Saturday, 3 December 2011

::: SELAMAT PULANG KE PANGKUAN IBU KANDUNG ::: :::: AHLAN WASAHLAN YA MUHARRAM ::: ::: DEBAT PIALA PENGETUA KHAR :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..Lama tak updated...Sekali updated, hamek ko Huda bagi sebanyak mungkin..Petang-petang gini, mood membaca agak suram...So, updated blog banyak2 kali...Hehehe...



Bulan 11 hingga bulan 12 adalah minggu yang sibuk bagi Huda..Awal bulan terkejar-kejar dengan asignmnt, lepas tue program kolej tak settle-settle kerjanya...Huda usaha sedaya upaya Huda supaya tak mendatangkan kemarahan mana-mana pihak...Hehehe...Yelah, kalau fokus yang tue jek, yang tue marah..Katanya, orang nie telefon nak cepatlah, orang nie tanya-tanyalah, sampai dah tak ley angkat muka...Adoii...Kadang-kadang rasa macam dah bekerja lak sibuknya...Tapi, Huda sibuk cane pun, Huda mesti akan spent masa peribadi untuk menonton sambil makan...Hehehe...Tue tabiat yang takkan Huda tinggal...Kat sini Huda nak share lah sikit-sikit yang Huda buat...Tak buat ape sangat poooonn...Hahaha...


JAMUAN SELAMAT PULANG KE PANGKUAN IBU KANDUNG 

Actually nie hanyalah program jemputan sahaja...Tetapi, seronoklahkan dapat makan free...Sape tak nak kan...Yang tak seronoknya, makan semeja dengan lelaki...So, tak sempat nak merembat makanan-makanan enak tue...Hahaha...Walaupun tak sempat, dapat juga menangkap seketul ayam, sedikit sayuran dan acar buah...Makanan dia terlalu sikit sebab dia dah siap hidangkan..Lau buffet mesti best..Puas sikit makan...Hehehe...Apapun, syukur...Huda sampai lambat tau time nie...Sebab Huda tertidur lepas settlekan program AHLAN WASAHLAN...Mujur Kak Tiqah call Nelly..Dapatlah kami datang ke majlis grand nie...*tak grand sangatlah* haha....


Sebab datang lambat kami tak dapat tayangan slaid yang dibuat untuk ALUMNI SITC...Opss...Lupa, majlis nie sebenarnya dibuat untuk meraikan para ALUMNI SITC...Kami dijemput untuk meraikan jerk...So, tengoklah beberapa gambar yang diambil melalui kamera Olympus nie...Hahaha...Lupa nak cakap, kat majlis nie ada lah kawan Huda tue, bajet weyh...Huda tegur dia buat muka pulekk...Bajet bagus sangat...Padahal bukannya bagus pun...Nyampahlah...


Selamat Pulang ke Pangkuan Ibu Kandung...Meniti hari, meninggalkan bumi pendidik ini...

Barisan JMK KUO Sesi 2011/2012

Barisan JMK KUO Sesi 2011/2012

YDP (yang tengah minum)

MT Penasihat Akademik & Kerjaya (yg sedang bertelefon)

Exco Akademik & Kerjaya (yg depan sekali) buwerkk

Roomate plus Exco Sukan & Rekreasi

AHLAN WASAHLAN YA MUHARRAM

Sebelum ke SITC tue, kolej Huda buat program AHLAN WASAHLAN YA MUHARRAM, Huda bahagian Jamuan dan Makanan..Serius penat..Sebab kiteorg masak sendirikan..Huda bukanlah orang yang jadi tulang belakang program tapi Huda gembira sebab ada jugaklah bagi sumbangan tenaga...Hehehe...Program nie dianjurkan oleh exco Latihan & Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Huda, dibantu oleh exco-exco lain...Objektifnya, tentulah nak sambut Tahun Baru Islam...Nak eratkan hubungan warga kolej...Sambutan agak kurang berbanding program GEMERLAPAN SYAWAL dulu, mungkin disebabkan ramai yang balik kampung. Cuti lama sangat..Tapi, so far, sangat puas hati dapat menjamu mereka dengan hidangan yang sedap, chef dibawa khas daripada KELANTAN...Yeah, terima kasih dengan pengalaman yang cukup indah ini...



Penat giler time nak mengemas balik semua benda tue..Macam nak nangis weh...Nak basuh, nak bersihkan tempat, memang rasa, cukup sekali weyh...Tapi nie adalah pengalaman pertama, ya, diulang, pertama bagi Huda merasai pengalaman rewang...Kat kampung memang agak pasif sikit...Bukan pemalas...Heh..Sebab penat sangat, Huda tertidur sampai tak sedar sape2 yang text or call...Sampai lewat ke Majlis Selamat Pulang ke Pangkuan Ibu Kandung...Heh...



Gambar keseluruhan program masih belum dapat lagi..Nie gambar masa gotong-royong..Gambar tak cantik sebab Huda tak pandai nak amek gambar, lepas tue memang takkan editlah kan..Terus masuk Fb or blog nie..Original...


Bukan menunjuk-nunjuk tapi kenyataan beb...Huda gosok periuk...

Rakan Exco Akademik dan Kerjaya...Happy korang turun padang...

Rakan Exco Akademik lagi...Dibantu juga Rakan Exco Sukan



DEBAT PIALA PENGETUA KHAR

Ohhh...Ni adalah program yang sangat awesomenya..Yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata...*MOTIF* Pertama kali Huda menyertai debat...Opss..Bukan menyertai..Tapi menjadi HAKIM..Ya, dengan tidak ada apa-apa pengalaman berdebat, Huda dijemput sebagai hakim daripada KUO...Satu penghormatan...Paling best adalah penganjur, Syam, Kak Aini, Kak Fidah and a few people tersangatlah baiknya...Kalian sangat baik...Saya sangat suka dan gembira..Sangat mesra...Sepertinya kita telah lama bekerjasama dan sangat sejuklah bersama kalian..Hehehe....



Tambah best lagi adalah, Huda menghakimi kawan sendiri...Team Morris...Wah, sangat hebat saat melihat mereka berdiri dan melontarkan hujah-hujah...Penuh gaya...Penghuraian fakta...Serius, Huda jadi teringin nak masuk debat...Doakan Huda pulak berdebat selepas nie eh...Urm, sayangnya, Huda tak da gambarlah...Sangat rugi...=( Apa pun, Huda gembira...Pengalaman baru...Dapat kawan baru...Terima kasih Allah..Memperkenalkan saya dengan mereka yang sangat baik...Keputusan debat Huda updated lain kalilah..belum tamat lagi...haha



Tamat dah...Bosan? Lain kali Huda bagi lagi panjang...Hahaha...


2 comments:

gadiest ❤ said...

woot.woot..

pakwe handsome.ramainyerr..
kenal2kan lah kat kite bakal2 cikgu tuh.heeeeeeeeee =)

Huda said...

awak nak yg mana 1? habaq mai...