Wednesday 24 October 2012

LUKENABEB

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

***Entri lama baru publish***


Ehem. Lama sangat dah tinggalkan blog nie untuk cerita praktikum. Sangat rugi rasanya. Untuk orang yang memorinya kecil macam saya nie, sangat perlu untuk dituliskan semuanya agar kenangan itu takkan luput daripada ingatan. Saya mahu mengingatinya selama-lama dan sepanjang hayat saya.
*Saya tak tahu macam mana nak ucapkan selamat tinggal pada warga SMVK, 19/10 nanti, boleh tak kalau pergi secara senyap-senyap saja???*


Kehidupan selama beberapa minggu ini biasa saja. Saya buat kerja-kerja macam biasa. Dan saya turut dipertanggungjawabkan untuk membantu Kak Wan Munah dan Kak Liya untuk menyelesaikan tugas-tugas majalah sekolah. Harapnya, tanggungjawab ini tergalas dengan baiklah. Saya bukan banyak sangat pengalaman hebat macam orang lain. Editing? Colouring? Suruh amek gambar diri sendiri buat duckface bolehlah. Harharhar. Tapi, saya tekadkan hati, buat sesuatu mesti sesungguh hati. Biar tak rugi mak ayah hantar belajar belanja mahal-mahal. *tambah aktiviti bersosial lagi*
Mama ayah, saya akan realisasikan impian mama ayah. Nanti, kak ngah dah kerja, mama ayah jangan susah lagi taw. Rehat dengan Chebes di rumah.


Erm, berbalik pada cerita praktikum, hari nie, saya dikenakan oleh pelajar-pelajar saya. Oh, sungguh vangangnya saya terasa tatkala ini. Apa kes!!! Ish, memang geramlah. Ceritanya, saya dengar lagu, sambil on laptop buka Facebook dan menaip bahan pengajaran untuk hari-hari mendatang. Mata memang dah mengantuklah sebab seharian meronda Kuantan nih. Memang suka dengar lagu sampai mata terpejam dengan sendiri. Bezanya, kali nieh, dengar lagu sambil dudukkan, so, tahap ketiduran tuh agak sukar. Tapi memang dah tersengguk-sengguk. Sekali tuh, kepala terhantuk kat laptop, tersedar, terus pegang handphone. Tengok-tengok ada 1 miss call dan 1 mesej. Mesej of coz lah from si dia. Tengok plak miss call, aik, no tak dikenali. So, terus tekan call. Lambat baru angkat. Angkat-angkat jer dengar suara lelaki. Pelik. Tanya siapa, dia kata dia POLIS. Pergh, cuak giler kot. Yang dalam kepala otak nie cuma terbayangkan diri yang selalu sangat langgar traffic light merah, selalu u-turn kat tempat yang tak sepatutnya. Ish, gerammnya bila fikir. Teruslah tanya polis tuh, kenapa erk. Polis cakap dia tangkap students SMVK sebab merokok. Dalam hati fikir, aik, benda dah lama berlalu, apasal pulak baru sekarang polis nak call? Dah lah tuh, malam-malam pulak. Tapi, fikir balik, logiklah kot sebab polis tuh kata dia dapat laporan daripada Balai Polis Kuantan dan dia diberitahu pelajar yang tertangkap tuh pelajar yang asal daripada Batu Pahat. Aik??? Masa ni dah rasa pelik tapi, sebab saya tengah mamai, memang ingat semuanya betul dan logik jerk. Then polis kata, pengesahan mengenai nama pelajar yang tertangkap tuh. Akhir perbualan, polis tuh siap tanya, 'cik, dah kahwin ke belum?'. Masa tuh suspect dah, nie mesti tipu tapi terfikir yang memang polis sekarang kebanyakannya suka bergurau+miang sikit kan?


And, serabutnya kepala nih. Terus hantar mesej kat si dia beritahu macam mana nie. Macam mana nie. So serabut and trouble. Pulak tuh, masa nie, teacher Yati sibuk mengemas rumah. Kusut der kusut. Masaklah kalau kak Sakimah, kak Manisah dan kak Jah tahu. Memang kena kick ler awal-awal. Lepas tuh kan, si dia call cakap, suruh ngadu kat Cikgu Latifah. Uwaaa. Lagilah tak berani kan. Mujur jugak si dia ada untuk rasa bertenang sikit. Saya call si Zhairul, sebab polis tuh kata dia tangkap budak nama Zhairul. Masa saya telefon dia, sikit punya relax dia buat. Eh, saya ingat main-main. Tapi, bila Zhairul kata YA, saya terus kusut bhai!!! Otak kata macam mana ni, macam mana nie? Sempat gak berguling-guling sambil lompat-lompat. Oh, saya memang kalau kusut, serabut, tak tahu jalan penyelesaian, mesti nak lompat-lompat ibarat kata orang lelaki, GEDIK! Hahahaha.


Then, perbuatan paling bangang saya buat adalah, saya menghantar mesej kat 'polis' tuh. Ayat minta simpati. Bajet hot boleh goda 'polis' supaya settle tepi. Bangangnya rasa!!!! Then, 'polis' poyo call saya. Cakap, yang ditangkap 6 orang. Siap sebut nama, tapi, I dont care. Sebab tak tahu pun nak buat apa even tau nama kan. Then polis kata, ada rekod dah, so nak hantar ke JUVANA. Gila bapak punya polis nih. Lepas tu siap sebut tahan reman. WTH lah kan. Masa dia sebut tahan reman, berdiri bulu roma nih kau tau budak!!! Nak menitis air mata saya fikir macam mana nie nak tolong bebudak nih. Yelah, nak tahan reman. Masuk lokap. Sampai hati pulak saya nak tengok budak-budak yang saya ajar, saya bergurau setiap hari dengan mereka, duduk dalam lokap yang kotor, busuk tuh. Ya Allah. Serabut tak payah ceritalah. 


Masa tengah kusut tuh, si 'polis' nie cakap. "Cik, cik dah kena." Saya tanya, kena apa? Dia jawab, "KENA TIPUUUU!!". Saya jawab, "BENGONGLAH KORANG!!!". Terus matikan telefon. Bengang giler masa tuh. Paling bengang sebab saya terfikirkan mesej yang saya hantar nak mintak simpati polis tuh. Siot betul budak-budak nieh. Then, dieorang call lagi. Saya bagi Asni yang angkat. Sekali dapat diorang. "KORANG BODOH KER APA!!!" Hahahahaha. Ingta boleh main-main ker dengan cikgu As?

Hati nak marah. Tapi tak boleh. Sebab apa, sebab saya sayang korang semua. Korang bagi saya life. Korang bagi saya kegembiraan. Saya akan kenang semuanya sepanjang hayat. Semoga, satu hari nanti, kita jumpa balik dengan result korang yang gempak dalam SPM. Okey sayang-sayang sekalian??

Mastermind yang GILA. Abid Corntoz

Sulhi yang KUAT MAKAN.

Hafiq cute, Nazwa Pocoyo and Abid Sengal



No comments: