Monday 3 February 2014

Syukur dan terima kasih.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Lama tidak menjadi penulis, hanya menjadi pembaca dan pemerhati. Lama betul meleka dengan dunia sementara. Terkadang keinginan nak menyambung bicara selalu saja terpendam. Kadang sudah ditaip, disimpan sahaja dalam draft. Bermacam ragam bila perasaan terganggu. Hahaha. So, hari ini nak chit chat pengalaman ke tanah suci. Syukur, kali nih merasa kami tanah suci yang sejuk berangin. Wah, ingat Cameron Highland jer ke sejuk berangin-angin. Teehee.

Perjalanan kami kali nih benar-benar mencabar. Maaf sekiranya saya membanding bezakan antara satu agensi dengan agensi yang lain. Namun begitu, cukuplah saya namakan agensi ini agensi E, beribu pejabat di Senai, Johor. Wallahi, bukan niat ingin mencemuh menabur pasir di periuk nasi orang lain. Namun, biarlah masyarakat yang membaca membuka mata, agensi yang terlibat mengambil perhatian.

Kami pilih agensi ini sebab yang utama sekali untuk memudahkan ahli keluarga kami menghantar kami hanya di Senai sahaja. Tak perlu ke KLIA sebagaimana sebelum-sebelum ini. Maklumlah, kita pun tahu segan asyik minta jasa baik orangkan. Sebab kedua, kami dijanjikan akan menginap di Zamzam Tower. Allah, siapa jugak yang tak buntang mata kalau janjinya Zamzam Tower? Bukan sebab 5 bintang ke apa, wallahi, sebab utamanya, dekatnya hotel tu dengan masjid. Kami ada ayah yang uzur, siapa tak nak duduk dekat jalan kaki 5 minit dah depan Kaabah? Tapi, yang dirancang langsung tak menjadi. Hancur macam terpenyek-penyek. Jangan dipersoal semua ketentuan Allah, kami semua memang redha akan qada qadarnya. Ingatan saya pada agensi ini, halal atau tidak, anda fikirkan. Bayaran kami, setimpalkah dengan apa kami dapat? Masa kami terbuang berhari-hari menunggu? Lapar? Sakit berdiri? Kesejukan? Sila jawab di akhirat kelak. Saya ulangi, kami tak perlu hotel 5 bintang, bukan itu kami kejar, kami cuma persoal, sikap, tanggungjawab dan amanah. Jangan permain agama, jangan guna agama untuk kaut keuntungan. Tak bersih duit beri anak isteri makan. Tak pe, kemarahan kami memang sudah reda, tapi kami dalam proses tuntutan. In shaa Allah, kalau benar, Allah akan bantu.

Madinah, bumi Rasulullah, sejuk dingin menyambut kedatangan kami. Sungguh, saya tak tahan air mata nak mengalir. Tahun lepas niat terhalang. Terhalang. Praktikum. Mak ayah adik akak pergi, saya sendirian di rumah menyambut Syawal. Tahun nih Allah perkenan saya jejak tanah DIA, syukur. Saya niat kali nih nak pergi, balik dengan hati dan diri yang baru. Moga Allah redha diri saya di tanah cintanya. Madinah ada kelainannya dulu dan sekarang, hotel yang pernah kami duduk dah tak ada. Banyak kedai-kedai tak ada. Erm, pembangunan tengah pesat. Sikit sebanyak, rasa kecewa jugak. Sebab, saya sukakan Madinah yang dulu. Tapi kita percaya, pembangunan untuk kesejahteraan umat Islam. Biar mudah ibadah di sini.

Makkah pun sama. Masjid masih belum siap. Terlalu banyak penutup penghadang untuk kerja-kerja pembesaran masjid. Nak diperluas lagi masjid. Nak dibina kawasan tawaf buat mereka yang menggunakan wheelchair. Semuanya untuk kepentingan umat. Sekarang tak macam dulu. Dulu, susah nak ke Makkah. Sekarang orang bersibuk-sibuk ke sini beribadah. Terlalu ramai orang terkadang diri pun hilang kawalan. Mulut ringan terlepas bicara. Aduh seksa. Kali nih memang kami kurang berjalan di bumi Makkah mahupun Madinah. Faktor kesihatan ayah yang kurang baik selain daripada kedua-dua tempat ini masih dalam proses baikpulih. Kami hanya mengikuti rombongan yang diatur agensi. Itupun tidak semua dapat kami ikuti berikutan maklumat yang tidak tepat dan masalah komunikasi kurang berkesan. 

Bagi saya perjalanan kali ini ada tambahan dan ada kurangnya. Biasalah. Allah swt juga sebaik-baik perancang. Mungkin yang rasa tak bagus itu sebenarnya telah menyelamatkan kita daripada bencana yang lebih besar, siapa tahu? Namun, keseronokan berada di Raudhah, sungguh setiap kalinya tak pernah lekang menarik mutiara jernih. Ibarat manusia tanpa teman, datang ke sana bertemu Penciptanya, menjenguk Rasulullah yang dimuliakan. Berbicara walaupun tiada balasan suara, tetap terasa dibalas melalui rasa yang semakin lega. Alhamdulillah. Perjalanan kali nih jugak tidak mendaki Jabal Rahmah, hanya berada di bawah sahaja. Cukuplah bagi saya, di mana-mana tempat asal meminta dengan ikhlas dan yakin, in shaa Allah DIA mendengar. Jika atas izinNya dikurnia teman hidup, in shaa Allah, jika tidak masih ada keluarga setia menemani. 

Perjalanan balik seperti dijangka, tak tentu arah kami. Sehingga ke Abu Dhabi kami mencari jalan pulang. Hehehehe. Bumi Abu Dhabi yang sejuk, ditambah pula penghawa dingin yang sepertinya akan mengeluarkan salji. Keras kejung kaki saya. Sudahlah kesan eksiden masih ada, duduk menunggu sehari semalam buat saya rasa bangun tanpa kaki. Hahahha, imiginasi penting. Apa pun syukur atas kurniaan Allah yang tidak terhingga ini. Bukan senang dipanggil ke sana. Syukur mama ayah tidak culas mengajak ke sana saban tahun. Dengan harapan besar, anak-anak perempuan mereka, menjadi penghuni syurga. 

Buat mama ayah, I am so proud of both of you. Very proud. Dalam susah sakitnya kalian, masih membesarkan anak-anak penuh kasih sayang. Maaf kerana tidak menjadi yang terbaik untuk kalian. Tapi bermula saat ini, beri ruang waktu untuk saya mengubah diri. Paling tidak, tidak menambah dosa ayah setiap kalinya saya keluar rumah. I love you mama ayah. 

Till then, enjoy the pictures. xoxo

Cabaran sangat-sangat. Mujur bukan pergi masa Ramadhan. Kalau tak semua pahala lesap.
Masjid Nabawi 2014
Ziarah luar Madinah-Masjid Quba'-Kakak Abang kesayangan 
Mama Ayah-Me

Hai handsome-Kucing bambam kat ladang Unta-Mama Ayah puas hati nampaknya tukar duit Riyal dapat untung kat ladang Unta ni

Quba' again and again-pusing Madinah
Pasar Kurma Madinah-Tukar duit riyals untung banyak

Jabal Rahmah-Sesungguhnya suatu hari nanti pasti-In shaa Allah-Jika bukan di dunia di syurga pasti

Jamrah-Umrah-Hudaibiyah

Edisi throwback 2012 Makkah/Masjidil Haram-Masjid Hudaibiyah
Ladang unta-Sungguh penuh sejarah dan khasiat

Abu Dhabi sejuk-Macam nak gila lapar-Seharian menunggu kat airport-kaki krem

Edisi Throwback 2011/JabalRahmah/Ramadhan-Tahun 2013 pergi langsung tak ada untanya walaupun seekor 

2 comments:

Mata Pena Fadz said...

Seronoknye....menitis air mata...entah bila la sy nk jejak kaki ke sana... :')

Mata Pena Fadz said...

Seronoknye....menitis air mata...entah bila la sy nk jejak kaki ke sana... :')