Thursday, 29 December 2011

::: I-City Haram?? :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...I-City haram? Yeke? Tapi ramai jerk yang pergi sana...Silap-silap, 1 malam, owner dapat sampai RM 5k...Walaweh...Hebatmu...Ehem...Ehem...Huda pergi I-City malam Krismas lepas...Hui,hui...So, kenapa kata haram??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

SEBAB HUDA MASUK SECARA HARAM!!!



Dah lama sangat Huda nak masuk I-City...Bukan nak buat apa pun...Nak tahu jerk apa yang ada kat dalam tue....Lama sangat tunggu peluang nak pergi sana...Akhirnya, balik daripada wedding Azzy tue, secara tak dirancang, Has kata dia boleh bawak Huda pergi I-City...Percuma lagi katanya...Teruju beb...Alah, mesti korang dah masuk berkali-kalikan...So, tak heran sangat...Huda jerk rasa hebat....Tapi, yang tak syoknya tue, Huda terlampau letih lah...Yelah, baru habis program, lepas tue pusing-pusing carik rumah pengantin, cuaca panas siangnya, lepas tue tak cukup tidur, terus berjalan malam tue, tenaga agak low....Boleh gitu?? Lagipun, hang out berdua jerk dengan Has, so macam buat aktiviti sopan-sopan jerk lah...Sopanlah sangat Huda! Kalaulah geng-geng APKT ada, tak tahulah Huda nak cakap...Confirm pengunjung I-City terus berlari keluar sebab macam jumpa pesakit mental...Aha...

Huda dengan Has bergerak ke I-City lepas Maghrib macam tue...Tak ingat waktu yang tepat sebab terlalu eksaited...Haha...Has dah pesan, malam Krismas nih mesti jalan jem...Memang pun...Huda rasa teruja tengok jalan jem di kawasan nak masuk I-City tue...Then, Has kata, jangan risau...Sebab, kami takkan terperangkap dengan kesesakan tue sebab kiteorang akan masuk ikut jalan hitam...Eh, silap...Jalan belakang.... =)


Macam mana kiteorang masuk dan mana laluannya adalah rahsia...Sebab kalau dah cerita kat sini susahlahkan...Nanti, tak pasal-pasal semua orang lalu situ, lepas tue jalan tue ditutup, nanti kiteorang nak pergi lagi dah tak dapat...Tapi, siapa nak pergi bolehlah roger-roger Has...Tapi, mestilah ada ganjarannya...Paling tak pun, bagilah Domino's ker...Okey apa! Hahahaha....Cerita pasal jalan nih, Huda pakai wedges yang boleh tahan tingginya and...Rasa kaki macam nak tertanggal, macam dah tak mampu nak bercakaplah masa meredah hutan belantara semata-mata nak tengok macam mana ghupenya I-City tue...Cet...Tapi aku eksaited woo...Mata terpejam-pejam...



Masuk jerk dalam I-City tue, teruslah amik-amik gambar...Biasalahkan...Padahal lampu-lampu jerk....Cumanya dihias dalam bentuk yang menarik...Bentuk haiwan, pokok-pokok...Sambil meronda-ronda dengan Has tue, memacam yang terlintas di fikiran Huda...


1. Ramainya couple kat situ.
2. Bestnya yang datang satu family.
3. Mesti best kalau mama ayah ada sama.
4. Teringat adik yang nak sangat tengok I-City.
5. Berapa bilion agaknya owner dia dapat sejak I-City nih beroperasi.
6. Mesti yang datang nih orang kaya-kaya sebab segelas milkshake yang diisi dalam bekas air yang selalunya harga RM 1, dijual dengan harga RM 4...Tak sedap pulak tue...
7. Banyak lagi tapi...Simpan dalam hati jer lah...

Serius, yang mengkagumkan Huda tentang I-City nih, bukan kecantikannya...Tapi, ramainya orang datang sini....Has kata, I-City nih panas selalunya...No wonderlah panas....Semuanya lampukan...Tentulah bahang...And, itulah sebabnya Malaysia semakin hari semakin panas...Urm, apa-apa pun gembiralah jugak sebab hasrat hati nak tengok I-City dah tercapai...And, the most wonderful thing adalah....Pergi dengan Hasmidah Hamdan...Best atau tak sesuatu tempat atau perkara tue adalah, dengan siapa kamu bersama...Bagi Hudalah...Kadang-kadang, tempat tue biasa giler, bosan, buruk pulak tue, plus mahal nak mam***, tapi, bila kita spent time dengan orang yang kita happy, ianya akan jadi happy giler macam tempat tue syurgalah...


That's whylah I-City nih antara tempat yang dinobatkan sebagai syurga dunia Malaysia...Harharhar....

Apapun, memang Huda enjoy sangat...Enjoy sebab dapat jumpa Has, berborak dan korek-korek rahsia sikit...Kepochi betul...Serius, Huda memang having fun dalam masa 1 hari tue...Macam tak nak balik, nak ajak Has ronda-ronda Shah Alam sampai minyak kereta kering....Teruk betul! Dahlah berjalan tue pun tajaan En. BF yang bagi duit kocek...Teruk lagi...Lepas tue Has kena belanja minum pulak...Double teruk....Pinjam baju Has lagi...Tripple teruk...Huda rasa down...

*Menyampahlahakubacablogkaunihtapistillnakbacasebabakupunbusybodymacamkaujugak* Harharhar

So, apa tunggu lagi! Jom, kita skodeng gambar-gambar cantik...Kalau nak tengok gamabr yang cun-cun, boleh ker Fb Hasmidah Hamdan...Dia Graphic Designer...Boleh mintak dia edit gambar, design banner, banting etc....Serius mantopp....And, dia still belajar lagi...And dia juga cun...Single or double, tue kena usha sendiri....Hui..hui.hui...



So, this is the result...Retak gigi baca blog nih...Motip?
Park kereta jauh-jauh, lintas jalan, dan mula mendaki bukit yang gelap, menakutkan untuk  memasuki I-City...Thrill taw...
Lihat...Aku sudah berada dalam I-City..HAHAHAHA
Terima kasih Has sebab bawa Huda masuk dengan percumanya....Dan jayanya...
Ramai orang, Krismaskan...
Has, gambar nih memang awesome..Huda suka bangat sampai tak tidur malam...Over!


Eh, kita macam kawan baik jerk...*Garu kepala*
Nampak mesra pulak...Skandal?
Hampir semua pokok dan sudut menjadi sasaran...
Amomos thing...Susah nak carik orang amikkan gambar, amik sendiri...Yeah...So,sweet...
Rasa tinggi melampailah pulak bila bergambar dengan orang yang setaraf...Hahaha....
Kurusnya diriku ini selepas makan hati 24/7...
Macam cikgu, kawan-kawan Has cakap....Hehehehhe...
Baiknya kamu!
Pemandangan I-City yang super mahal...Aik?/?
Has dalam Telemovie Pari-pari Hatiku....Ehem,ehem...
I-City sudah berjaya kutembusi...
Has sebagai pemandu pelancong terhebat....
Baju tajaan....Happy....

Mesti korang tak heran sebab dah biasa pergikan....Tak pelah....Ini pengalaman Huda jerk..And, Huda rasa bertuah, sebab pengalaman ini dikongsi dengan kawan Huda yang lama tak jumpa...Hehehe...Sungguh meriah bergosip-gosip....Paling penting ianya percuma, dan plannya nak datang lagi, tapi dengan family pulak...Hehehe..Maybe husband...Harharhar....kena baling dengan kuali kalau mama baca....=)


Oklah..Bye...






Mana-mana tempat pun akan jatuh haram kalau kita tak jaga perlakuan kita...Betul tak? Thinking...Muhasabah diri...

3 comments:

Ernee Azmn said...

bestttnyerrr....nnt jln rmai2 pn best gk kn :)

Mata Pena Fadz said...

haaaa...
mcm tu la..
jgn sedih2 mkn hati..
bek p jln2...ngan kwn2..
sekurg2 nye x la sakit hati bgai nak rak kn...
cool..
lawa huda... :)

Unknown said...

ernee azman : hehehe...ramai2 lagi best..malangnya, hanya dapat jalan berdua jerk...yang lain semua jauh, sibuk...lau tak, confirm nak bawak batch kita kat APKT dulu....



Fadz mahad :tuelah...sedih2 pun org tak peduli...hukhukhuk