Tuesday, 20 December 2011

::: Adam Adli ::: ::: UPSI :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....


Musim hujan nie kat Tanjong Malim..Tapi kenapalah rasa panas semacam jek Tanjong Malim nih...Tak habis-habis UPSI digemparkan dengan bermacam-macam kes...Tak selesai isu posting, kini isu turunkan gambar pulak...Maknanya apa tue? 

Huda sebagai mahasiswi UPSI tak mahu terburu-buru meletakkan hukuman pada sesiapa pun..Banyak status di laman sosial Facebook yang Huda baca tulis "malu nak mengaku sebagai student UPSI", "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" dan bermacam-macam lagilah...Kenapa nak malu? Lagi malu nanti habis belajar 4tahun Ijazah Sarjana Muda Pendidikan terpaksa bekerja di pam minyak sahaja..Huda menulis blog ini, entri ini, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa malahan bukan untuk membela sesiapa yer..Ingatkan awal-awal...Kang sat lg, Huda pulak nak kena ludah...Opsss....Sori pahlawan!!

Huda tak mahu kaitkan dia dengan 'pembangkang' atau apa-apa term yang kita sendiri tak jelas kedudukannya..Kenapa? Kalau kita tengok, makin lama, macam-macam hal dah berlaku di Malaysia...Tak payah nak cari yang besar-besar...Tengok berapa ramai wanita dirogol dalam sehari...Kes kecurian..Bunuh..Masya-Allah..Nak keluar rumah pun takut tau sekarang nie...Gangster pukul orang bersepah...Kes Adam Adli sendiri kita tengok Malaysia ada ramai pahlawankan..Mungkin juga tindakan Adam Adli dan rakan-rakannya bertujuan menyedarkan pucuk pimpinan, bahawa seandainya mereka (pimpinan Malaysia) masih memandang enteng kepada masalah rakyat, terutama isu mahasiswa ini, mungkin pimpinan sedia ada akan digulingkan..Segalanya mungkin...

Setiap orang ada persepsi mereka yang tersendiri dalam meluahkan rasa tidak puas hati atau sokongan terhadap Adam Adli dan rakan seperjuangannya...Bagi Huda sendiri, menyokong atau tidak, itu urusan masing-masing...Namun begitu, nilaikan intipati perjuangannya...(Mesti ramai banned Huda nih)

Sejujurnya, Huda mendoakan kesejahteraan mahasiswa/mahasiswi yang berusaha membantu membela nasib kami di UPSI ini..Mungkin sekarang masyarakat belum menyedarinya, tapi suatu hari nanti, apabila perjuangan ini berjaya, Huda yakin, ramai yang angkat muka, mendabik dada, yeah, AKULAH YANG BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA...

Harapan Huda, lepas nih, kalau ada perjuangan berani mati macam nih, sesiapa pun mahasiwa yang tergerak untuk melakukannya, banyakkan doa pada Allah swt..Biar apa pun yang ingin kita lakukan, ingatlah, kita ada keluarga di kampung..Memanglah kadang-kadang perjuangan tue hingga terpaksa mengorbankan sesuatu yang disayangi..Berjuanglah dengan cara dan di landasan yang betul..

Yang lain-lain pula, Huda rasa, janganlah kita menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu perkara yang kita sendiri tidak jelas akan duduk perkara sebenar...Kenapa mesti menuding jari menyalahkan orang lain? Kenapa mesti mengatakan itu dan ini jika kita sendiri, hanya tahu memaki hamun, tampil ke hadapan tidak berani? Masa isu tak dapat posting heboh dulu, Huda tengok orang-orang yang sama memaki nielah yang menghentam pimpinan Malaysia cukup pedas..Tapi, berani di laman sosial Facebook jer lah..Bila ada yang bangkit berjuang, mereka sekali lagi memaki hamun juga...Sedangkan mereka, berani di belakang tabir sahaja...Kesimpulannya, jangan kita bersibuk-sibuk menjatuhkan hukuman ke atas orang lain, kalau kita sendiri tak berani tampil ke hadapan menyuarakan hak kita...


Bukankah orang yang mengkeji Adam Adli tue adalah orang yang sama mengkeji Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Biasiswa Pendidikan hanya ditaja untuk sesetengah kursus Pendidikan sahaja???

1 comment:

Mata Pena Fadz said...

yeah...lihat ia dari sudut akademik bukn politik..lau kite ikut politik..kejam lah kite....