Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Ehem..ehem...Tajuk hari nih adalah CINTA...Wah,wah...Adakah Huda dilamun cinta? Ya, sedang diLAMBUNG cinta nih...Jap lagi jatuhlah nih..Hehehe...Zaman jatuh cinta masih ada lagi kot...Cuma suam-suam kukulah sekarang nih...Sebab banyak sangat peminat, jadi dah tak tertarik nak jatuh cinta...Wah, Huda tak sedar diri nampak...Wekkk....yekk....Penting untuk kita memuji diri sendiri sebagai penghargaan kepada diri sendiri tau...Hahaha...*merapulah hei*
Huda bukan blogger tegar, tapi Huda nih boleh dikategorikan sebagai kaki online & kaki gosip..Suka bersibuk-sibuk perihal orang...Suka tengok blog yang best-best...Jugak suka sangat tengok wall orang yang suka updated status kat Facebook..Biasalah bila skodeng-skodeng nie mesti jumpa sesuatu yang best...Untuk hari nih, ada dua benda Huda jumpa....Satu di blog dan satu di Facebook...
Walaupun tajuknya CINTA, tapi Huda nak selitkan dulu isu hangat di abad ini...Mai, mai, mai..Beli, beli...Panas nih...Haha....Kat blog, Huda jumpa isu ludah meludah nih...Bagi yang masih kabur mengenai isu nih, bolehlah google search ADAM ADLI...Mesti banyak informasi yang tertera...Siapa tue, apa kaitan dengan isu ludah-meludah nih? Itu semua boleh korang search kat internet...Zaman semakin canggih...*benarnya Huda malas nak taip* Mengenai isu tersebut, adalah seorang blogger telah membuat liputan, aceceh, liputan bagai..Tak dalah...Sebab telemovie 'Meludah ke langit' nih memang hangat di Malaysia sekarang...Boleh dikatakan mengalahkan video clip Rafidah Hj Ibrahimlah...*of cozlah kan!* Maaf, gurauan semata...Bolehlah kita ringan-ringankan mata baca blog Hentak Belipat dan Peti Suara nih...Sure sejuk jek rasa hati...Tak dalah panas-panas macam kita tengok video Panglima Ludah, bak kata tuan blog...Hehehe...So, buat apa nak reviewkan kalau korang boleh baca sendiri...Sila..Sila...
Yang keduanya, Huda jumpa ayat nih pulak...Dalam Facebook Kak Zue sahabat masa Huda pergi umrah hari tue...Ayatnya berbunyi begini..*perlu ker skema?*
UJIAN TERBESAR CINTA ITU BUKAN KEHILANGAN,
TETAPI,
KERINDUAN KENANGAN YANG TAKKAN TERULANG...
AKU TAK MENGHARAP MENDAPAT YANG INDAH,
TETAPI,
AKU BERHARAP MENDAPAT YANG TULUS,
KERANA,
KEINDAHAN TAK SELALUNYA TULUS,
NAMUN,
KETULUSAN SEMEMANGNYA INDAH...
Aiseymangirl...Ayat nih bagi Huda powerlah...Untuk orang yang sedang diLAMBUNG cinta, memang sesuailah sangat...Memang orang kata tepat pada masanya...Terus Huda belah dada, check hati...Gitu! DAN...Ianya bukan itu sahaja...Kakak empunya Facebook yang penuh dengan nasihat, kata-kata pujangga dan kekadang ada jugak hadith nih, telah mempublish lagi ayat lain yang juga berjaya menangkap sanubariku..*muntahlah kalau loya*
WHEN YOU NEED TO LET GO SOMEONE'S HAND,
DON'T BE AFRAID TO BE ALONE FOR A WHILE,
WAIT AND BE PATIENT,
BECAUSE.....
SOMEONE IN THIS WORLD WILL FIND YOU SOON,
SOMEONE WHOSE HAND WILL FIT YOU SOON.
See...*terus English* Hehe...Mungkinlah korang rasa, alahai, apalah yang touching sangat dengan ayat nih...Lorh, sudah Huda statekan di ataskan...Sesuailah untuk Huda yang sedang diLAMBUNG cinta nih..Pastinya ayat-ayat doktor cinta diperlukan...
Peringatan untuk DIRI SENDIRI dan wanita-wanita jelita di luar sana...Jangan takut dengan ketentuan Allah...Setiap yang berlaku pada diri kita sudah Allah tetapkan caturannya...Hanya bagaimana kita menghadapi semua nih...Teringat tazkirah seorang rakan JMK yang Huda panggilnya Kak Sukma..Katanya :
Ada 4 perkara yang tidak perlu kita pertikaikan dalam hidup ini :
1. Kelahiran
2. Kematian
3. Jodoh
4. Rezeki
Allahuakbar...Selalunya kita, bukan sahaja kalian, malahan Huda sendiri...Kalau berlaku musibah mesti mengeluh, mengapa Allah menguji aku...Mengapa hanya dia yang dapat, tapi aku tak...Kenapa..Kenapa...Menangis sampai benjol-benjol mata...What the hell lah Huda hoi!! Sebenarnya, percaturan Allah swt itu semestinya yang terbaik..Hanya bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikannya..Allahuakbar...
Huda ambil part ketigalah..Part jodoh...Yelah, ayat kat atas kan refer pada jodoh..Lagi mahu pertikai ker? Okey! Selalu kita rasa sedih bila putus cinta, bagi yang gatal sangat mahu bercintalah tue..*tuju kat diri sendiri* Sebenarnya, janganlah kita sedih...Sebab, kesedihan itu tak mendatangkan apa-apa pun yang baik pada diri kita sendiri melainkan kita akan lemah...Seolah-olah tanpa *si ex* kita matilah senang cerita...sedangkan, sebelum terciptanya dunia ini, sudah Allah swt tetapkan segalanya..Allah swt maha berkuasa..Perancangannya hebat untuk seluruh manusia...Apa sahaja yang berlaku Allah tentukan hikmah buat kita..Usahlah kita mengeluh...Kalau kita rasa takut, kalau kita rasa malu, seharusnya perasaan itu hanya untuk Allah swt bukan pada manusia yang tarafnya sama seperti kita...Mengadulah dengan Allah...DIA maha mendengar dan maha mengampunkan...Pastinya seseorang yang beragama, kaya budi bahasa, Insya Allah handsome dan berharta sedang menanti kita...
Jom check balik diri kita..Banyak nak diperbaiki lagikan..Berhentilah rasa sedih dengan kehilangan kerana pastinya Allah swt telah menyediakan HADIAH TERBAIK buatmu...Hadiah kesabaran dan ketaatanmu...Insya-Allah, Huda juga akan begitu..Menyemak kembali diri untuk berubah menjadi yang terbaik dan pastinya menanti seseorang yang halal buat Huda...Halal untuk dirindui dan halal untuk mencintainya...Allahuakbar...
Jemput datang majlis pernikahan Huda nanti...Tak tahu bila, di mana, dengan siapa..Tapi, dah buat kira-kira duit hantaran dan temanya...*GILA*
Sekian, ok, bye!
1 comment:
cinta pada Allah...segalanya dlm hidup manusia...
insan yg hadir dlm kehidupan realiti itu juga cinta lain selain cinta kepada Allah...bersyukurlah Tuhan menitipkan rase cinta terhdap hati-hati manusia :)
Post a Comment