Monday 17 September 2012

Jalan-jalan cari pasal dengan students : CIKGU SAYANG KALIAN SANGAT_SANGAT!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Ahad ( September 2012)
Premium Lanes Kuantan Plaza (BOWLING)
Restoran Haji Shahrin Low (MAKAN BESAR)
East Coast Mall Kuantan (WAYANG+KARAOKE)

Jalan-jalan ini adalah salah satu reward pada para pelajar yang bertungkus-lumus, bersusah-payah dan sanggup menghadapi cabaran untuk merealisasikan impian guru praktikal ini. Aduh, kalau dikenang kembali perjalanan menyelesaikan tugasan sempena bulan kemerdekaan ini, memang menitis air mata. Saya tak menyangka, hanya sebagai guru praktikal, saya boleh menghadapi semua ini. Berhadapan dengan mereka yang berada di atas. Allahuakbar, kekuatan yang saya perolehi ini adalah daripada para pelajar saya yang sanggup menahan telinga, dengar saya marah, bebel, mungkin ada yang terkena maki-hamun. Maafkan cikgu anak-anak murid sekalian. Terkadang, mulut tak sama langsung dengan yang berada dalam hati. Tapi, itulah, manusia, kerap sangat terlepas laku. Malahan, kekuatan saya jugak, takkan saya perolehi kalau tidak ada bantuan kawan saya, Nor Asni. Sanggup melayani kerenah saya. Sanggup mengeluarkan wang bagi merealiasikan impian nie. Memang saya terharu sangat. Jadinya, bila Pengetua, Encik Ruslan seronok, menghulurkan duit, meminta saya membawa para pelajar yang bertungkus-lumus nie, saya gembira sangat. Memang kalau tanpa duit pengetua pun, saya akan belanja pelajar. Tapi, hanya makan-makan kecil kat sekolah saja. Ingat nak masakkan mereka sesuatu. Tapi, alang-alang pengetua bagi pelepasan, kami plan keluar bandar untuk meraikannya.

Tak perlulah saya cerita panjang lebar tentang apa yang kami buat sepanjang keluar bandar tue. Yang penting saya happy sangat-sangat. Saya seronok tengok pelajar seronok. Saya harap memang mereka betul-betul seronoklah. Saya manusia biasa, terkadang perancangan itu berlangsung tanpa kita duga akan ada halangan dan dugaan sewaktu melaksanakannya. Saya harap semua yang terlibat berpuas hati seadanya dengan apa yang telah kita lalui. Janganlah ada cakap-cakap belakang, janganlah ada rasa tak puas hati, janganlah ada rasa benci.

Pelajar-pelajar sekalian, 
cikgu rasa semua pun merasakan ikatan kita selama lebih kurang 2 minggu kita berlatih bersama, kita bergembira bersama, kita kenal antara satu sama lain, kita jadi rapat. Pastinya dalam hati setiap pelajar yang menyertai sketsa kemerdekaan akan rasa antara kita ada rasa sayang, rasa ikatan adik-beradik yang kuat. Kalau kamu katakan tak ada rasa itu, cikgu langsung tak percaya kerana kamu di hadapan cikgu. Cikgu memerhatikan setiap daripada kamu. Sebab tuh, cikgu menangis bila ada cerita-cerita yang tak sedap langsung didengar. Cikgu ingat, cikgu berjaya menyatukan ukhwah antara kita, tapi, kalau hal nie terus berterusan, cikgu rasa, cikgulah punca hubungan kalian retak. Cikgu mohon, buangkan rasa benci, rasa tak puas hati, iri hati, tak suka atau apa sahaja antara kita. Anggaplah apa sahaja yang telah berlaku itu hanyalah satu mimpi. Kita bangun dari tidur, dan semua tuh mimpi. Teruskan kehidupan kita, sesama kita dengan rasa kasih-sayang. Kalau tak boleh buat untuk diri sendiri, boleh tak buat untuk cikgu. Cikgu tak lama lagi pun dengan kalian. Berilah cikgu kenangan yang manis sepanjang cikgu di SMVK nie. Cikgu juga bukan pilih kasih. Cikgu sayang semua sama rata. Tak ada lebih dan kurang. Tapi, biasalah, cikgu manusia biasa, kadang-kadang nampak pincangnya. Maafkan cikgu.


Cikgu harap, lepas nih akan ada peluang macam nie lagi. Cikgu juga harap, kita akan semakin rapat sesama kita. Kita akan rasa bertanggungjawab sesama kita. Sakit saya, sakit awak juga. Semoga Allah swt kukuhkan ukhwah kita, letakkan kita dalam lingkaran kasih-sayangNya, cambahkan cinta sesama kita. 
ME LOVE YOU~



Terima kasih juga buat Midah dan Saufu yang membantu dan menghulurkan sumbangan ikhlas. Semoga Allah swt permudahkan hidup kalian. 

2 comments:

Nur Azila said...

hai cikgu huda.. hehehe... "_'

Unknown said...

hi zila.
hihihiks.
*gelak sopan*