Thursday, 29 December 2011

::: I-City Haram?? :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...I-City haram? Yeke? Tapi ramai jerk yang pergi sana...Silap-silap, 1 malam, owner dapat sampai RM 5k...Walaweh...Hebatmu...Ehem...Ehem...Huda pergi I-City malam Krismas lepas...Hui,hui...So, kenapa kata haram??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

SEBAB HUDA MASUK SECARA HARAM!!!



Dah lama sangat Huda nak masuk I-City...Bukan nak buat apa pun...Nak tahu jerk apa yang ada kat dalam tue....Lama sangat tunggu peluang nak pergi sana...Akhirnya, balik daripada wedding Azzy tue, secara tak dirancang, Has kata dia boleh bawak Huda pergi I-City...Percuma lagi katanya...Teruju beb...Alah, mesti korang dah masuk berkali-kalikan...So, tak heran sangat...Huda jerk rasa hebat....Tapi, yang tak syoknya tue, Huda terlampau letih lah...Yelah, baru habis program, lepas tue pusing-pusing carik rumah pengantin, cuaca panas siangnya, lepas tue tak cukup tidur, terus berjalan malam tue, tenaga agak low....Boleh gitu?? Lagipun, hang out berdua jerk dengan Has, so macam buat aktiviti sopan-sopan jerk lah...Sopanlah sangat Huda! Kalaulah geng-geng APKT ada, tak tahulah Huda nak cakap...Confirm pengunjung I-City terus berlari keluar sebab macam jumpa pesakit mental...Aha...

Huda dengan Has bergerak ke I-City lepas Maghrib macam tue...Tak ingat waktu yang tepat sebab terlalu eksaited...Haha...Has dah pesan, malam Krismas nih mesti jalan jem...Memang pun...Huda rasa teruja tengok jalan jem di kawasan nak masuk I-City tue...Then, Has kata, jangan risau...Sebab, kami takkan terperangkap dengan kesesakan tue sebab kiteorang akan masuk ikut jalan hitam...Eh, silap...Jalan belakang.... =)


Macam mana kiteorang masuk dan mana laluannya adalah rahsia...Sebab kalau dah cerita kat sini susahlahkan...Nanti, tak pasal-pasal semua orang lalu situ, lepas tue jalan tue ditutup, nanti kiteorang nak pergi lagi dah tak dapat...Tapi, siapa nak pergi bolehlah roger-roger Has...Tapi, mestilah ada ganjarannya...Paling tak pun, bagilah Domino's ker...Okey apa! Hahahaha....Cerita pasal jalan nih, Huda pakai wedges yang boleh tahan tingginya and...Rasa kaki macam nak tertanggal, macam dah tak mampu nak bercakaplah masa meredah hutan belantara semata-mata nak tengok macam mana ghupenya I-City tue...Cet...Tapi aku eksaited woo...Mata terpejam-pejam...



Masuk jerk dalam I-City tue, teruslah amik-amik gambar...Biasalahkan...Padahal lampu-lampu jerk....Cumanya dihias dalam bentuk yang menarik...Bentuk haiwan, pokok-pokok...Sambil meronda-ronda dengan Has tue, memacam yang terlintas di fikiran Huda...


1. Ramainya couple kat situ.
2. Bestnya yang datang satu family.
3. Mesti best kalau mama ayah ada sama.
4. Teringat adik yang nak sangat tengok I-City.
5. Berapa bilion agaknya owner dia dapat sejak I-City nih beroperasi.
6. Mesti yang datang nih orang kaya-kaya sebab segelas milkshake yang diisi dalam bekas air yang selalunya harga RM 1, dijual dengan harga RM 4...Tak sedap pulak tue...
7. Banyak lagi tapi...Simpan dalam hati jer lah...

Serius, yang mengkagumkan Huda tentang I-City nih, bukan kecantikannya...Tapi, ramainya orang datang sini....Has kata, I-City nih panas selalunya...No wonderlah panas....Semuanya lampukan...Tentulah bahang...And, itulah sebabnya Malaysia semakin hari semakin panas...Urm, apa-apa pun gembiralah jugak sebab hasrat hati nak tengok I-City dah tercapai...And, the most wonderful thing adalah....Pergi dengan Hasmidah Hamdan...Best atau tak sesuatu tempat atau perkara tue adalah, dengan siapa kamu bersama...Bagi Hudalah...Kadang-kadang, tempat tue biasa giler, bosan, buruk pulak tue, plus mahal nak mam***, tapi, bila kita spent time dengan orang yang kita happy, ianya akan jadi happy giler macam tempat tue syurgalah...


That's whylah I-City nih antara tempat yang dinobatkan sebagai syurga dunia Malaysia...Harharhar....

Apapun, memang Huda enjoy sangat...Enjoy sebab dapat jumpa Has, berborak dan korek-korek rahsia sikit...Kepochi betul...Serius, Huda memang having fun dalam masa 1 hari tue...Macam tak nak balik, nak ajak Has ronda-ronda Shah Alam sampai minyak kereta kering....Teruk betul! Dahlah berjalan tue pun tajaan En. BF yang bagi duit kocek...Teruk lagi...Lepas tue Has kena belanja minum pulak...Double teruk....Pinjam baju Has lagi...Tripple teruk...Huda rasa down...

*Menyampahlahakubacablogkaunihtapistillnakbacasebabakupunbusybodymacamkaujugak* Harharhar

So, apa tunggu lagi! Jom, kita skodeng gambar-gambar cantik...Kalau nak tengok gamabr yang cun-cun, boleh ker Fb Hasmidah Hamdan...Dia Graphic Designer...Boleh mintak dia edit gambar, design banner, banting etc....Serius mantopp....And, dia still belajar lagi...And dia juga cun...Single or double, tue kena usha sendiri....Hui..hui.hui...



So, this is the result...Retak gigi baca blog nih...Motip?
Park kereta jauh-jauh, lintas jalan, dan mula mendaki bukit yang gelap, menakutkan untuk  memasuki I-City...Thrill taw...
Lihat...Aku sudah berada dalam I-City..HAHAHAHA
Terima kasih Has sebab bawa Huda masuk dengan percumanya....Dan jayanya...
Ramai orang, Krismaskan...
Has, gambar nih memang awesome..Huda suka bangat sampai tak tidur malam...Over!


Eh, kita macam kawan baik jerk...*Garu kepala*
Nampak mesra pulak...Skandal?
Hampir semua pokok dan sudut menjadi sasaran...
Amomos thing...Susah nak carik orang amikkan gambar, amik sendiri...Yeah...So,sweet...
Rasa tinggi melampailah pulak bila bergambar dengan orang yang setaraf...Hahaha....
Kurusnya diriku ini selepas makan hati 24/7...
Macam cikgu, kawan-kawan Has cakap....Hehehehhe...
Baiknya kamu!
Pemandangan I-City yang super mahal...Aik?/?
Has dalam Telemovie Pari-pari Hatiku....Ehem,ehem...
I-City sudah berjaya kutembusi...
Has sebagai pemandu pelancong terhebat....
Baju tajaan....Happy....

Mesti korang tak heran sebab dah biasa pergikan....Tak pelah....Ini pengalaman Huda jerk..And, Huda rasa bertuah, sebab pengalaman ini dikongsi dengan kawan Huda yang lama tak jumpa...Hehehe...Sungguh meriah bergosip-gosip....Paling penting ianya percuma, dan plannya nak datang lagi, tapi dengan family pulak...Hehehe..Maybe husband...Harharhar....kena baling dengan kuali kalau mama baca....=)


Oklah..Bye...






Mana-mana tempat pun akan jatuh haram kalau kita tak jaga perlakuan kita...Betul tak? Thinking...Muhasabah diri...

Wednesday, 28 December 2011

::: Selamat Berkahwin...Selamat Naik Pelamin :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Wahai orang-orang kampung sekalian, sekarang saya sudah berada di kampung halaman tercinta dan dicintai...Wah, rasa hebat...Tak mau intro sepanjang asignment Sejarah, saya meneruskannya dengan cerita 25 Disember 2011...Banyak hal berlaku pada hari itu tetapi saya hanya memfokuskan kepada.....PERKAHWINAN AZZY DAN HANAFY

Hebat bukan? Umur 22 tahun sudah berkahwin..Yeay...Huda jerk yang jakun kot..Orang lain rasa, erm...Ramai lagi yang kahwin muda...Apapun, sebagai sahabat, Huda sangat terharu melihat Puan Azzy sudah pun bergelar isteri orang..Meh, cepat, bagi tisu...Sebaldi dah air mata nih...Teruskan dengan cerita..

