Friday 26 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Besok raya. Nmapak macam biasa sahaja raya Haji nie. Mulut dah terbiasa menyebut raya haji sebab bila musim haji baru jumpa raya Aidiladha kan. =)
Saya rasa mama memang untung sangat dalam dunia nie. Ahaks. Kenapa untung? Sebab dia ada 3 orang anak perempuan. Untung jugak sebab mama tak ada anak lelaki. Anak lelaki kan selalunya wat serabut kepala. Kikikikiki. Sorry, jangan marah, kahwin pun saya cari lelaki jugak!!! =) Maksudnya, lelaki kan malas kalau disuruh gunting-gunting cili kering ker kupas bawang ker. Euww, lelaki kalau disuruh, masing-masing jeling sipi-sipi kat bawang tuh, then angkat kaki blah. Merokok kat depan rumah dengan member sambil sembang kencang besok nak sembahyang raya pukul berapa. *walhal, habis khutbah raya pun tak bukak mata lagi!* Ahaks. Yer dok?

So, mama memang beruntung sebab setiap kali sehari sebelum raya, mama akan beri pesanan meleret. Penuh buku 555. Serius nie. Daripada ayah sampai ke anak-anak. Ayat lazim yang akan dengar adalah, 'Ayah pergi belanja dulu barang-barang, nanti budak-budak buat, balik nanti mama masak'. Lepas tuh, tiba pesanan untuk anak-anak dia pulak 'Nanti kupas bawang, gunting cili kering 40 batang'. Bla bla bla bla. Kalau masing-masing tak bagi respon, akan ada ayat macam nih pulak, 'korang nie kalau disuruh semuanya malas, cubalah rajin sikit, nak itu ini mama dah belikan'. Okey, kita tahu itu bukan ayat touching tapi itu ayat MARAH. Okey, mama I tak main touching-touching nie. Main sembur jer semuanya. Of coz lah kan. Anak dia semuanya perempuan, mustahil dia nak suruh ayah kupas bawang pulak!!! 

Kerja hari raya nie memang kerja bertahun-tahun punya tau. Sedari saya kecil lagi. Tapi amsa tuh adik belum ada. Bila ada adik, kita kena demand sikit. Kita mulalah pilih-pilih kerja. Kerja-kerja yang macam leceh tuh, kita bagi dia. Kalau dia melawan, kita akan ungkit semua kebaikan kita pada kita. Kita akan ugut dia cukup-cukup. Ahaks. Baiknya kita sebagai kakak! Contoh kerja, kita akan kupas bawang merah laju-laju, kita suruh adik gunting cili kering. Kikikiiki. Kupas bawang sekejap jerk siap. Dah boleh online pun. Tapi gunting cili kering memerlukan kesabaran dan ketekadan yang tinggi sebab, nak kena buang sekali biji dia. Of coz lah, sayakan gastrik, sangat tak bagus kalau termakan biji cili kering! Buat bebetul deh adikku~

Tiap kali raya jugak, hanya ayah dan mama sahaja yang bisa/boleh/tahu/akan buat ketupat. Sebab, anak-anak dieorang nie cantik sangat sampai ketupat pun tak tahu buat! LOLS. Cuma ayah dan mama jer yang pandai menganyam ketupat. Tak tahu kenapa, saya langsung tak ada minat nak belajar buat ketupat. Dari kecil lagi, memang tak mengeport langsung tempat orang buat ketupat. Walaupun, kemudiaannya disuruh masukkan beras dalam sarung ketupat! Tapi, nak dijadikan cerita, raya kali nie, tetiba, ayah tanya pulak. 'Kak ngah, tahu anyam ketupat ker tak?'. I thought ayah tahu yang I memang tak tahu anyam. Then, jawab jer lah, 'tak tahu'. Start lah episod ceramah 30 minit. Untuk menghentikan ceramah 30 minit tuh, kita ubah topik. Kita tujukan kesalahan atas kelakuan adik pula. Nampaknya berjaya. Ayah memesongkan ceramah 30 minit kat adik pulak. Yeah!!! Nampaknya berjaya dan selamat. Fuhh. Hahahahahahaha. Act, bukan saya tak mau belajar tuh semua. Tapi, hati belum terbuka lagi. Adalah some food yang saya suka makan, tapi, penyediaan yang leceh memang saya malas. Hihihihi. Kalau suruh masak rendang ker, boleh layan lagilah. Nak anyam-anyam ketupat, memang malas. =) So bakal suami, awak kena belajar anyam ketupat dari sekarang sebab nanti kahwin, awak anyam, saya rebus. Kikikikiki. 

Apa pun raya nie, memberi kegembiraan pada kami sekeluarga. Sebab, raya Aidilfitri hari tuh kan tak lengkap. They were perform their 'umrah' and I was lonely here. Uhukhuhukuhuk. But now, we are together!!! Semoga Allah swt limpahkan kebahagiaan buat kami sekeluarga. 



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. 
Berhati-hati di jalan raya. Yang balik Kelantan tuh, balik cepat sikit deh. Rindu dah nie. =(

No comments: