Friday 23 September 2011

Kekecewaan menzahirkan kebenaran yang perit itu..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..Siapa lah yang rajin nak membaca entri panjang nie. Tapi jom lah baca. This entri ditulis jam 1.19 petang..Masa nie Huda rasa sangat kecewa..Marah? TIDAK...Sebab kalau Huda marah, Huda akan benci orang yang buat tue. Tapi, Huda masih rasa sayang pada mereka. Huda teringat masa Huda join satu program kampus. Event besar. Tujuan Huda join event nie sebab Huda nak belajar. 

Huda pergi interview dan Huda terpilih. Seronok sangat sebab Huda hanyalah orang biasa yang bukannya ada pengalaman yang HIGH STANDARD pun. Huda pergi meeting first event nie. Masa tue dah terasa kecewa sangat dalam hati nie sebab Huda dapat mesej daripada majlis tertinggi event yang meeting akan start jam 8.00 malam. But, apa yang mengecewakan Huda? Meeting start hampir pukul 10.00 malam. Adakah ini dipanggil professional? Awal-awal Huda dah rasa dumb sangat dengan pengurusan. Then, Huda diberikan tugas dengan beberapa orang lagi. Serius, Huda diserahkan tugas yang bagi Huda cukup besar dan cukup penting. Huda teruja sangat sebab Huda yakin, Huda mampu buat sehabis baik. Malangnya, pada pertemuan pertama kami, Huda kecewa sangat kerana P.P dan T.P.P hanya buat kerja berdua sahaja. Adilkah macam tue? Jika mereka hanya nak buat berdua, mengapa tidak dibuang sahaja Huda awal-awal? Huda nak belajar jugak kerja macam mereka. 

Then, satu hari tue Huda dapat mesej suruh pergi HEPA, ada kerja katanya. Huda pun pergilah. Tapi batang hidung ketua langsung tak da. Kat HEPA tue, Huda pun tolong-tolonglah gunting flyers. Lepas tue dah siap Huda mesej ketua tanya dia kat mana, Huda dah siap kerja di HEPA. Dia kata dia di Bitara tengah settlekan bahagian acara kami. Huda kata nak tolong dia kata tak payah. Secara jujur, Huda tak tahu apa yang patut Huda buat lagi. Time event berlangsung, Huda hanyalah sebagai BUDAK MILO. Tukang panggil orang yang diperlukan, tolong ambilkan kertas yang tertinggal di rumah, jugak sebagai penonton yang meramaikan khemah yang lengang tanpa pengunjung. Habis event nie, Huda cakap, Huda tak sesuai lagi join sekretariat sebab Huda seorang yang PASIF, tak layak menganjurkan event. Tapi, dari sudut lain, Huda kecewa kerana bukan Huda tak mencuba tapi peluang itu disekat!


Lain yang mengecewakan Huda adalah Huda perasan layak menjadi seorang pemimpin. Huda hantar borang, pergi interview, terpilih, pergi kursus dan latihan tapi Huda tetap jugak seorang yang PASIF. Kenapa erk? Huda tak nak cakap salah orang lain jek, tapi Huda percaya semuanya berpunca daripada diri Huda sendiri jugak. Mungkinlah mereka tak berani nak bercakap, SMS, atau chat Huda di Fb sebab tue mereka buat kerja dengan mengabaikan Huda dan kemudian menganggap Huda seorang yang malas, pentingkan diri, tak beri kerjasama dan tak layak berada dalam organisasi. 

Ya, benar, Huda bukan seorang yang peramah. Huda tak banyak cakap dengan mereka, Huda tak ketawa-ketawa pun dengan mereka. Malahan Huda tak tegur mereka ketika bersua. Tapi, mereka ada mencuba untuk menegur Huda? Bukan semua tapi sesetengahnya cukup baik dengn Huda sampaikan kerana mereka Huda nak berada dalam organisasi. Cara kerja Huda sangat berbeza dengan mereka, Huda rasa. Huda sukakan kerja yang simple tapi padat. Contoh, meeting cukup 1jam setengah. Kita cuba pendekkan masa meeting dengan datang awal, tak mencampurkan urusan rasmi dengan benda-benda lawak. Kemudian tue, kita cuba bahagikan tugas dengan jelas. Dalam setiap bahagian kalau ada 3 orang AJK, maka, setiap AJK mesti ada pengkhususan kerja supaya tidak bertindan, kerja lancar dan setiap orang dapat belajar sesuatu. Bukannya hanya orang tue jek yang buat kerja dan bila tiba-tiba dia terlampau sibuk, dia tak sempat siapkan, dia telefon Huda dan beritahu Huda tolong buat itu, Huda tolong buat ini, sedangkan event hari Sabtu, Jumaat dia suruh. Telefon pulak masa Huda tengah kelas. Rasa kecewalah. Sedangkan, Huda dah tunjuk flow yang Huda buat. Ya, Huda tak de pengalaman macam mereka, tapi, tak salahkan kalau mereka tengok pelan yang Huda buat, sekurang-kurangnya hargai hasil kerja Huda. Masa meeting kecil antara AJK, tak de pun nak suruh Huda buat memo ke, cubalah cakap, Huda buat nie. Huda takkan marah. Sebab memang tue tanggungjawab Huda. 

Tapi, sebagai manusia biasa, Huda rasa kecewa bila Huda nie hanyalah PENGGANTI bila mereka dah tak sempat nak buat. Kalau tak, kalau boleh, memang tak nak pakai lah Huda nie. Mesej pun tak nak walaupun Huda dah mesej beritahu kalau perlukan bantuan Huda, kalau nak bincang, mesej Huda beritahu. Jangan buat sendiri. Kalau ada sesiapa baca entri nie, mesti kesalahan akan dijatuhkan pada Huda dan kebencian terhadap Huda akan mula bercambah. Huda redha. Sebab, masa di Makkah, Huda doa, Huda mintak Allah satukan hati Huda dengan mereka. Tapi, kalau dah takdirnya hati kami tak bersatu, Huda mohon, jangan Huda menyakiti mereka. Huda terima respon yang mana mengatakan, JANGAN PASIF, TOLONG BERKERJASAMA, JANGAN BUAT TAK PEDULI, ALLAH BAYAR CASH. Huda sedar itu. Huda tak berniat pun nak lari daripada tugas. Huda tak pernah pun nak jadikan ASIGNMENT sebagai alasan tak join kerja. Huda fikir, kalau Huda mampu buat kerja nie dengan baik sampaikan tugasan Huda tak selesai, lec akan denda Huda atau mereka? Ya Allah, tolonglah Huda. Huda merayu, seandainya Huda tak mampu nak pikul tanggungjawab nie, lepaskan ia daripada Huda walaupun Huda terlalu sayangkannya. Huda tak mahu jadik bualan orang. Huda sedih dengan perlakuan-perlakuan di sekeliling Huda. Siapalah Huda dibandingkan dengan mereka. Tidak ada harga dan kepentingan pun. Subhana Allah.

Huda tulis entri panjang lebar nie, bukan nak buka pekung di dada walaupun nampaknya begitu. Huda tak tahu pada siapakah wajar Huda luahkan semuanya ini. Adakah yang akan mengerti? Tetapi, kalau ada yang membaca, Huda harapkan bila anda bersedia berada dalam organisasi, tolonglah jangan lakukan kebiasaan anda. Cuba keluar daripada kepompong yang biasa. Ya, Huda bukan manusia yang layak menasihati anda kerana ilmu Huda ibarat setitis madu sahaja berbanding anda yang sudah mengumpul sebotol pengalaman. Malu Huda nak berdiri di sisi anda. Tapi Huda akan rasa gembira kalau kita benar-benar mampu berkerjasama, bukan menjadikan salah seorang daripada kita dalam situasi yang sukar. Anggaplah apa sahaja tentang Huda, Huda redha. Ya Allah, engkau yang menetapkan sesuatu. Bantulah hambu-Mu ini memperbaiki kekhilafan diri. Aku mencintai mereka seperti darah dagingku sendiri kerana mereka juga yang akan menyokong amal ibadahku pada-Mu.


Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan bersama menanggung beban di hati ini.

No comments: