Tuesday 1 January 2013

Blueberry Cream Cheese Cake, 3 flavour of ice-cream and Ikan Kerisi Berlado

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera. 



Hari cuti memang bagus sangat nak menyediakan hidangan sedap-sedap untuk santapan family. Santapan kau! Mampu??? Haahaha. Actually, masa kemas-kemas peti ais ternampak banyak gila filling baki buat cheese tart. Ini merbahaya. Kalau sampai mama bukak mulut, memang terbang isi perut peti ais. So, cepat-cepat tengok Google. Apa boleh kita buat dengan filling blueberry dengan kiwi nih. Hah. Terhasillah, cream cheese cake perisa blueberry. Bahannya simple macam buat cheese tart. Petik jari, mustahil jadi. Hahaha. So, nak resepi? Here you go. Credit to Kak Yati.



#Bahan#
250 gm butter
1 1/2 cawan gula halus (tapi huda kurangkan sebab filling dah manis)
250 gm cream cheese
3 biji telur
1/2 cawan susu segar
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
Blueberry filling (gunalah perisa apa pun yang kita suka, tak ada masalah, tinggal tukar nama jek, haha)

#Cara buat#
1. Wajib kena ada mixer dan oven. Jugak loyang. Hahaha
2. Masukkan butter, gula halus. Pukul sampai sebati. Lepas tuh masukkan telur satu-persatu. Pukul lagi.
3. Then, masukkan susu segar. Part nih heaven sikit. Harus istiqamah dalam urusan memutar dan memukul. 
4. Bila bahan dah sebati dan berkrim, bolehlah masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dengan memastikan bahan sebati. Ewah! 
4. Pastikan loyang korang telah disapu dengan butter. Untuk pastikan kek tak melekat kat loyang masa dibakar. Masukkan sesenduk adunan tadi, ratakan. Letakkan filling sesudu secara dot dot. Letaklah macam mana pun heh. Lepas tuh lapiskan dengan adunan tadi. Lepas tuh letak filling lagi. Buatlah sampai habis dan siap. 
5. Bakar dalam oven selama lebih kurang 50minit dengan suhu 160. Okey, INGAT, oven kita tak sama jenis. So, korang kena pandai ejas ler oven korang sendiri. Kalau macam Huda, Huda bakar dengan suhu 130 selama 1 jam. 
Erm...lazat...lazat...matik ler puji sendiri masak...hahaha


Lepas tuh, sebab terlebih rajin lagik. Buat aiskrim. Nih memang sedap nih. Makan cheese cake panas-panas dengan krim blueberry meletup-letup makan dengan aiskrim buat sendiri. Ewah. Berseri-seri muka mama kita. Eh, tak de kena-mengena. Hahaha. So, resepi cincai dan mudah. Credit to Adik Epal.

#Bahan#
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh ovalett
1 biji telur
Perisa (Koko, strawberi, oren, keladi, durian, apa saja kau suka ler)

#Cara buat#
1. Mesti kena ada mixer! Tak kira lah stand mixer ker hand mixer. Masukkan susu cair, susu pekat, ovalett dengan telur. 
2. Pukul (hah?, haha)  pukul guna mixer sampai bahan-bahan sebati dan pekat. Macam mana nak tau sampai bila kena pukul bahan nih. Ok, uolls pukul sampai bahan tuh jadi berkrim. Takkan bentuk krim pun tak tahu. Kau yang patut kena pukul nih.
3. Lepas adunan tadi jadi krim, likat, pekat, korang boleh asingkan dalam mana-mana mangkuk untuk diletakkan perisa yang berbeza. Tapi, kalau korang cuma nak buat 1 perisa saja, tak payah asingkan. Boleh terus masukkan apa saja kamu suka. Ok?
4. Dah siap tuh, isilah dalam bekas ikut kreativiti dan kesukaan masing-masing ok. Keraskan dalam peti ais. Mungkin 5-6 jam baru keras. 


Pelbagai perisa sampai tak terkata. Muahaha.
Khas untuk Zati yang tersayang. Mudah-mudahan beliau tak pitam lepas makan.

Takkan makan dessert (bukan padang pasir, hahaha) aje kan. Masak ler ikan kerisi masak berlado. Alahai, nama nak femes aje. Walhal, tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah, perah limau, siap!!! Resepi credit to Kak Yati. 

#Bahan#
Ikan apa saja pun
Perahan limau kasturi
5 btang Cili merah
5 btang Cili api
2 ulas Bawang besar
5 ulas Bawang putih
1 btang Serai
Lengkuas
2 biji Buah keras
Kunyit
Tepung gandum
Garam

* Ini untuk 1-2 ekor ikan. Kalau ikan besar atau banyak, doublekan jumlah bahan. Baru sedap.

#Cara buat#
1. Basuh ikan, peram dengan perahan limau dan garam. Lepas tuh basuh dan lumur dengan tepung gandum. Bersihkan. Lepas tuh lumur dengan kunyit dan garam. Goreng garing. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk hingga lumut bawang merah, bawang putih, buah keras, cili merah, cili api, lengkuas. 
3. Tumis bahan tumbuk dengan serai hingga naik bau.
4. Masukkan perahan jus limau kasturi, masukkan garam.
5. Curah atas ikan dan hias cantik-cantik. Selamat makan!


Jangan kata nak nampak kepala ikan, badan pun tak nampak bayang. haha.

Be nice to me 2013. 
Mohon maaf pada semua, seandainya tutur kata banyak menyakitkan hati. Tulisan di blog mengguris hati. Sesungguhnya saya manusia biasa, kurang adab dan etikanya. Semoga 2013 semakin mendekatkan kita. =)
With love, 
Nurul Huda Binti Taib

2 comments:

Mata Pena Fadz said...

tmbam la huda...cuti2 masak memasak...
:) jdi lapo tgok resepi ni... :)

Unknown said...

naik 2kg dah Fadz.
memang tak boleh blah dgn diri sendiri