Thursday 17 April 2014

TEMUDUGA PEGAWAI PENDIDIKAN SISWAZAH GRED41

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Harinya akhirnya tiba. Tiba dengan penuh debaran yang paling dasyat. Entah, sebelum tuh memang dah dapat tarikh awal sangat taw berbanding batch lain. Patutnya preparation AAA tapi kesibukan tugas buat diri ni tak beri tumpuan 100 peratus pada temuduga tersebut. Tambahan pula, urusan teknikal macam blazer sampai ke satu hari sebelum temuduga masih tak settle. Faham-fahamlah, walaupun syukur ada pekerjaan sementara berbanding rakan lain yang masih menunggu-nunggu, tapi kewangan bukan begitu menyeronokkan untuk menempah sehelai blazer yang bersize sendiri dan mengikut sebutir acuan yang digaris panduankan. Hmm, pokok pangkal mahu atau tidak pekerjaan ini. Hmmm.


Bercerita mengenai urusan temuduga, serius, hati nih kecewa sangat. Kecewa sebab masalah teknikal akan buat kita jadi bermasalah untuk stage yang lain. Wallahi, kecewa sangat. Kecewa nih langsung tak tahu nak luah kat sapa, memang Allah swt sahaja yang tahu betapa dalamnya penderitaan nih mengenangkan keadaan yang langsung tak best dan mengecewakan. Serius, tolonglah, Nurul nak sangat peluang kedua. Give me a second chances. Please !!!


Apapun, entri ni, Nurul nak try pendekkan cerita mengarut. Hanya nak terus pada saat-saat indah yang bukan kebanyakan orang dapat merasainya. Syukur, Alhamdulillah. Nak ingatkan bagi mereka yang akan menghadapi temuduga, pastikan korang semak betul-betul tempat temuduganya di mana. Itu paling utama. Sebab macam Nurul, tarikh yang sama, ada 2 tempat temuduga berbeza ya! Kesilapan kecil memberi impak yang sangat besar. Lepas tuh pastikan tarikhnya TEPAT. Jangan main ingat-ingat lupa. Tulis kat dinding rumah. Pintu masuk. Pintu kereta. Pintu tandas. Wah, melampau ye ! HAHAHA tapi serius dua perkara nih paling penting tentang temudugalah.


Nurul temuduga 4 orang sekali masuk. Panel penemuduga ada 2 orang. Seorang guru cemerlang, Encik S. Seorang lagi pegawai SPP, Puan R. Nurul masuk dengan rakan UPSI yang lain jugak. Syukur, Alhamdulillah sangat sebab tak adalah rasa tekanan yang mencanak-canak sangat.Tapi sebenarnya, lebih lagi sebab kita pastinya ada jangkaan awal hal yang bakal berlaku dan jangkaan kita tepat. HAHAHA.


Ramai yang cerita kisah temuduga yang berbeza.  Jangan sampai kita nih tenggelam. Hmm, yang ini saya tak pandai nak galakkan ke nak bantah. Sebab, INGAT manusia berbeza, manusia dibekalkan hati dan perasaan. Hati-hati. Sebab mungkin ada panel penemuduga yang rasa perkara nih OK dan ada yang kata KO. Sebab, pendapat peribadi Nurul sendiri, kita kalau nak jadi GURU, kita bekerja untuk masyarakat. Mustahil kita nak bersikap cantas orang, BETUL TAK? Dan, guru akan bekerja dalam satu pasukan. Mengajar, walaupun satu kelas kita ngajar sorang-sorang but still kita akan berbincang bersama-sama guru lain mengenai subjek yang sama. Kesamarataan, penerimaan, kesatuan pendapat tuh pentingkan. Kalau daripada awal kita kaki cantas, macam mana nak bekerja dalam satu pasukan??? Mesti nanti dah posting kita menegak pendirian kita aje. Hmm. Pendapat peribadi sayalah.


Waktu saya, kami ditanya mengenai pekeliling tanda nama dan blazer. Tentulah saya teruk dihentam. Nangis. HAHAHA. Kemudian mengenai kemahiran berfikir aras tinggi dalam PBS. Wah, soalan Puan R bukan calang-calang soalan. Tak adanya soalan dia terus. Mesti ada sistem lencongan. Tapi, bagi saya, alhamdulillah, kami tegak kurang lencongan. Dan terus-terus kami menerima habuan. HEHEHE.Biasalah,Puan R hanya nak yang terbaik sebab yang akan mendidik orang nih bukan sembarangan orang. Allahuakbar, layak ke saya nih?


Apapun keputusannya nanti, saya berserah. Saya serahkan kepada Allah swt jalan hidup saya nih. Yang niat saya, apabila rezeki berpihak kepada saya, sah sahaja jawatan saya, saya tak nak ayah saya kerja dah. Biar dia duduk rumah tanam pokok bunga jaga kucing. Hahahha. Nak buat jamuan persaraan ayah gamaknya. Kekekekeke. Please,doakan untuk saya ya. Love you, Nurul.

Enjoy!

Fadz, awak akan ingat this moment selama hayat awak. Aniq akan tengok this picture, one day. In shaa Allah. And, he should be blessed

Candid was a beautiful moment that  expose yourself better. hmm, except, candid olok-olok.











Mastura bakal jadi isteri orang beberapa hari lagi, dan saya harap Mastura takkan lupakan persahabatan kami.

1 comment:

Mata Pena Fadz said...

yeah...i akn igt this moment smpai mati...coz da penat iv..pastu esoknya btarung nyawa nk bsalin..subhanallah..bru sy thu sy kuat...