Sunday 30 December 2012

A story about friendship. Steamboat, bowling, cooking, sleeping and chatting, movies. Never ends of smiling.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Entry sekaligus. Karang kalau buat berpart-part, giler annoying pulak orang sekeliling. Walhal cerita pergi makan aje kan. Hahaha. Jadinya, kita sekaliguskan 5 hari punya cerita dalam satu entry. Mudah. Cepat. Well, saya pun tahu, ramai bangsa-bangsa yang pemalas nak membaca. Nak tengok gambar apa jek kan. Beza dengan saya, setiap perkataan tak mahu tinggal. Sebab, pengalaman orang, mungkin jadi iktibar dan petunjuk pada kehidupan kita. Serius!!!


Kiteorang stay rumah Zatie dengan Bella Artis daripada Isnin sampai Khamis. Gila lama merempat rumah orang macam rumah sendiri tak cukup makan. Hahaha. Saje jek habiskan cuti dengan lupakan semua hal-hal kerja. Biarkan lecturer mengamuk semester depan, biarkan dieorang halau saya keluar kelas, eh, eh, macam pernah kena jek. Hahaha. Isnin malam makan Pizza Hut. Gambar tak ada, semua Bella artis dah sumbat kat Instagram dia. Orang pakai TAB. Hohoho.


Tengahari (25/12/2012)
Bangun pagi, tahan perut walaupun lapar. Menyambung tengok dvd HELLO MY LADY. Santak sampai ke tengahari. Baru sedar perut dah melapar sangat. Zatie decide nak makan sizzling so, pecut ke TESCO. Bukan makan sizzling aje, siap tapau tauhu bakar dengan popiah basah. Giler sedap. Jumlah kerugian memang tak dapat dikenal pasti. Hahaha. Tapi, serius, happy tahap kaki tak cecah tanah. Balik dari TESCO, semua berbaring lagi depan tv, sambung menengok HELLO MY LADY. Tak sedar memasing dah TIDUR!. Bangun-bangun dah Asar. Basuh muka, solat Asar, tepek bedak, pecut ke Lagi Best Steamboat.

LAGI BEST STEAMBOAT (Selasa 25/12/2012)

Nama : Shabila
Nama samaran : Bella Artis
Posisi : Penjaga meja, tukar bakar udang
US
Bella Artis dengan Cikgu Huda
*nama nak hebat!*
US
Huda-Jane-Zatie
The real us
Zatie-Jane
Makanan. Kami kuat makan. Kalau tengok kat meja tuh, pinggan yang mengandungi KERANG, ISI AYAM PELBAGAI PERISA dan TELUR PUYUH DENGAN CENDAWAN CINA adalah pinggan yang diambil oleh saya. Gila TAMAK!
Udang segar. Udang nih hidup lagi. Tapi, daripada puluhan ekor yang diambil oleh Zatie, hanya beberapa ekor berjaya di bakar sebab udang melarikan diri dengan terjun ke bawah meja. Udang nih bajet boleh selamatkan diri ler tuh. Heh udang! Bawan meja tuh lantai, bukan kolam! Padan muka kau kena makan hidup-hidup dengan kucing. 
Masa nih Zatie dah hilang sabar. Tak tahan tengok lembabnya kiteorang membakar. Zatie amek posisi sebagai pembakar. Heh?  
DAIMAN BOWLING (Khamis 27/12/2012)

Khamis. Zatie cuti. Sebab tuh kiteorang pergi main bowling. Bella artis tak dapat join sebab sibuk carik nafkah. Tak pe Bella, we olls dah mainkan untuk kamu.
Okey, okey. Saya orang tua. Tapi, single lagi. Kesian.
US.
Huda-Jane
Dalam MYVI putih milik Jane. Psssttt, Jane tak basuh kereta lagik. Hahaha
Huda-Jane-Zatie
My love. Boyfriend I.
Zatie bimbo!
Pengurus Public Bank. In shaa Allah. 
The result!
Kesian I, paling corot tapi paling bising!
US.
Persahabatan tuh bukan dikira berapa banyak yang korang terima daripada mereka, tapi, berapa banyak kamu sanggup mengeluarkan untuk mereka. 
Doakan saya murah rezeki, supaya boleh belanja awak makan sedap-sedap. Me love you sayang!!!

Khamis tuh balik daripada rumah Zatie, saya tidur pulak rumah Jannah. Sebab ada projek baik punya. Hahaha. Nak tolong mak Jannah yang eksaited nak belajar buat kuih Cheese tart. Alhamdulillah, nampaknya mereka puas hati. Maaflah, hanya itu sahaja yang mampu saya tolong. Nak lebih-lebih pun, saya sendiri hanya belajar sendiri. Harap-harap mereka puas hati.

Gambar cilok kat Fb Jannah.

Sekian. Gambar dah pun menceritakan segalanya. Kegembiraan ini ingin dikongsi bersama kalian. 

2 comments:

farazura said...

wah... memang melakar khdpn..

Anonymous said...

Heya! I just wanted to ask if you ever have any
issues with hackers? My last blog (wordpress) was
hacked and I ended up losing a few months of hard work due to no back
up. Do you have any methods to prevent hackers?

Feel free to surf to my web page :: A Career In Nutrition