Sunday 2 September 2012

Budak kecil

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Mengarutnya rasa dua tiga hari nie. Rasa nak rendam otak nie dalam minyak panas jer. Sebab bengong dan rasa vangang sangat. Hahaha. Kasar dah bahasa dalam menggambarkan diri sendiri nih. Cerita mengarut malas nak mention sebab sangatlah menyampahnya dengan diri sendiri.

Just nak kongsikan kisah saya dengan budak-budak. Umur, 23 tahun. Belajar lagi di UPSI. Beza saya dengan kakak setahun dan beza saya dengan adik, 8 tahun. Maknanya adik, Tingkatan 3. Sebab lama sangat terlalu manja dengan parents, langsung malas nak amek port tentang kanak-kanak or budak-budak. Hati langsung tak teruja tengok budak-budak. Selalu ler tengok kakak ker kawan-kawan perempuan lain, bila jer pergi mana-mana majlis, confirm ada baby ke budak-budak kecil. Terus menerus akan mengejar -baby or budak-budak dan diciumlah, peluk-peluk and terus keluar suara gedik. Alah-alah sayang. Anyoyoyo omellah. Pape lagilah sebutan dan tetiba orang dewasa pelat pulak bercakapnya.


Saya bukan tak suka ker anti dengan baby or budak-budak, just, tak biasa dengan mereka dan tak tahu nak treats mereka camne. Kalau budak sebaya ker, bolehlah kita salam tangan dan men laga-laga pipi. Tak pun, berlagak ayu depan orang tua dengan salam dan pura-pura bagus depan mereka. Kan3? Ni dengan budak kecil. Kekadang tuh, kita cuba nak berbaik dengan mereka (budak) sekali dia tarik tudung kita. Tak pun, dia cubit kita dan lari jauh-jauh. Geramnya!!! Baby pulak dia ada instint yang kuat. Bukan nak sembarangan orang peluk. And, saya malas nak dukung baby sebab tak nak masa tudung dia dengan tiba-tiba dia meraung macam dunia dah berhenti berputar. Nyampah! Saya tak pernah, buat masa lalu, pergi mengaga-agah atau melibatkan diri dengan budak kecil. Sebab, malas nak ambil risiko dia tarik shawl ker, dia tetiba menjerit ker.

Tapikan tapi. Semalam masa kenduri rumah pak cik kat Sepang, dengan jayanya saya berjaya menundukkan seorang budak kecil. Ya, budak umur 4 tahun yang perangainya buat kita rasa nak bagi penampar sebijik-sebijik dengan kelajuan paling maksima. Namanya, Saifuddin Aqram. Nama sedap. Rupa pun comel. Otak bijak. Tapi, kalau tak ada kesabaran yang mantap, memang jangan dekatlah dengan dia. First jumpa dia nie, saya just tegur, hi Saifudin. Salam kak ngah. Dia datang salam. (dalam hati okey, bagus!! Kalau kau nakal, aku patahkan tangan kau, budak! Kekeke, tipuuu, tak jahat gitu pun eh!) After tuh, that todd terus duduk sebelah saya. Dalam hati, haiyakk. Macam mana nie kalau dia terkentut or terverak? Naya,naya! Tapi, alhamdulillah, bila dia tengok mak dia makan, dia pergi kat mak dia. So, selamat.

Tapi, lepas tuh, dia mandi kat RnR, si Saifudin nie asyik datang menengok kami jer. Then, masa acara kenduri berlangsung, kami sampai kat Sepang tuh, pukul 9 pagi gitulah kan. Of coz kenduri tak start lagi. Tapi, sebab rumah pak cik sendiri, apa ada hal. Redah saja. So, kami bergambar-gambar ler buang masa. And, Saifudin join sama. First time jugaklah saya dukung budak. Yea!!! Ya Allah, memang semua budak besar gini berat ya hampun eh? Masa dukung dia tuh, saya terpaksa push wrist saya ke depan sebab rasa macam nak terbalik ke belakang. Adoi, terus malas nak dukung lagi. Hahahaha. Sekalikan, kami keluar ke Petronas untuk tumpang toilet sebab toilet rumah pengantin full, Saifudin nak ikut sekali and he asked me supaya dukung dia. Hah??? Jaraknya adalah 50m rumah pengantin dengan kereta yang ayah parking. Tapi, sampai ajer kereta dan turunkan dia, I thought, balik ni kena carik susu Anlene. Tulang mereput!!! Budakkan suka didukung, and after tue, dia keep minta berdukung. And, saya tak larat and dengan sengaja menyebut, kak long dukung Saifudin. Ayah, Saifudin minta dukung. Hakhak. Mengelakkan diri.

And sebab semalam which is saya tak ada mesej dengan sesiapa pun, Saifudin pegang hp saya all the time and bermain bersama binatang peliharaan yang disukainya iaitu B1. Apa tuh B1? B1 adalah merujuk kepada BABI. Si Saifudin ni suka main game Angry Bird lepas tuh B1 adalah binatang kesukaan dia. Sampaikan dia nampak trak POLIS, dia kata, tuh kereta B1. Mula-mula curious jugak kenapa dia kata trak polis as kereta B1. Then I realize, kan B1 selalu diangkut naik trak. Hahaha. Bijak. Sampai habis batery hp saya dikerjakan budak Saifudin untuk main game.

Malam tuh sibuk dia nak ikut pergi kenduri dan Yasinan. Sampai kat tempat occasion, dia meragam. MALU katanya bila tengok too much peoples. Kakak, dukung adik. Kakak, dukung adik. Sabar jer lah weh. Amirah try nak dukung dia, but, kesian pulak menengok si keding tuh. Mana ada daging or lemak dan dukung budak Saifudin tuh so, I as orang yang cukup zat dukung dia. Keep to push my wrist ke depan sebab nak buat sokongan sebab rasa nak terjatuh sangat. Tengah Yasinan, dia meragam. Sampailah ke saat makan. Suruh berdiam tak nak. Kopek telur dan kulit buang merata. Aduh, anak! Sabar jer lah. Last-last penat mengaruk, dia tidur. Baru nampak comel. Hehehe.

And, for me, budak kecil tak lah teruk sangatkan. Ada juga yang okey. Melainkan, masih lagi tak sopan bila dah kentut baru nak cakap! Tapi, mujurlah pengalaman pertama dengan budak nie, dia tak verakkan saya or membuang air kecil (bajet sopan) dekat saya. If ya, memang saya pulas-pulas tengkuk dia. Hahaha, joke!

See, macam mana ke depannya pinggangku untuk mendukung budak nih. Macam kuat giler pulak pegang dia. Mesti dia terseksa. Hahak

Okey, suka bergambar, give me 5
Buli kak long ajak main buai. Tapi tak nak ayun, suh orang ayun
Bebalik peace!
Gangster!

And, nih hasil kerja Saifudin. Bajet mahu jadi photoG, so, tengoklah apa jadi dengan muka saya. Dah macam pop corn!

Terketak-ketak sebab saya comel sangat tuh. Hahahak
Okey, macam dalam disko
Cukup untuk penampar satu kali!
Apakah?????


So, apa pengalaman korang dengan budak-budak???



#Aku pun rasa apa yang kau rasa tuh, tapi apa boleh buat...#

4 comments:

zatie said...

awak, sweet sgt gmbr awk ngan die....
comel plak tue...

Unknown said...

Zatie :
Hahahahahaha.
Saya pun rasa comel lak bila sebelah dia. Hihihi

Siti Asiah said...

NAPE GAMBAR BERGEGAR TU...HIHI,GURAU JERK

Unknown said...

Siti Asiah :
Budak kecik nakal yang amekkan gambar. Itu pasal gegar.
Thanks for coming to my blog kak. =D