Huda pergi wedding Puan Azzy dengan sahabat (HASMIDAH) yang dah lama tak jumpa...Rasanya last jumpa masa tahun 2010 kot...Lamalah tue...Sebab, jarak bukan jauh pun, tapi jumpa pun tidak..Bila fikir-fikir, dahsyatnya diri kami ini...Kiranya wedding Azzy nih memang terbaiklah..Thanx Allah...Ok lah..Teruskan dgn cuci mata jer lah...Cakap banyak pun tak guna..Sebab bukan Huda yang kahwin...


Buat-buat mesra..Pesanan Has...
Menunggu pengantin sehingga habis membedal 4 mangkuk cendol...Ok..Tipu...
Pengantin weh...Cepat kompang...
Nak amek gambar dgn jelas tapi cameraman nih sibuk menghadang menggunakan punggungnya pulekkk.....
Suka giler pelamin nih..Simple tapi sweet..
Sekali lagi Has mempamerkan wajah kebosanan menunggu....
Happy balik sebab nak upload gambar kat Fb..Hahaha..
See...Has dah penat....
Yeay..Itu yang kita tunggu-tunggu...Sesi bergambar bersama pengantin...
Has kata nampak kurus sebab pengantin pegang perut dia..Haha
Kesibukan mak cik uit-uit menyiapkan meja makan beradab...
Memula bajet dapat ler duduk kat meja nih...Harapan tinggal kenangan...
Cahaya keimanan jelas terpancar ke muka Puan Azzy...
Pengantin lelaki nih memang pemalu tak henggat lah...Tengok pengantin pempuan...Senyum jek
Pengantin mula penat...
Kami ke'eksited'an dengan pelamin...
Mula berangan putera idaman datang membawa segala wishlistku...
Spot kaki pengantin lelaki weh...Ganjil...
Balik wedding carik kedai minum sebab cuaca panas tak ingat dosa...Hahaha...
Boleh cuba sebab semuanya sedap dan sangatlah murah...

Sebenarnya, masa nak pergi wedding nih, macam-macam berlaku weyh...GPS yang tak boleh harap...Peta rumah pengantin tak jumpa signboard...Direction daripada pengantin yang tak dapat difahami...Hahaha...Tapi, kiteorang gigih weyh..Nak teruskan jugak perjalanan menuju destinasi tanpa mengira bahaya depan mata...Cari banting pengantin tak jumpa, yang jumpa banting India kahwin adalah.....Macam-macam...Mujurlah jumpa Kem Bina Jati...Sampailah kami ke rumah pengantin walaupun di pertengahan jalan dikejutkan dengan ular yang menyeberang jalan...Hebat woo pengembaraan kami...Tak cukup di situ, sampai di rumah pengantin, Puan Azzy macam kebingungan dan terlupa warna tema majlisnya...Adoyai...Buat kami saspen jerk kalaulah salah rumah...



Seterusnya makan dengan enaknya tanpa mengira orang kampung dan sanak-saudara pengantin yang memandang kami dengan dahi berkerut..Yelah, datang terus menuju ke tempat nasi dan mintak nasi lebih sikit..Lupa nak salam orang kampung sebab bajet datang as VVIP...Hahaha...Amik ayam 3,4 ketul dan penuhkan pinggan dengan segala lauk-pauk...Fuhh, masakan dia dapat 4/5 bintang...Aik, Huda terbajet dalam rancangan Masterchef pulek...Sebab pengantin bersiap agak lama, kami berulang-alik mengambil cendol untuk membasahkan tekak...



Akhirnya, kami menjerit kesukaan bila nampak pengantin keluar..Hajat hati nak berlari sambil buat silat gayong depan pengantin tapi tak jadi...Sebab...Buat pertama kalinya, pergi rumah pengantin, pengantin disambut dengan mercun Cina...Aik pengantin, tahulah Chinese New Year dah dekat...Tapi memang meriah plus bising sebab kompang etrpaksa berjuang bermati-matian untuk tidak tenggelam dengan bunyi mercun yang ibarat meriam tue...Amboi...Over...

Lepas tue, kiteorang buat tak malu, masuk rumah walaupun tak dijemput, terus melangkah-langkah mak cik yang ada dan menuju ke bahagian hadapan sekali dan buat-buat sibuk amik gambar...Gedik bhai..Kengkonon nak menyibuk menepung tawar, sekali cameraman dia kata, dijemput mak-mak dan mak cik-mak cik...Over kau cameraman dia...Hasrat terus dipendam jauh ke lubuk hati...Chet...Pasal menepung tawar, memang senak perut Huda dengan Has...Ada ker patut ada sorang mak cik nih, dia menepung tawar, ibarat memberi ayam makan?!! Kesian muka Hanafi...Dah terpalit nasi di bahagian muka dan hidung...Ntah-ntah dah tersedut dalam lubang hidung dia kot sikit..Hahaha..Gurau jek...Pengapit pulak tak boleh harap sebab hanya memandang sepi keadaan itu dan baru tersedar kemudiannya...Tulah pengapit lelaki tue, over macam dia yang kahwin...Asyik dia jek tengok camera..Apa daa...



Lepas tepung tawar, pengantin pergi makan dan kiteorang memporak-perandakan majlis dengan bergambar dengan rakus dekat pelamin, ubah itu dan ini...Sampai abang penagntin jeling maut tapi kiteorang buat tak faham bahasa...Heh, sukalah...Hahaha...Akhirnya lepas 4jam menunggu, pengantin pun berjaya diragut untuk bergambar...Syoknya...Masa nak balik tue, nampak kek wedding yang super cantik dan sedap...Gambar tak amik sebab batery low...Tak guna punya camera...Mintak dengan mak cik tue, sekali dia kata, Nak cup cake? amik bau jelah...Adoyai...Pandai mak cik bergurau...



Perjalanan balik super best sebab tak sesat...Dan, Huda menginap di Kediaman Kolej Melati, UiTM Shah Alam di rumah Has bersama kawan-kawannya yang super havoc...Ohyeah....Nak datang lagi sebab banyak gosip yang tak selesai...

Mesti korang baca entri nih dalam keadaan tercungap-cungap dan lepas tue komen, 'Pebenda ntah minah nih!' Ahh, gasak! 

Wednesday, 21 December 2011

::: CINTA 100 % :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...


Ehem..ehem...Tajuk hari nih adalah CINTA...Wah,wah...Adakah Huda dilamun cinta? Ya, sedang diLAMBUNG cinta nih...Jap lagi jatuhlah nih..Hehehe...Zaman jatuh cinta masih ada lagi kot...Cuma suam-suam kukulah sekarang nih...Sebab banyak sangat peminat, jadi dah tak tertarik nak jatuh cinta...Wah, Huda tak sedar diri nampak...Wekkk....yekk....Penting untuk kita memuji diri sendiri sebagai penghargaan kepada diri sendiri tau...Hahaha...*merapulah hei*

Huda bukan blogger tegar, tapi Huda nih boleh dikategorikan sebagai kaki online & kaki gosip..Suka bersibuk-sibuk perihal orang...Suka tengok blog yang best-best...Jugak suka sangat tengok wall orang yang suka updated status kat Facebook..Biasalah bila skodeng-skodeng nie mesti jumpa sesuatu yang best...Untuk  hari nih, ada dua benda Huda jumpa....Satu di blog dan satu di Facebook...

Walaupun tajuknya CINTA, tapi Huda nak selitkan dulu isu hangat di abad ini...Mai, mai, mai..Beli, beli...Panas nih...Haha....Kat blog, Huda jumpa isu ludah meludah nih...Bagi yang masih kabur mengenai isu nih, bolehlah google search ADAM ADLI...Mesti banyak informasi yang tertera...Siapa tue, apa kaitan dengan isu ludah-meludah nih? Itu semua boleh korang search kat internet...Zaman semakin canggih...*benarnya Huda malas nak taip* Mengenai isu tersebut, adalah seorang blogger telah membuat liputan, aceceh, liputan bagai..Tak dalah...Sebab telemovie 'Meludah ke langit' nih memang hangat di Malaysia sekarang...Boleh dikatakan mengalahkan video clip Rafidah Hj Ibrahimlah...*of cozlah kan!* Maaf, gurauan semata...Bolehlah kita ringan-ringankan mata baca blog Hentak Belipat dan Peti Suara nih...Sure sejuk jek rasa hati...Tak dalah panas-panas macam kita tengok video Panglima Ludah, bak kata tuan blog...Hehehe...So, buat apa nak reviewkan kalau korang boleh baca sendiri...Sila..Sila...



Yang keduanya, Huda jumpa ayat nih pulak...Dalam Facebook Kak Zue sahabat masa Huda pergi umrah hari tue...Ayatnya berbunyi begini..*perlu ker skema?*
       

       UJIAN TERBESAR CINTA ITU BUKAN KEHILANGAN, 
       TETAPI,
       KERINDUAN KENANGAN YANG TAKKAN TERULANG...
       AKU TAK MENGHARAP MENDAPAT YANG INDAH,
       TETAPI,
       AKU BERHARAP MENDAPAT YANG TULUS,
       KERANA,
       KEINDAHAN TAK SELALUNYA TULUS,
       NAMUN,
       KETULUSAN SEMEMANGNYA INDAH...


Aiseymangirl...Ayat nih bagi Huda powerlah...Untuk orang yang sedang diLAMBUNG cinta, memang sesuailah sangat...Memang orang kata tepat pada masanya...Terus Huda belah dada, check hati...Gitu! DAN...Ianya bukan itu sahaja...Kakak empunya Facebook yang penuh dengan nasihat, kata-kata pujangga dan kekadang ada jugak hadith nih, telah mempublish lagi ayat lain yang juga berjaya menangkap sanubariku..*muntahlah kalau loya*


       WHEN YOU NEED TO LET GO SOMEONE'S HAND,
       DON'T BE AFRAID TO BE ALONE FOR A WHILE,
       WAIT AND BE PATIENT,
       BECAUSE.....
       SOMEONE IN THIS WORLD WILL FIND YOU SOON,
       SOMEONE WHOSE HAND WILL FIT YOU SOON.


See...*terus English* Hehe...Mungkinlah korang rasa, alahai, apalah yang touching sangat dengan ayat nih...Lorh, sudah Huda statekan di ataskan...Sesuailah untuk Huda yang sedang diLAMBUNG cinta nih..Pastinya ayat-ayat doktor cinta diperlukan...

Peringatan untuk DIRI SENDIRI dan wanita-wanita jelita di luar sana...Jangan takut dengan ketentuan Allah...Setiap yang berlaku pada diri kita sudah Allah tetapkan caturannya...Hanya bagaimana kita menghadapi semua nih...Teringat tazkirah seorang rakan JMK yang Huda panggilnya Kak Sukma..Katanya :

     Ada 4 perkara yang tidak perlu kita pertikaikan dalam hidup ini :
     1. Kelahiran
     2. Kematian
     3. Jodoh
     4. Rezeki

Allahuakbar...Selalunya kita, bukan sahaja kalian, malahan Huda sendiri...Kalau berlaku musibah mesti mengeluh, mengapa Allah menguji aku...Mengapa hanya dia yang dapat, tapi aku tak...Kenapa..Kenapa...Menangis sampai benjol-benjol mata...What the hell lah Huda hoi!! Sebenarnya, percaturan Allah swt itu semestinya yang terbaik..Hanya bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikannya..Allahuakbar...

Huda ambil part ketigalah..Part jodoh...Yelah, ayat kat atas kan refer pada jodoh..Lagi mahu pertikai ker? Okey! Selalu kita rasa sedih bila putus cinta, bagi yang gatal sangat mahu bercintalah tue..*tuju kat diri sendiri* Sebenarnya, janganlah kita sedih...Sebab, kesedihan itu tak mendatangkan apa-apa pun yang baik pada diri kita sendiri melainkan kita akan lemah...Seolah-olah tanpa *si ex* kita matilah senang cerita...sedangkan, sebelum terciptanya dunia ini, sudah Allah swt tetapkan segalanya..Allah swt maha berkuasa..Perancangannya hebat untuk seluruh manusia...Apa sahaja yang berlaku Allah tentukan hikmah buat kita..Usahlah kita mengeluh...Kalau kita rasa takut, kalau kita rasa malu, seharusnya perasaan itu hanya untuk Allah swt bukan pada manusia yang tarafnya sama seperti kita...Mengadulah dengan Allah...DIA maha mendengar dan maha mengampunkan...Pastinya seseorang yang beragama, kaya budi bahasa, Insya Allah handsome dan berharta sedang menanti kita...
  
Jom check balik diri kita..Banyak nak diperbaiki lagikan..Berhentilah rasa sedih dengan kehilangan kerana pastinya Allah swt telah menyediakan HADIAH TERBAIK buatmu...Hadiah kesabaran dan ketaatanmu...Insya-Allah, Huda juga akan begitu..Menyemak kembali diri untuk berubah menjadi yang terbaik dan pastinya menanti seseorang yang halal buat Huda...Halal untuk dirindui dan halal untuk mencintainya...Allahuakbar...

Jemput datang majlis pernikahan Huda nanti...Tak tahu bila, di mana, dengan siapa..Tapi, dah buat kira-kira duit hantaran dan temanya...*GILA*


Sekian, ok, bye!


       

Tuesday, 20 December 2011

::: Adam Adli ::: ::: UPSI :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....


Musim hujan nie kat Tanjong Malim..Tapi kenapalah rasa panas semacam jek Tanjong Malim nih...Tak habis-habis UPSI digemparkan dengan bermacam-macam kes...Tak selesai isu posting, kini isu turunkan gambar pulak...Maknanya apa tue? 

Huda sebagai mahasiswi UPSI tak mahu terburu-buru meletakkan hukuman pada sesiapa pun..Banyak status di laman sosial Facebook yang Huda baca tulis "malu nak mengaku sebagai student UPSI", "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" dan bermacam-macam lagilah...Kenapa nak malu? Lagi malu nanti habis belajar 4tahun Ijazah Sarjana Muda Pendidikan terpaksa bekerja di pam minyak sahaja..Huda menulis blog ini, entri ini, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa malahan bukan untuk membela sesiapa yer..Ingatkan awal-awal...Kang sat lg, Huda pulak nak kena ludah...Opsss....Sori pahlawan!!

Huda tak mahu kaitkan dia dengan 'pembangkang' atau apa-apa term yang kita sendiri tak jelas kedudukannya..Kenapa? Kalau kita tengok, makin lama, macam-macam hal dah berlaku di Malaysia...Tak payah nak cari yang besar-besar...Tengok berapa ramai wanita dirogol dalam sehari...Kes kecurian..Bunuh..Masya-Allah..Nak keluar rumah pun takut tau sekarang nie...Gangster pukul orang bersepah...Kes Adam Adli sendiri kita tengok Malaysia ada ramai pahlawankan..Mungkin juga tindakan Adam Adli dan rakan-rakannya bertujuan menyedarkan pucuk pimpinan, bahawa seandainya mereka (pimpinan Malaysia) masih memandang enteng kepada masalah rakyat, terutama isu mahasiswa ini, mungkin pimpinan sedia ada akan digulingkan..Segalanya mungkin...

Setiap orang ada persepsi mereka yang tersendiri dalam meluahkan rasa tidak puas hati atau sokongan terhadap Adam Adli dan rakan seperjuangannya...Bagi Huda sendiri, menyokong atau tidak, itu urusan masing-masing...Namun begitu, nilaikan intipati perjuangannya...(Mesti ramai banned Huda nih)

Sejujurnya, Huda mendoakan kesejahteraan mahasiswa/mahasiswi yang berusaha membantu membela nasib kami di UPSI ini..Mungkin sekarang masyarakat belum menyedarinya, tapi suatu hari nanti, apabila perjuangan ini berjaya, Huda yakin, ramai yang angkat muka, mendabik dada, yeah, AKULAH YANG BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA...

Harapan Huda, lepas nih, kalau ada perjuangan berani mati macam nih, sesiapa pun mahasiwa yang tergerak untuk melakukannya, banyakkan doa pada Allah swt..Biar apa pun yang ingin kita lakukan, ingatlah, kita ada keluarga di kampung..Memanglah kadang-kadang perjuangan tue hingga terpaksa mengorbankan sesuatu yang disayangi..Berjuanglah dengan cara dan di landasan yang betul..

Yang lain-lain pula, Huda rasa, janganlah kita menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu perkara yang kita sendiri tidak jelas akan duduk perkara sebenar...Kenapa mesti menuding jari menyalahkan orang lain? Kenapa mesti mengatakan itu dan ini jika kita sendiri, hanya tahu memaki hamun, tampil ke hadapan tidak berani? Masa isu tak dapat posting heboh dulu, Huda tengok orang-orang yang sama memaki nielah yang menghentam pimpinan Malaysia cukup pedas..Tapi, berani di laman sosial Facebook jer lah..Bila ada yang bangkit berjuang, mereka sekali lagi memaki hamun juga...Sedangkan mereka, berani di belakang tabir sahaja...Kesimpulannya, jangan kita bersibuk-sibuk menjatuhkan hukuman ke atas orang lain, kalau kita sendiri tak berani tampil ke hadapan menyuarakan hak kita...


Bukankah orang yang mengkeji Adam Adli tue adalah orang yang sama mengkeji Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Biasiswa Pendidikan hanya ditaja untuk sesetengah kursus Pendidikan sahaja???

Saturday, 3 December 2011

::: SELAMAT PULANG KE PANGKUAN IBU KANDUNG ::: :::: AHLAN WASAHLAN YA MUHARRAM ::: ::: DEBAT PIALA PENGETUA KHAR :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..Lama tak updated...Sekali updated, hamek ko Huda bagi sebanyak mungkin..Petang-petang gini, mood membaca agak suram...So, updated blog banyak2 kali...Hehehe...



Bulan 11 hingga bulan 12 adalah minggu yang sibuk bagi Huda..Awal bulan terkejar-kejar dengan asignmnt, lepas tue program kolej tak settle-settle kerjanya...Huda usaha sedaya upaya Huda supaya tak mendatangkan kemarahan mana-mana pihak...Hehehe...Yelah, kalau fokus yang tue jek, yang tue marah..Katanya, orang nie telefon nak cepatlah, orang nie tanya-tanyalah, sampai dah tak ley angkat muka...Adoii...Kadang-kadang rasa macam dah bekerja lak sibuknya...Tapi, Huda sibuk cane pun, Huda mesti akan spent masa peribadi untuk menonton sambil makan...Hehehe...Tue tabiat yang takkan Huda tinggal...Kat sini Huda nak share lah sikit-sikit yang Huda buat...Tak buat ape sangat poooonn...Hahaha...


JAMUAN SELAMAT PULANG KE PANGKUAN IBU KANDUNG 

Actually nie hanyalah program jemputan sahaja...Tetapi, seronoklahkan dapat makan free...Sape tak nak kan...Yang tak seronoknya, makan semeja dengan lelaki...So, tak sempat nak merembat makanan-makanan enak tue...Hahaha...Walaupun tak sempat, dapat juga menangkap seketul ayam, sedikit sayuran dan acar buah...Makanan dia terlalu sikit sebab dia dah siap hidangkan..Lau buffet mesti best..Puas sikit makan...Hehehe...Apapun, syukur...Huda sampai lambat tau time nie...Sebab Huda tertidur lepas settlekan program AHLAN WASAHLAN...Mujur Kak Tiqah call Nelly..Dapatlah kami datang ke majlis grand nie...*tak grand sangatlah* haha....


Sebab datang lambat kami tak dapat tayangan slaid yang dibuat untuk ALUMNI SITC...Opss...Lupa, majlis nie sebenarnya dibuat untuk meraikan para ALUMNI SITC...Kami dijemput untuk meraikan jerk...So, tengoklah beberapa gambar yang diambil melalui kamera Olympus nie...Hahaha...Lupa nak cakap, kat majlis nie ada lah kawan Huda tue, bajet weyh...Huda tegur dia buat muka pulekk...Bajet bagus sangat...Padahal bukannya bagus pun...Nyampahlah...


Selamat Pulang ke Pangkuan Ibu Kandung...Meniti hari, meninggalkan bumi pendidik ini...

Barisan JMK KUO Sesi 2011/2012

Barisan JMK KUO Sesi 2011/2012

YDP (yang tengah minum)

MT Penasihat Akademik & Kerjaya (yg sedang bertelefon)

Exco Akademik & Kerjaya (yg depan sekali) buwerkk

Roomate plus Exco Sukan & Rekreasi

AHLAN WASAHLAN YA MUHARRAM

Sebelum ke SITC tue, kolej Huda buat program AHLAN WASAHLAN YA MUHARRAM, Huda bahagian Jamuan dan Makanan..Serius penat..Sebab kiteorg masak sendirikan..Huda bukanlah orang yang jadi tulang belakang program tapi Huda gembira sebab ada jugaklah bagi sumbangan tenaga...Hehehe...Program nie dianjurkan oleh exco Latihan & Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Huda, dibantu oleh exco-exco lain...Objektifnya, tentulah nak sambut Tahun Baru Islam...Nak eratkan hubungan warga kolej...Sambutan agak kurang berbanding program GEMERLAPAN SYAWAL dulu, mungkin disebabkan ramai yang balik kampung. Cuti lama sangat..Tapi, so far, sangat puas hati dapat menjamu mereka dengan hidangan yang sedap, chef dibawa khas daripada KELANTAN...Yeah, terima kasih dengan pengalaman yang cukup indah ini...



Penat giler time nak mengemas balik semua benda tue..Macam nak nangis weh...Nak basuh, nak bersihkan tempat, memang rasa, cukup sekali weyh...Tapi nie adalah pengalaman pertama, ya, diulang, pertama bagi Huda merasai pengalaman rewang...Kat kampung memang agak pasif sikit...Bukan pemalas...Heh..Sebab penat sangat, Huda tertidur sampai tak sedar sape2 yang text or call...Sampai lewat ke Majlis Selamat Pulang ke Pangkuan Ibu Kandung...Heh...



Gambar keseluruhan program masih belum dapat lagi..Nie gambar masa gotong-royong..Gambar tak cantik sebab Huda tak pandai nak amek gambar, lepas tue memang takkan editlah kan..Terus masuk Fb or blog nie..Original...


Bukan menunjuk-nunjuk tapi kenyataan beb...Huda gosok periuk...

Rakan Exco Akademik dan Kerjaya...Happy korang turun padang...

Rakan Exco Akademik lagi...Dibantu juga Rakan Exco Sukan



DEBAT PIALA PENGETUA KHAR

Ohhh...Ni adalah program yang sangat awesomenya..Yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata...*MOTIF* Pertama kali Huda menyertai debat...Opss..Bukan menyertai..Tapi menjadi HAKIM..Ya, dengan tidak ada apa-apa pengalaman berdebat, Huda dijemput sebagai hakim daripada KUO...Satu penghormatan...Paling best adalah penganjur, Syam, Kak Aini, Kak Fidah and a few people tersangatlah baiknya...Kalian sangat baik...Saya sangat suka dan gembira..Sangat mesra...Sepertinya kita telah lama bekerjasama dan sangat sejuklah bersama kalian..Hehehe....



Tambah best lagi adalah, Huda menghakimi kawan sendiri...Team Morris...Wah, sangat hebat saat melihat mereka berdiri dan melontarkan hujah-hujah...Penuh gaya...Penghuraian fakta...Serius, Huda jadi teringin nak masuk debat...Doakan Huda pulak berdebat selepas nie eh...Urm, sayangnya, Huda tak da gambarlah...Sangat rugi...=( Apa pun, Huda gembira...Pengalaman baru...Dapat kawan baru...Terima kasih Allah..Memperkenalkan saya dengan mereka yang sangat baik...Keputusan debat Huda updated lain kalilah..belum tamat lagi...haha



Tamat dah...Bosan? Lain kali Huda bagi lagi panjang...Hahaha...


::MY JODOH:: ~ copy, cut, and paste~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...Hari nie Huda update entri copy & paste jerk...Sebab, Huda sibuk, malas & pastinya mood tak ada...Cuma dah lama biar blog kosong..So, isi sesuatu yang Huda jumpa dalam Fb dan Huda minat untuk kongsikannya di blog picisan nie...Lagipun, bulan 12 nie adalah bulan kahwin...Cuti sekolahlah kan...Kawan-kawan ramai 'naik pelamin'...


Huda gembira bagi untuk mereka yang sudah pun berjumpa destinasi cinta masing-masing...Mudah-mudahan kekal hingga ke syurga..Untuk si suami, ketahuilah bahawa lafaz akad anda itu bukan sesuatu yang mudah..Anda mememang tanggungjawab yang besar..Dituntut di akhirat kelak...Jadilah Imam yang baik untu keluarga...Bagi si isteri, jaga maruahmu untuk suamimu..Jadilah makmum yang sentiasa taat...Sekecil-kecil perkara adalah masalah untuk rumahtangga...Jagalah kebahagiaan kalian...Huda doakan semua yang sudah, sedang dan akan berkahwin berkekalan hingga ke akhir hayat dan di syurga bertemu kembali..



Jom, baca yang seterusnya, hayati, renungkan...



Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 

kalau ada rezeki, biarlah dapat suami yang sanggup menjaga kedua ibu bapa Huda sebaik dia menjaga dirinya & keluarganya..tak kisahlah berapa lama dia saggup sayang Huda tapi Huda mahukan dia menjaga kedua ibu bapa Huda sebaiknya...ada yang sanggup??

Seronoknya kalau dapat kahwin sekarang...(^_^)