Thursday 18 June 2015

Dapur Cikgu Huda : Brownies Mudah

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.

Ya Allah Ya Tuhanku, Semoga Nurul Huda Taib selalu baik dan cantik.
                 ( terima kasih doakan saya hari ni )


Hari ni terajin nak tulis blog sebab hari ni hari pertama Ramadhankan. Tak dapat makan, jadi banyak masa terluang. Kekekeke. Ada je alasan kalau orang malas ni. Sebabkan tunang saya suka makan kek, saya jadi rajin balik untuk buat kek. Siapa juga yang akan malas kalau dia masak ada je orang nak makan. Walhal dia masak taklah sedap mana. Tapi sebab gembira tengok orang makan dia masak tuh yang buat dia jadi seronok nak masak. Keluar duit beli bahan pun tak terasa macam beban. Betul tak? So, sila enjoy buat brownies ye!!!





* Resepi ni saya ambil di Facebook je. Lepas dah mahir, sesuaikan ikut cara sendiri.

Resepi :
300g mentega
300g coklat masakan
350g gula perang
80g serbuk koko
2 sudu kecil esen vanila
200g tepung gandum
6 biji telur
***boleh letak kacang kisar kalau siapa suka, tunang saya tak suka kacang so saya tak letak hehehe

Langkah :

1. Sukat semua bahan siap-siap. HaaHaa ini memang cara saya buat kerja. Salin resepi, beli bahan, susun semuanya atas meja, ambil gambar. HaaHaaa. Okey tak lawak. Senangkan kalau dah siap sukat semuanya nanti tak lah kelam kabut terutamanya orang yang pertama kali masuk dapur. Sambil tuh panaskan oven suhu 180.

2. Cairkan mentega. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Sebab coklat ambil masayang lama untuk proses double boiler ni, saya biasanya cairkan coklat siap-siap lepas tuh baru proses yang lain.

3. Okey, lain orang lain caranya. Tapi saya punya cara, sambil cairkan mentega tu, saya masukkan coklat masakan yang dah saya cairkan tu, lepas tuh saya gaul rata dalam kuali/periuk. Biar sebati. Lepas tuh masukkan serbuk koko.

4. Masukkan pula gula perang. Bagi rata, non stop kacau/gaul bahan ni. Selesai, matikan api dapur.

5. Masukkan dalam bekas lain, Biar sejuk kejap. Lepas tuh, selang seli masukkan tepung dan telur hingga selesai. Kiranya, masuk telur gaul. Masuk tepung gaul. Sampai sebati. Tangan kena kuat sebab kalau terhegeh-hegeh nanti telur berketul atau masak dek kerana bahan tadi masih suam-suamkan. Kang ada telur goreng dalam adunan. Yerks. 

5. Titiskan esen vanilla untuk penyedap bau dan penambah perasa. *** masukkanlah kacang ke apa yang korang suka kalau nak. Kacau rata. Siap adunan! Masukkan dalam bekas yang korang suka. Nak letak dalam cawan kertas boleh, nak letak dalam loyang boleh. Suka hati tak de siapa marahlah. =P

6. Bakar dalam, 15-20 minit suhu 180. Tapi !!! ikut jenis oven okey sebenarnya. Kalau saya, suhu cuma 140 je sebab oven saya tuh jenis yang suka buat rentung semua benda. Sakit betul hati ni hahahaha.


Hasilnya, korang akan dapat brownies yang rangup atas dan bawah lepas tuh dalam dia lembek-lembek kenyal. Yeay!!!! Buatlah, senang je. Lepas tuh bagi kat orang. Seronoknya lahai bila tengok orang makan sampai habis. Saya buat ni masa mula-mula untuk tunang saya dan dia suka(dalam hati tak tahulah hahaha) lepas tuh seronok buat untuk diagihkan pada anak murid kat sekolah. yeay, happy tengok mereka senyum lepas makan brownies walaupun bekas sampah pun nak pulang balik kat cikgu dia. Itu pun tak reti buang ke? Lol sangat!

Nota kaki :
I do give hasil buatan saya kat ibu tunang saya. Ada orang cakap tak perlu sibuk-sibuk nak ambil hati, kalau suka tetap suka tak perlu buat apa-apa. Kalau orang tak suka, bagi berlian pun orang kutuk. Tapi saya rasa, saya bagi bukan untuk ambil hati tapi saya nak beritahu terima kasih kerana masih mengizinkan anaknya bersama saya. (ah tetiba sedih)


Terima kasih baca, datang lagi.

No comments: