Saturday, 3 December 2011

::MY JODOH:: ~ copy, cut, and paste~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...Hari nie Huda update entri copy & paste jerk...Sebab, Huda sibuk, malas & pastinya mood tak ada...Cuma dah lama biar blog kosong..So, isi sesuatu yang Huda jumpa dalam Fb dan Huda minat untuk kongsikannya di blog picisan nie...Lagipun, bulan 12 nie adalah bulan kahwin...Cuti sekolahlah kan...Kawan-kawan ramai 'naik pelamin'...


Huda gembira bagi untuk mereka yang sudah pun berjumpa destinasi cinta masing-masing...Mudah-mudahan kekal hingga ke syurga..Untuk si suami, ketahuilah bahawa lafaz akad anda itu bukan sesuatu yang mudah..Anda mememang tanggungjawab yang besar..Dituntut di akhirat kelak...Jadilah Imam yang baik untu keluarga...Bagi si isteri, jaga maruahmu untuk suamimu..Jadilah makmum yang sentiasa taat...Sekecil-kecil perkara adalah masalah untuk rumahtangga...Jagalah kebahagiaan kalian...Huda doakan semua yang sudah, sedang dan akan berkahwin berkekalan hingga ke akhir hayat dan di syurga bertemu kembali..



Jom, baca yang seterusnya, hayati, renungkan...



Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 

kalau ada rezeki, biarlah dapat suami yang sanggup menjaga kedua ibu bapa Huda sebaik dia menjaga dirinya & keluarganya..tak kisahlah berapa lama dia saggup sayang Huda tapi Huda mahukan dia menjaga kedua ibu bapa Huda sebaiknya...ada yang sanggup??

Seronoknya kalau dapat kahwin sekarang...(^_^)

1 comment:

cik kiambunx said...

kawin jgn x kwin huda! :)