Thursday 26 April 2012

Berjaya Times Square. Edisi buang duit.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Entri dua minggu lepas yang tak publish sebab malas. Dah bertaip cuma tak click publish jerk. Yekk!! So, cerita bermula..


Huda sekarang di Tahun 3 pengajian kat UPSI, selalu turun KL, sebab pergi UM or PNM, tapi tak pernah pergi merambu ramba. Al-maklumlah, kawan tak ada nak bawak berpeleseran. Sebab tue, orang kata, kawan yang baik akan buat kita jadi baik jugak. Setuju??

Sebab dah Tahun 3, Huda tak pernah jejak kaki kat Times Square pun, satu hari tue ajaklah member bawak ek sana. Tapi sebab balik dari PNM dah petang, sampai kat TS petang jugak lah. Tak banyak benda yang boleh kitaorg buat. So, decide nak main games kat TS jer lah. Ini adalah entri jakun yer..

Macam orang hilang arah sikitlah kat TS. Member pernah pergi dengan kawan dia sebelum nih, katanya. Tapi, member pun agak pelupa. So, pusing-pusing, naik escalator, akhirnya jumpa tempat games. Lincah-lincah bayar RM 32 seorang sebab ada MyKad (motif!). Lepas tue simpan bag dengan token harga RM2 (entah pape!) dan berhajat kat dalam toilet dulu. Surelah kena masuk toilet dulu sebab kalau terkucil ke hape nanti cane! 

So, apa perasaan Huda lepas main games kat TS tue? For sure, itu adalah kali pertama dan terakhir kot Huda nak naik benda-benda tue. Kenapa? Sebab balik dari TS tue, sakit tengkuk+leher (salah urat) dan rasanya sengkek poket bayar yuran masuk tue! Aish~ Layanlah gambar nih.





Yang nih, memang gayat. Setengah pusingan je Huda bukak mata, lepas tue tak dan dah. Gayat tengok sekeliling.


Asni yg drive kereta langar2 nih. Huda cuak nak melanggar orang.


Ni masa nak naik roller coaster. Boleh senyum lagi sebab tak tau papa. Nak tau apa reaksi Huda, tanya Asni. Pekak tak telinga dia.








Dua makhluk nih, langsung tak malu even Huda duduk betul2 mengadap depa. Kita amik gamabr depa pun, wat tak tau jek. Lokasi: Puduraya


Okey. Penat dah. Bestnya, dengan bayaran RM32 tue, kita boleh main berapa kali kita suka. Cumanya, Huda yang tak dan nak main 2,3 kali. Rasanya pembuluh darah Huda mengembang sampai semua darah dah tak tahu pegi mana (luahan hiperbola). Lepas nih, bolehlah kumpul duit dan kekuatan untuk try tempat lain pulak. Kalau panjang umur, dan murah rezeki. Tapi, lau dapat ramai-ramai lagi fun kot.  Opss. Nak main nih, Huda galakkan korang bawak lah bekalan air dan makanan sendiri. Sebab harga minuman kat dalam tue tak masuk dek akal sikit. Walaupun mampu bayar, buat apa kita nak bayar mahal2 kalau kita tahu jenama dan kualiti yang sama dijual lebih murah kat tempat lainkan?? Salam.

No comments: