dia tak takut, kereta, lori, motor dan segala mak nenek kenderaan sangat laju dan berbunyi kuat.
Saya bawak balik KUO. Tapi, sangkar tak ada.
Terpaksa saya lepaskan dia sekitar KUO. Hajat hati nak bawak balik masa hujung minggu. Tapi, tak berkesempatan, sebab petang saya carik dia dah tak ada.
Sampai sekarang langsung tak ada bayang.
Doa saya beby beby sentiasa di bawah lindungan Allah. Maafkan kakak tak jaga awak betul-betul.

No comments: