Tuesday, 11 December 2012

Dari Johor menuju ke utara. Melawat Perlis dan Langkawi. Semoga hubungan kekeluargaan lebih akrab. =D

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera. =D

Kalau negeri belah utara mesti tak lekang dengan sawah bendang. Remind me kenangan kecik-kecik dulu. Eksaited berlari-lari di bendang. Masa tuh arwah opah Chikus ada lagi. =(

Bulan 11, bulan 12 memang bulan bercuti-cutikan. Kalau tak cuti pergi jalan-jalan, paling-paling orang akan cari mana-mana sungai, kolam ker, waterfall ker, pantai ker. Memasing nak pergi menenangkan fikiran. Bulan 11, 12 jugak memang bulan makan nasi minyak. Sampai sendat perut berlipat-lipat, hahaha. Bulan 11, 12 gak semua orang pun nak bersalin berjemaah. Pastuh bolehlah reunion kat fb, nanti kita berbesan ler. Hakhakhak. *tapi Iolls je yang tak dipinang-pinang orang, hakhak, kesian*


Okey, saya memang selalu menyimpang daripada tajuk asal. Tapi, namanya blog kan. Kita borak-borak dulu. Lepak-lepak seminit dua. Apa salahnya. Astaghfirullah, buang masa betul. Hakhak. Nak gebang lah sikit sebenarnya yang kita baru balik daripada utara nih. Pak menakan belah mak buat majlis kahwin. Anak menakan datang memeriahkan majlis walaupun makan sepinggan nasi cuma. Hikhikhik. Sebab majlisnya di Perlis, jauh nun di hujung Semenanjung Malaysia, tol pun cecah RM100 sehala, duit minyak ko jangan ceritalah, mujur pakai Ron 95 jek, takkan setakat pergi Perlis makan sepinggan nasi pastuh balikkan. Mestilah buat road tour sebelah utara. Lagipun, jarang pergi sana, mesti singgah mana-mana yang patut. So, mama bagi choice, lepas ke Perlis nak ke Pulau Pinang ke nak ke Langkawi. I dengan tegas nak ke Langkawi. Masa tuh dalam bayangan adalah nak memborong coklat. Mujur adik dengan kakak setuju. =) 


Serius, orang Johor ke Perlis adalah bukan lawak jenaka. Sebab ia sangat penat. Fuhh. Uolls pun tau Iolls menetap kat hujung Johor, then Iolls nak pergi plak ke Perlis. Memang semput weyh dalam kereta. Pungkok nih macam dah tak boleh terima kenyataan. Dalam hati berangan cepatlah posting supaya next time holiday boleh tempah tiket flight je. *Berangan sebab belajar pun tak habis lagi* Serius masa otw tuh, saya bosan yang teramat sangat. Apesal tak sampai-sampai lagi nih. Masa kat Kedah hati dah berbunga dah. Jap lagi sampai, jap lagi sampai. Tapi, nan hadonya nak sampai. Kematu pungkok nih heh. Alhamdulillah, bertolak jam 12.30 malam/pagi dan sampai jam 4.30 petang kat Perlis. Gila lama. Tak tahu pebenda kiteorang buat. Hahahaha. *Macam pergi Korea dan balik Malaysia semula*

This attire adalah inspired by Fleur by Him, ownernya Kak Di. But, weolls jahat dan curik design nih, and mintak tailor kampung tolong jahitkan. Mintak halal Kak Di. Nanti saya beli Epyhra banyak-banyak deh.


Makan laju-laju kat majlis orang kawen tuh sebab misi utama kita nak redah Langkawi. Sambil makan, hati nih dah dalam feri. Boleh pulak mama bercit cat lelama giler dengan mak-mak sedara dia. Haish, bersabar dan bertabah sungguhlah menunggunya. Akhirnya, mama sedar kiteorang dah tak boleh tunggu lagi. Hahaha. Sepupu mama cakap feri last jam 7. Set GPS terus pecut ke Jeti Kuala Perlis. Sampai jeti tengok, oh my Samsung!!! Beratur sikit punya panjang nak beli tiket. Masa tuh Iolls dah macam hilang semangat sebab fikir nih mesti tak dapat tiket nih. Tapi, kuasa Allah, DAPAT! Feri last, jam 7. Untuk sesiapa yang nak pergi nanti, dont worry, kalau bawak kereta, ada banyak parking kat jeti tuh. Sedia duit, bayar jek lah. InshaaAllah, selamat kereta korang tuh. Macam weolls, weolls park kereta kat Yusuf Bee Enterprise (Parking Berbumbung). Sehari RM15. Kiraan sehari tuh ikut TARIKH yer bukan ikut masa 24jam. Ko jangan nak bertekak pulak dengan penjaga parking yang handsome tuh. Kang tak pasal2 kena tumbuk. Padan muka. =D Oh ye, tiket feri RM18 per person one way (ADULT) dan RM13 tok kanak-kanak start umur 3tahun. Feri ada aircon. Tak delah berbulu sangat dengan harga dia. Hahaha.


Actually, korang yang setia dengan blog nih mesti tahu keadaan family I kan. Hahaha. Kiteorang nih memang terkenal dengan sikap suka ambil risiko. Buat kerja tergesa-gesa, buat kerja last minit, buat kerja ikut sempat. Memang annoyed. Kahkah. Dengan tak book hotel ke chalet ke motel. Main redah jek pergi Langkawi memalam masa school holiday pastuh hari Jumaat pulak tuh. Fuhh. Cari nahas betul. Tapi, mas akat jeti tuh, kakak I tuh telefonlah agensi kereta sewa, minta nak sewa MPV. Agent tuh kata, okey boleh. Dengan homestay sekali. Sampai jek kat Langkawi, agent call. Legalah kan. Dia mintak sorang ikut pergi amek kereta kat office. Kami yang lain duk menunggu kat jeti lah. Tapi paling sadis bila sampai je ayah, bukan MPV yang dia bawak tapi Nissan Sentra!!! Bengang gak masa tuh. Kata ada MPV, paling-paling pun Avanza boleh terima lagi. Bukan apa, kami 6orang, takkan naik Nissan Sentra kot. Apa ingat nih semut ker? Badan memasing dahlah stok 60-70kg. Haih. Tapi, nak buat macam mana, sabarkan hati lagi. Dah malamkan, dengan tempat tidur tak confirm lagi, malas bertekak, buatnya dia buat keras kepala, terus bagi kereta kat orang lain, acaner. Melopong pulak nanti. RM120 for Nissan Sentra yang meter minyak kuning bila kereta diserahkan kepada kami. Good job~


Agensi nih dia bukan je sediakan kereta sewa, tapi kita boleh mintak package lain jugak. Contohnya nak island hopping, Underwater World, cable car, homestay, dan memacam lagi lah. Harga, ko runding sendiri. Tak tahu nak kata nih paling murah ker tak. Yang penting, kami bayar dengan dia, RM35 per person tok island hopping selama 3 jam, plus RM20 per person tok melawat tempat ikan, tapi kalau korang ada dalam 10orang 1 bot, boleh dapat RM250 satu bot tak silap ler. Then RM25 untuk Underwater World. Cable car tak sempat sebab kami cuma pergi untuk 1 hari jek. Tapi, masa Iolls pergi Pantai Chenang, ada tawaran pakej island hopping RM25 per person. So, kalau korang nak pergi Langkawi nanti, bolehlah memperbanyakkan kajian atau contactlah kawan-kawan, sedara-mara yang tinggal berdekatan. Save duit weyh, Corelle duk menunggu korang angkat depa tuh. Hahaha. Oh ya. Agensi kereta sewa nih milik Ismail bos dia. Office dia kat Pekan Rabu. Dia punya pekerja memang bersepah-sepah. Semua lelaki kot. Tak handsome mana pun tapi baik hati. Haha. =D 

Tok homestay, weolls tinggal kat Rahmad Langkawi Chalet ker pebenda ntah namanya tuh. So far, Alhamdulillah sebab bersih, ada aircorn, toilet dia bermozek dan bersih, ada heater, katil 3buah, queen size kot tok 1 bilik yang boleh masuk 6 orang sekaligus. Harga RM150. Nih bajet traveller, jadi jangan haraplah nak duduk Seaview ke Eaglebay. Memang toksah mimpi lah. =( Syukur sahaja dapat bercuti dah cukup baik. Ada yang menghabiskan masa kat rumah tengok Doraemon, pastu tertidur, bangun sambung tengok Perman, pastuh makan sambil tengok Disneyland punya cartoon pun ada tau. So, banyakkan bersyukur walaupun terpaksa berkongsi selimut dengan kakak Iolls tuh. Hahaha. *psssttt..kakak I yang menyumbang duit bercuti tau. Kena tulis bebaik pasal dia, kang dia merajuk, next time kena tinggal pulak. haha*


Okey, Langkawi, tempat makan senang sangat. Mana-mana pun akan jumpa gerai. Harga, of coz lah korang tak ley nak nego harga makanan. Ko ingat nih kedai tayar ke hape. Unless lah dia charge harga macam haprak dengan service dia, tuh, terpulang korang ah nak bertekak dengan owner kedai. Tapi, dekat dengan homestay yang kiteorang tido tuh ada kedai makan. Sedap ah nasi goreng kampung dia. Atau mungkin masa tuh Iolls tengah kebulur tak tahulah. Hehehe. 


So, buat masa nih, Iolls nak cerita nih dulu. Next entry Iolls merajinkan diri untuk update tentang island hopping yang gempak sangat tuh dengan cerita basi Underwater World. Kali kedua pergi dah macam tak teruja sangat. =(

Langkawi best tapi kami yang tak best sebab sekejap sangat tripnya. =(

See you soon lalink semua.

*** Demi Allah, saya bersyukur atas nikmat kesenangan dan kebahagiaan hari-hari yang dilalui. Demi Allah jua, saya bersyukur atas result semester 7 (Latihan Mengajar) yang bagi saya tidak sampai tahap itu lagi sebenarnya saya. Masih banyak yang perlu dipelajari, diperbaiki dan diperhalusi. Sesungguhnya saya hamba yang kurang memberi tapi nikmatnya terlalu banyak yang dikecapi. =( 
Terima kasih juga pada Mama Ayah yang sentiasa menyokong, siblings, family. 
Terima kasih tak terhingga buat warga Sekolah Menengah Vokasional Kuantan @ Kolej Vokasional Kuantan, kerana memberi peluang lebih kurang 4bulan berada di sana walaupun seperti yang diterangkan, SMVK belum pernah menerima trainee teacher untuk subjek akademik sebelum nih. Buat Cik Latifah Amran, ini usaha dan kerjasama kita bersama. Will miss you kakak. Segala teguran dan nasihat kakak yang mendewasakan saya. Buat Pak Joe, Raden Jauhari, Pak Joe juga orang yang memberi saya inspirasi. Kak Wan Munah, Kak Zuliana Zainal, Kak Shams M, Kak Yus, Kak Hafzan, Cikgu Jeffery, Cikgu Azli. Abang kakak di SMVK. Saya rindukan gurauan dan nasihat kalian. =( And I miss kek yang selalu dihulurkan Kak Yus. Hope kakak abang tak lupakan saya. =)

4 comments:

Ernee Azmn said...

waaa....mai kedah x habaq..hehe..ernee pn dah nk tingglkan kedah xlama lagi ^^ aritu ada mkn pelam harum manis x? klu mai perlis x mkn tu, kena mai lagi lah ti..heheh :)

NessaQ NasiR said...

laen kali nk join bleh x?? hehehe

zatie said...

cantik nye baju pink tue...
sesuai ngan awk

NURUL HUDA TAIB said...

Eruneee : Adui, Singgah bentar aje buk. Tersesat pepagi buta depan gerbang UUM. Tanjat gugurl,


Nesak : One day, In Shaa Allah


Zatie : Harus cantikkan. Hahaha.