Saturday 20 June 2015

Dapur Cikgu Huda : Resepi Cheesecake [Untuk Tunang Tersayang]

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Tahun nih secara tiba-tiba saya dihadiahkan seorang lelaki yang menjadi tunang saya. Ya Allah, saya bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan hadiah terhebat ini. Ye, ini hanyalah pinjaman semata-mata tetapi pinjaman ini adalah anugerah terindah buat insan kerdil seperti saya, Sungguhlah Allah itu hebat percaturannya, betul cakap mama, Allah beri apa kita perlu bukan apa kita mahu. Got it mama! Tunang saya adalah lelaki terhebat selain ayah. Syukur.

Emm, sebab saya blessed sangat dengan kehadiran dia dalam hidup saya jadi saya memang dah rancang sambutan hari lahir dia sejak hari lahir saya lagi. Hehehe. Walaupun masa awal-awal memang tak ada proper plan pun, tapi saya tahu, on his birthday saya memang akan buat sendiri kek untuk dia. Tak ada Secret Receipi ke apa ke. jangan harap jangan berangan ye! Kakakaka. Okey, untuk sambutan birthday dia entri lain entri lain entri lain yang tak tahu bila nak update hahahaha. Sebab for his birthday kita sambut 2 minggu taw kekekekkee. Okey resepi, here you go~

* As usual lah, resepi memang ambil daripada Facebook*

Resepi :

Kek
150g tepung gandum
70g tepung jagung
120g gula
2 biji telur
70ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
80g mentega
1/2 sudu besar ovallette
2 sudu kecil baking powder

Krim 
150g cream cheese
150ml whipping cream
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil jus lemon


Langkah :
1. Macam biasa, susun bahan, ambil gambar, sukat bahan siap-siap, panaskan oven. Buat jangan tak buat hahaha.

2. Putar telur dengan gula sampai kembang. 

3. Masukkan ovallete lepas tuh pukul lagi. Tahukan pukul tuh macam mana? Jangan sengal tak tahu ye. Hahaha

4. Masukkan esen vanilla lepas tuh pukul lagi. Okey, part yang ini saya gantikan esen vanilla kepada jus lemon. Sebab saya suka gila dengan rasa jus lemon macam saya buat cheesetart tuh bukan main banyak sukatan jus lemon hahaha. Actually sebab nak hilangkan muak pun iye.

5. Kemudian masukkan tepung dan susu segar yang diselang seli. Pukul kelajuan sederhana. Bagi rata.

6. Masukkan mentega yang dah dicairkan awal-awal. Pukul sebati. Settle! Masukkan dalam bekas, suka hati ko lah nak bekas apa pun.

7. Bakar 30 minit dengan suhu 180, ikut oven jugak sebenarnya. Kalau saya memang tak sampai 180 sebab ovenku kejam suka buat onar. Okey, kalau tak suka tekstur bakar, boleh kukus. Macam saya,saya buat dua bahagian. Satu bahagian kukus satu bahagian bakar. Sebabnya, ini pertama kali buat, saya eksaited lebih. Saja nak rasa dua tekstur berbeza dalam satu kek. 

Sambil bakar/ kukus kek tadi, buatlah krim cheese untuk tutup kek korang yang anggun itu. Hahahaha. Sesuatu sangat bila sebut anggun. Okey stepnya.

1. Pukul cream cheese, whipping cream, lemon jus dan susu pekat manis. Pukul sebati. Part yang paling saya suka. Pukul sampai bosan hahaha. Pukul ini pun kena ada seni tau, kalau tak krimnya berketul yerks. 

Okey itu je. Lepas tuh pepandailah hias macam mana korang nak pun. kalau saya, saya letak krim dulu kat papan kek lepas tuh letak lapisan kek yang pertama, letak lagi krim lepas tuh lapisan kek kedua, lepas tuh letak krim lagi. Salut penuh lah kek tuh dengan krim supaya kek yang asalnya buruks itu jadi cantik haahahaaaa. Bolehlah tabur dengan apa sahaja korang suka. tabur air mata pun boleh je. Selesai. So, kek hari jadi tunang saya macam mana?

Dah cakap dah. Oven saya tuh suka bakar habis semua benda. Sakit hatiku ini. Banyak betul nak direpair kek ni hahaha. Potong luar dia bagi monyet makan, ambil isi dalam yang gebu itu je hahaha.
Susah payah saya tutp kek anggun tadi hahahaha

Bolehlah daripada tak ada usaha langsung


Nota kaki :

Ramai yang cakap buat apa bersibuk-sibuk buat sendiri sebab kos beli kek siap dengan buat hampir sama. Terutama amatur macam saya yang semua bahan kena beli, bekas etc, Tapi kepuasan buat sendiri tuh lain sangat. Apa lagi yang lagi happy daripada dengar dia cakap, terima kasih buatkan saya kek. =)

Emm, saya jenis yang tertarik dengan sebaris ayat macam tuh je. =D


Terima kasih baca. 

No comments: