Thursday, 26 April 2012

Pizza Hut. Edisi keluarga.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bila duduk di perantauan, jauh dari mama ayah, sekali-sekala jumpa, rasa seronoknya. Lebih-lebih lagi bila mama ayah belanja makan. Wow, untungnya adik yang belum keluar dari rumah manis rumah tue. Makan bertanggung, berak  tinggal cangkung jek! Kita nih, meleleh air mata nak makan sedap-sedap. Ceh, ayat nak suruh mama bank in duit leteeew...

Sebab kak long yang nak sangat makan pizza, kami pergilah pizza kat Kota Tinggi. Nie sebelum Huda balik ke UPSI. Cepat-cepat tau keluar rumah sebab takut nanti Asni sampai bandar, kitaorang tengah mentekedarah lagi. Aish! Pilihan pizza memang sangatlah banyak. Huda pun tak ingat apa kiteorang makan namanya tue. Semua pun sedap (macam dah cuba semua). Tapi, pizza nih, kelemahan dia, serve ambil masa 10 minit gitu. Katanya tengah masak pizza tue. Tapi, bila sampai sejuk. Aik?? Tapi, untuk yang kali nih, alhamdulillah, pizza masih panas dan bergetah. Eh, motiff? 

Tapi.....Tetap ada masalah. Side dishes, datang bila kitaorang dah nak balik. Aigoo, aigooo. Macam nak marah, tapi, sabarkan hati. Tapi lagi, yang syoknya, masa pelayan tue datang ambil order, Huda macam terkejut, terkesima dan gembira. Jumpa kawan lama. Yeay, jumpa kawan lama. Lama sangat tak jumpa ini budak. Azizi. Last jumpa dia masa Form 3 lah. Lepas tue, beliau pergi ke sekolah asrama penuh kot.. Hehe. Best student kot. Huda nih, picisan jek kat sekolah. Tapi, emnyesal, tak ambil gambar pun dengan beliau. Contact number pun tak mintak. Fb yang mudah pun tak tersebut. -harap Azizi terjumpa blog nih-. So, nak cerita apa lagi? Tengok lah kegembiraan kami menyumbat-nyumbat kat Pizza Hut Kota Tinggi nih~

Kakak-Adik-Emak
Aish, macam mama lagi muda dari Huda. Sedih!

Ayah-Huda
Muncung ayah mahal tue!

Roti. Serius yang terbaik pernah rasa.

Pizza 1

Pizza 2
Sekian, melaporkan untuk Jalan-jalan Cari Makan. Kih3. Salam. 
Kalau sendiri yang bayar, memang tak pergi sebab gov tax terlampau mahal! Student tak mampu bayar. Hahaha

2 comments:

Elia Si Jejariruncing said...

hye dear.. Elia datang melawat blog cute awk.

bestnye mkn2 dengan family..

Sayang awk ketat ketat kalau awk sudi vote setiap hari di setiap link2 di bawah :)

fave kay poh - http://t.co/2v3KTn7K

blogger of d year - http://t.co/RuoMVOF2

Online shop - http://t.co/3V89ev1U

Funniest video - http://t.co/8urhiLNF

thanks tau ;D

NURUL HUDA TAIB said...

arghhhhhh..
bia betul...
pemilik jejariruncing komen blog nih..
terima kasih sangat2...
suka2...