Sunday, 20 July 2014

Saya dah posting !!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Walaupun entri ini lewat keluar daripada tarikh khabar gembira diterima, tapi, yang penting, saya nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan tentunya kegembiraan hati saya saat ini. Ya Allah, tiada apa yang lebih menyeronokkan buat seorang manusia melainkan ada pekerjaan yang menjamin kehidupannya setelah perit-jerih yang ditempuhi selama ini. Cheewah, nampak tak ayat tuuu.....HAHAHAHA

Selama ini, saya hidup bergantung kepada kedua orang tua. Kadang-kadang bila keinginan mengatasi keperluan, selalu tersekat. Walaupun adik-beradik cuma tiga orang, masakan mama ayah mampu menyediakan semua yang kita mahukan. Pastinya ada yang perlu kita ketepikan. Namun kini, tak sangka, usia 25 tahun, saya sudah pun memegang tanggungjawab yang besar. Bukan hanya terhadap diri saya sendiri tetapi juga pada keluarga terutama mama ayah malahan tanggungjawab terbesar adalah buat anak bangsa. Harapan kedua orang tua pelajar-pelajar saya. Sebagaimana besar harapan kedua orang tua saya ketika menghantar saya ke sekolah dulu. 

Yang seronoknya, bila sudah ada pekerjaan tetap macam nih, kita tak perlu menyusahkan kedua orang tua. Malahan, kita pula memberi ibu bapa kita. Walaupun tak banyak, tapi, mereka dah cukup berlapang dada dan tersenyum riang. Sekurang-kurangnya ringan beban menyediakan keperluan buat kita. Pepatah Melayu menyatakan, ibarat menanam padi, inilah masa padi dituai. Erm, seronoknya bila bercerita pasal kerja. Nyummy rasanya.

Posting kat mana? HEHHEHE. Ada mengelat sikit. Saya ditempatkan di SMK LAKSAMANA, KOTA TINGGI. Ye, ye saya tahu mengelat. Saya ditempatkan di kawasan sendiri. Berhadapan pula dengan sekolah lama saya, tempat saya dididik dahulu, berhadapan dengan SMK TUN HABAB, KOTA TINGGI. Tak sangka betul. Pandangan pertama saya tentang sekolah ini memang sungguhlah tak patut dan tak adilnya. Sangat-sangat. Mana taknya, dulu masa sekolah, kami disogokkan betul dengan sikap-sikap negatif pelajar-pelajar SMK Laksamana, serius kata, saya sendiri pernah tengok para pelajarnya panjat pagar keluar sekolah, cikgu disiplin kot masa tuh siap kejar guna rotan. Allahuakbar. Serius masa nak masuk sekolah ni, menggeletar jugak lutut. Rasa macam boleh ke tak boleh nih. Ah, redahhh. 

Seminggu kat sini, nyaman terasa. Betullah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, berbakul-bakul rasa cinta. Paling utama, kita buat semua ini kerana Allah. Sebabkan ini amanah, mana-mana yang perit-perit, kurang manisnya itu saya tolak tepi aje lah. Anggaplah itu dugaan, kifarah dosa saya barangkali. Alhamdulillah, senior-senior di SMK Laksamana juga ramai yang bertimbang rasa. Dulu, saya tertunggu-tunggu untuk berada bawah naugan En Mustafa Sani, malangnya, bila saya masuk ke alam perguruan, En Mustafa Sani sudah pun berpencen. Bukan rezeki saya, tapi syukur, adanya insan-insan seperti Tn Hj Sulor, Tn Hj Abd Rahman,saya rasa mereka bukan sahaja barisan pentadbir sekolah, malahan seperti ayah yang sentiasa mahu membantu anak-anak mereka. Menyenangkan semua kerja. Bertimbang rasa. Alhamdulillah, jika sesiapa datang ke SMK Laksamana, anda akan bertemu dengan kumpulan guru-guru yang bekerjasama di sini. Kamidatang disambut baik, alhamdulillah, walaupun kami kurang adat dan kurang santunnya, syukur kami diterima dengan baik. Moga-moga sehingga tahun berikutnya, ukhwah ini masih utuh dan berpanjangan.

Soal pelajar, rasanya mana-mana sekolah sama aja. Akan ada isu sana sininya. Manusiakan tak sama. Mustahil kita harap semua orang sama sahaja seperti kita. Baru masuk nih, tak banyak pendekatan yang saya gunakan. Sikit-sikit aje. HEHEHE. Tapi...kak yongnya tetap sama. HAHAHHA. Saya harap, saya akan dipermudahkan urusan saya di sini, Baik dengan pelajar, guru-guru senior malahan dengan pekerja-pekerja lainnya hatta tukang kebun sekalipun.

Akhir kata, selalu ingatkan diri kita. Kerja ini satu amanah, buat bersungguh-sungguh. Hj Sulor selalu cakap. Pilihlah pekerjaanmu sesuatu yang paling kamu suka lakukan. Ibaratnya, bila kamu bekerja, seolah-olah kamu melakukan hobi kamu setiap masa. Hehehhe. In shaa Allah, ini hobi saya sampai bila-bila. 

Okey, love ya, Nurul. 

4 comments:

Yong Zahura said...

Yeay! Camne eh bole jumpa blog ni. Hehehe.

tiga lalat said...

Salam. Hee selamat bertugas.

NURUL HUDA TAIB said...

Hey mamA yong macam mana kita baru pasan komen ni. Hehehr mcm mana ley jumpa hihiks

NURUL HUDA TAIB said...

Hai lalat tq dtg sini