Friday 27 April 2012

Nano White. Berkesan tak?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 
Nih entri tentang saya, bukan awak. Jadi semua yang tertulis kerana saya merasainya.

Hatiku sedih+parah. Mengapakah ini berlaku?? Dulu pakai Alaisyah, Safi, Shurah kulit mengelupas tak ingat dunia. Lepas tue pernah try Garnier. Panas yang amat kulit muka sampai macam, aik, kena goreng apa?? Then, cuba pakai Oxy kakak, lagilah kejam penerimaan yang diperoleh. Sekarang, ikat perut beli Nano White. Beli dan pakai almost 1 month. Hasilnya, kulit kurang mengelupas (kecuali bila terlupa basuh muka). tapi, tapi, tapi. Bukan semua masalah selesai. Masalah lain pulak timbul. Muka Huda jadi lebih gelap dan gelap sampai terperanjat tengok muka sendiri setiap hari. Apakah??



Sapa ada solution? Tolong kita wak. Awak semua kat hebat bab-bab nih. Bye~


Updated (16/05/2012): Tadi adik rumah kata, aik, kak Huda nampak putih jer. Aiyoo. Dah nampak kesan ker? sendiri tengok macam makin gelap. Kekeke

No comments: