Tuesday, 4 September 2012

Jangan salah memberi hati~

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera



Malas nak jawab kalau orang tanya, hey, bila lagi nak naik pelamin. Actually, hari-hari pun boleh naik pelamin, apa susah, pergi jer mana-mana kedai pengantinkan. Apa yang nak risaunya, tak tua sangat pun lah. Belajar pun tak habis lagi. Sekolah dah habis!!! kekekekeke...

Bagi orang kat luar sana, dont worry, setiap yang hidup di dunia ini sudah ditentukan nasibnya, jodohnya, takdirnya dan ajal mautnya. Dont worrylah kalau saat ini masih sendiri lagi. Chill ok. Pergi text kawan-kawan yang sekapal dengan kita. Single mingle. Tanya dia, hey, korang nak keluar tengok wayang apa ngak? Kalau mereka tak mahu teman, tak per. Jangan runsing sampai keluar hingus. Siap cecantik, start engine kereta, pergi mana-mana mall yang ada panggung wayang, beli tiket, tiket mesti cerita hantu tau atau apa-apa cerita yang seram, beli popcorn, tengok sensorang. Hahahahah. Habis cerita.

Yang penting, jangan susah hati kita single sampai semua pun kau nak sambar. Tak tengok kiri kanan. Tak tengok laki orang ke pondan. Pun nak jugak. Asal berteman. Chill ok. Single tuh tak bermakna kita nie tak laku, tak cantik dan tak handsome. Boleh jugak muhasabah diri malam-malam kenapa tak berteman lagi. Tapi, jangan risau lah. Lepas tuh, jangan bergantung dengan lelaki lah. Kalau dia buat hal dengan kau ker apa, say bye bye kat dia. Pleaselah jangan menangis lagi kerana dia. InshaAllah, Allah akan beri kita the best partner kat syurga nanti. Kenapa nak nangis dengan lelaki yang tinggalkan kita hanya untuk mak janda ke, Indonesia, Nepal, Myanmar mari?? Relax, lepas tuh, kita buli dia cukup-cukup taw. Jangan bagi peluang. Spray dia dengan spray nyamuk. Baling dia dengan kulit durian. Cakap kat dia, sesenang jer kau datang balik ya. Sekarang, kau boleh blah........

Dah pergi kan? Pehal nak balik semula. Nih orang yang kau dah ludah tau tak. Syuh syuh syuh.


Owh, please please jangan emosi emosi. Ada orang cakap, kalau emo emo ni, muka tak comel. So, mari menjaga kecomelan kita sekalian comel. Banyakkan minta dengan Allah supaya dikurniakan pasangan yang menyejukkan mata dan mententeramkan jiwa.

Untuk si dia..Dia...Dia...Ececeh macam ramaikan. I was touched by your kindness. But sorry, we are really not meant for each other. Saya dah cuba, tapi  saya rasa saya tak mampu. Jangan tunggu lagi. Jangan. Please.

2 comments:

babycomel said...

masih menanti si pemilik tulang rusuk ku =)

NURUL HUDA TAIB said...

babycomel:
kita pun!!!!
one day, he will come with the great proposal kan. teehee.