Tuesday 21 January 2014

Resepi Nasi Goreng (simple)

Assalamualaikum wbt.
Selamat sejahtera.




Jangan susah hati pabila tekak kurang berselera. Selongkar almari dengan peti sejuk korang dan dapatkan barang-barang nih dengan kadar segera.

Nasi 
Telur
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Perasa Cukup Rasa Maggi
Ikan bilis
Belacan
Sayur (Kobis/Lobak/Sawi/Tomato)
* kuantiti ikut jumlah yang akan makan dan juga ikut kesukaan*
* kalau tak suka belacan, tak payah guna*


  1. Pastikan ada nasi ler.
  2. Basuh semua bahan-bahan termasuk telur. (tak boleh makan telur tak berbasuh sebab dikhuatiri ada najis, takut makanan yang elok jatuh haram pula)
  3. Lepas tuh, bakar dulu belacan. Anggaran sebesar ibu jari dan lebih sikit pun tak mengapa. Bakar/salai bagi dia masak gitu sebelum kita tumbuk bersama bahan tumis nanti.
  4. Kalau Huda, Huda akan goreng dulu telur dan hancur-hancurkan masa menggoreng tuh. Tapi, kalau nak masukkan telur selepas masukkan nasi juga boleh.(tapi Huda tak suka sebab nanti, telur akan melekat kat kuali)
  5. Tumbuk/giling bawang putih, bawang merah, cili, ikan bilis dan belacan. Kalau suka pedas macam Huda, Huda akan guna 4-5 biji bawang merah, 2ulas bawang putih, 15 batang cili api. Haha.Tumbuk nih, jangan hancur sangat macam kita guna pengisar. (kalau guna pengisar kurang sedap sebab terlalu hancur dan confirm berair)
  6. Tumis sampai naik bau. 
  7. Masukkan nasi. Gaul rata. Biar nasi dan perencah bersatu. Gituu~
  8. Masukkan sayur. Kalau tak suka sayur, tak payah. Hee. 
  9. Masukkan perencah Cukup Rasa Maggi anggaran sesudu. Huda guna nih untuk menggantikan garam. Sebab sedap! Bila dah letak perasa nie, Huda takkan letak garam. Dan, Huda tidak memasak menggunakan Ajinamoto.
  10. Masukkan telur yang digoreng tadi. Atau kalau tak goreng, masukkan lah telur dan gaullah sekuat hati.
  11. Sila makan. Dah siap.


Untuk pengetahuan korang, sepanjang Huda kat UPSI, boleh dikatakan 90% kehidupan dalam 1 semester itu dihabiskan dengan makan nasi goreng. Sebab, simple. Dalam nasi goreng ada ikan bilis, telur yang bagi tenaga. Ada sayur untuk penghadaman. See..Simple. 


Korang boleh makan nasi goreng nih begitu sahaja atau boleh juga makan dengan ikan masin goreng/bakar. Boleh jugak makan dengan keropok kering. Wah, sedapnya. Gerenti, masa korang masak, 1 rumah akan menjengah. Bersin-bersin lagi gitu. Tak percaya. Suka hatilah korang. Teehee.


Till then, selamat mencuba rasa.

No comments: