Monday 29 October 2012

Berakhir sudah kisah Nurul Huda dan Sekolah Menengah Vokasional Kuantan.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Jadi penganggur nampak macam seronok. Tapi sebenarnya bosan tahap nak mati tau. Serius nie. Tambahan pulak orang hyperactive macam saya nie. Memang tak boleh sangat-sangat duduk rumah sesaja. Gatal kaki nak merayap. Hahahaha. Tapi, malangnya, kancil kesayangan 'direhatkan' buat seketika. Camane nak keluar merayap? Ahahaha, sebab tak boleh keluar merayaplah, saya online setiap masa, update cover photo FB, update status FB. Muntah hijaulah friends FB tuh. Kahkahkah. Of courselah sayang sekalian, saya penganggur ok!


Okey, 19 Oktober 2012 datang juga walaupun saya langsung tak bersedia untuk hari itu. Langsung tak mahu letak dalam rekod kalendar. Langsung tak mahu. Serius! Sekolah Menengah Vokasional Kuantan memang dah amik hati saya sampai abang kantin sekolah pun saya suka sangat!!! Semua orang baik. Semuanya. Cikgu-cikgu, pelajar-pelajar, mak cik cleaner, pekerja kantin, orang hostel. Semuanya baik. Saya sayang korang sangat-sangat. Jiwa saya ada di sana saat ini. Hah, jangan nak fikir lain okey. Memang saya sukakan enviroment SMVK. Bukan sebab 'feeling' ker apa heh. Itu cerita lain.


Saya rindukan anak didik 4 JKA, 4 BB 1, 4 PPN dan 4 ABM. Walaupun kamu semua menyakat cikgu sampai cikgu touching sangat-sangat, cikgu sayang kalian. Cikgu nak nangis bila melangkah keluar daripada pagar SMVK. Bukan cikgu pilih kasih eh, tapi, 4 JKA yang sungguh dirindui. Mungkin sebab cikgu mengajar 4 masa kat kelas nie. Masa cikgu lebih lama di kelas 4 JKA. Pelajar JKA nie sebenarnya bijak. Walaupun yang diajar tak tahu, tapi, kalau tanya pengetahuan semasa, tahu saja. Sebab tuh, rindu nak berborak dengan mereka. Ada Asyraf, Epul, Naqi, Irfan, Amir, Tiagu, Fiqri, Fahmi, Syahiran, Saifudin, Soya, Naim, Faiz, Rashdan, Izwan. Cikgu rindu. Sangat rindu. Awal-awal mengajar memang malas. Suruh buat pun tak mau. Lama-lama mula dengar cakap. Cikgu rindu saat nak jerit-jerit kat korang semua. Seronok nak ketawa sampai meleleh-leleh air mata. Cikgu harap, kamu semua simpan buku yang cikgu beri tuh. Cikgu tak mampu nak belanja mahal-mahal untuk kamu semua. Tapi, manfaatkan buku tuh untuk kegunaan masa depan. Cikgu kat sini akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Untuk semua pelajar SMVK. Bukan sahaja pelajar bawah didikan cikgu. Tapi semua-semuanya.


Cikgu-cikgu kat SMVK pun dalam kategori yang baik-baik. Mungkinlah ada yang tak senang dengan kehadiran diri ini. Mungkin sebab saya belum matang sepenuhnya. Agak lemah dan tak tegas. Tapi, so far, saya gembira berada dalam lingkungan cikgu-cikgu sekalian. Kak Ifa paling banyak memberi tunjuk ajar. Sangat banyak. Walaupun Kak Ifa sibuk sangat, nak jumpa pun susah, tapi, daripada gerak-geri kakak, pertuturan kakak, sangat banyak memberi kebaikan pada diri ini. Terlampau banyak. Sampaikan saya rasa kalau kakak perlukan masa 16 tahun, saya perlukan 20 tahun untuk menjadi seperti kakak. To kak Liya (Zuliana Zainal). Kakak juga orang yang sangat baik. Kakak jaga saya dengan baik. Kakak pemurah. Berada jauh di Kuantan tanpa mama ayah, tanpa keluarga, kakak sangat diperlukan. Kakak ambil alih tugas mama ayah kita, jaga kita sampaikan kita tak sanggup nak ucap selamat tinggal pun. =(  Kak Rossilawati, Miss Rose, Kak Inzah, Kak Sarimah, Kak Yus, Kak Shams M, Kak adalah orang yang baik. Kita akan rindu kamu semua. Buat kak Wan Munah, kakak banyak bagi kata-kata dorongan pada kita. Kita gembira bekerja dengan kakak. Semoga kita dipertemukan lagi nanti. Buat cikgu Hamdan yang sentiasa beri peluang pada Huda, Huda akan ingat semua nasihat cikgu. Buat cikgu Jeffery, thanks juga sebab baik dengan Huda. Cikgu Joe, cikgu abang yang baik! Sangat baik. Kita sayang cikgu sangat-sangat. Semoga bisnes tuppaware akan lebih maju lagi. Buat staff pejabat, kita tak mampu beri apa-apa atas kebaikan kalian. Kita hanya mampu titipkan doa atas semua kebaikan itu.


Saya tahu bukan semua orang boleh terima saya. I mean terima daripada segi rupa ker, perangai ker, cara saya ker. Itu biasa. Di mana sahaja, bila-bila sahaja. Itu sangat biasa. Kadang-kadang kita dah baik tahap nak mam... pun orang akan still cakap, cakap dan cakap. Tapi, kita dengar dan ambil ikhtibar mana yang boleh kita perbaiki kita perbaiki. Mana yang macam lebih-lebih sangat tuh, abaikan. Tutup telinga. Yelah, dah kalau dia kata kita nie hodoh sangat, takkan kita nak pergi buat pembedahan plastik pulak. Semata-mata kerana dia. Ah, ramai lagi boleh terima kita seadanya. So, chill lah. Kita tak boleh mengubah dunia tapi pastinya kita boleh ubah diri kita sendiri. Jadi cantik tidak berguna kalau tak mampu jadi baik. Wallahu'alam.

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi SMVK. Jumaat, 23 Jun 2012
LELAKI 4 PENGURUSAN PERNIAGAAN
PEREMPUAN 4 PENGURUSAN PERNIAGAAN
Walaupun saya tak ajar kalian, tetap baik dan rapat. Selalu buat saya ketawa. KIKIKIKI

4 BINAAN BANGUNAN 1
4 JURU KIMPAL ARKA
Hari tanpa air di Kuantan. Ngeee~
Hari Anugerah Cemerlang 2012 SMVK
TC's time
Sambutan Hari Raya SMVK
Majlis Persaraan Tuan Syed.
*sorry jalan mcm menang award*
Hangout dgn adik-adik sketsa.
*Thanks korang*
Permulaan kita
Selain menjadi emcee untuk Sambutan Kemerdekaan, diberi peluang untuk 5minit Pengkisahan Kemerdekaan.
*BANGGA*
Doa saya,
Ya Allah, kau yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mendengar. Kau juga Maha Berkuasa. Limpahkanlah kebaikan atas mereka (warga SMVK). Limpahkan rezeki yang halal dan banyak kepada mereka agar mereka menjadi hambaMu yang bisa memberi kebaikan kepada insan lain. Berikan mereka kesihatan yang baik agar mereka bisa beribadah kepadaMU. Berikan kegembiraan kepada mereka sebagaimana mereka menggembirakan hatiku. Berikan mereka cinta sebagaimana mereka mencintai aku.
Ya Allah, sesungguhnya aku merasakan rindu itu kepada mereka. Maka, redhakan aku dengan perpisahan ini kerana perpisahan ini bukanlah sesuatu yang harus ditangisi. Redhakan hatiku dengan perpisahan ini. Berpisahnya kami hanya pada jasad tapi kekalnya ia di dalam hati. Perginya aku memberikan ruang buat insan lain memberi bakti mereka di sana. Ya Allah, terima kasih atas nikmat kebahagiaan sementara ini. Kekalnya ia dalam hati dan ingatan tak mungkin lupus.


Wallahua'lam.

No comments: