Thursday, 21 February 2013

Hidup

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Semester baru dah start. Hostel so far ok. Tapi. Jauhnya daripada pekan Tanjung Malim. Macam kalau tak ke kampus lama tuh, memang malas lah nak ke mana-mana. Even nak ke library pun rasa macam penat sangat. Bukan nak bermalas-malas. But, boleh tahanlah rasa penat tuh semata-mata begitu. Haih, mungkin peningkatan umur buat saya lebih malas. Erm...Ntah pape. 


Hostel baru nih cantik tuh cantiklah. Berwarna-warni tak hengat dunia. Memula tuh confuse sekejap. Adakah saya nih pelajar unievrsiti atau tadika kemas? Ah, whatever lah semua nih. Bagus jugak kolej berwarna-warni macam tuh. Sebab ia sungguh menaikkan semangat belajar dan sebenarnya semangat berkobar-kobar untuk duduk di kolej berbanding berada di kampus. Walaweh. Apa guna kolej yang berseri kalau tidak dinikmati? Ececeh. Mengada sangat! Bukan sahaja bangunan yang cantik berseri itu. Malahan turut disajikan adalah katil yang selesa. Selesalah sebab baru lagi kan. Turut tersedia tilam keras dan bantal yang empuk. Ewah, pengetua saja tak nak saya bangun tidur pegi kelas nih! Hahaha. Yang paling best di kolej baru ini adalah almari pakaian yang best tak ingat. Serupa berada di rumah sendiri yang mana almari boleh tahan besar yang best lah! Patut yuran kolej naik sem nih. Wakakaka.


Tapi, namanya dugaan semester akhir. Duit KPM tak masuk-masuk dan macam hilang punca bilakan akan masuk. Ada bermacam-macam versi. Katanya nak masuk akhir bulan 3 dan ada yang kata akhir bulan 4. Apakah??? Ada pula yang kata ini semua permainan POLITIK!!! Aduh, jangan begini tuan-tuan puan-puan. Politik dan Islam memang tak boleh dipisahkan. Jadi, walaupun bermain politik, adil itu perlu. Pandanglah wajah-wajah pelajar yang macam kesian ini. Erm..Tapi, ada juga rahmat dan hikmah di sebalik kelewatan KPM masuk ini. Sekurang-kurangnya saya belajar berjimat-cermat. Sedar tak parents di kampung bertungkus-lumus berhempas-pulas nak menyediakan duit. Tak bolehlah mintak saja. Makanlah apa saja yang ada. Untung juga beli seplastik besar sayur-sayuran masa di Cameron hari tuh. Sampai roomate pun terkedu. Boleh makan salad hari-hari. Memang kental budak ini. Ada harapan turun 5kg dalam masa 2minggu. Cewah. Kalau betul, Alhamdulillah ku panjatkan.


Semester akhir kat UPSI nih jugak saya malas nak hirau apa-apa benda remeh-temeh. Dah tahun akhir, malaslah dengan pape yang tak best. Nak pergi kuliah, balik kuliah, buat asignment dan nak enjoy life as student for the last semester. Kalau ada rezeki, umur yang panjang dan dibukakan hati, Master in sha Allah. But, for this time, tak de berhajat untuk master. Erm... Rasanya bebanan Latihan Ilmiah dan cukup menghantui tidur malamku. Uhukuhukuhuk.


Owh ho. For those yang risau dan bertanya bilakan daku mahu menamatkan zaman bujangku. Aduhai, beginilah. Saya ini perempuan. Walaupun tak cantik dan agak menyampah sikit tapi tetap perempuan. Mestilah nak kahwin. But, I thinks bukan sekarang. Sebabkan, saya masih tak mampu nak manage diri sendiri. Dalam erti kata sebenar, saya masih nak have fun sana sini. Well, macam mana nak berhadapan dengan omak mertua den kalau tak de persiapan kan. Tunggulah 2-3 tahun nanti kalau sudah ketemu jodohnya. Boyfriend? Ada. Ramai sangat. Itu pasal tak tahu nak pilih mana satu. Hahahaha.


Untuk mereka yang rungsing dengan perubahan bentuk badan dan wajahku yang nyatanya bertambah chubby. Iya, buat bertenang kerana saya sedang berdiet. Diet sangattt kau!!! Mungkin saya gembira kerana 4 bulan tinggal dengan family selepas membanting tulang di Kuantan. Itu pasal badan saya naik. Nanti kalau badan saya dah turun, itu petanda saya susah hati tahap gila babeng. Erm....

Oke. Nih gambar time chubby nih lah. Please..Please...Please...Doakan saya berjaya mengharungi onak duri sehingga kurus. LOL.

Sekian, nak bersiap soat Asar. Assalamulaikum.

3 comments:

Mata Pena Fadz said...

cantik cik huda...
rse mcm nk jdi anak dara blik la kite...~ :D

NURUL HUDA TAIB said...

fadz : Rasanya isteri orang lagi nampak cantik dpd anak dara nih. Erm...=(

takashiey hiroshiey said...

comel tu..hehehe