Tuesday 27 November 2012

PD for Port Dickson. LOVE for you.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Port Dickson. Sebagai orang yang mengambil kursus Sejarah, macam malu pulak bila tak tahu sejarah Port Dickson. Boooo...Boooo. Booo diri sendiri.
Itu hari, kakak kena attend course. Tapi itu, kita malas mahu story di sini sebab itu cerita kakak. Adik ngak bisa story. Hihihi. Course tuh buat kat PD, Port Dickson. So, harus lah satu family diangkut sama. Semasa kakak sibuk berjuang dengan course dia, kita nih berjuang jugak. Berjuang dalam air pantai dan shopping complex. Yuhuuu. Actually, ini adalah first time kita pergi ke PD. Walaupun PD tuh dekat dengan Johor, langsung tak pernah jejak kaki lagi. So, macam rusa masuk kampung lah. Family kiteorng nih memang suka buat kerja last minute. Serius. Kalau kata nak pergi somewhere tuh, memang tak ada plan betul-betul pun. Dia macam suka buat kerja, sambil jantung korang berdegup pantas, pembuluh darah mengembang, darah naik ke otak dengan laju, nafas tercungap-cungap. Akhirnya, ketiduran~ So, dah tahu nak pergi PD masa cuti sekolah, hari Sabtu Ahad pulak tuh, langsung tak booking hotel awal-awal pun. Bajet ada khemah agaknya.


Perjalanan okey sebab GPS memberi kerjasama yang maha baik. Hantar kakak ker Pasir Panjang and kami terus ke area pantai PD. Carik hotel dulu. Ya Allah, daripada budjet hotel, sampai lah ke hotel bulan dan bintang, semua full booked. Tak pun tinggal bilik yang ya ampun, mahal macam nak tertonggeng. Walhal nak check-in semalam jek. Lagipun, siapa yang pergi bercuti dengan duduk dalam bilik sepanjang hari kan??? Lainlah pergi honeymoon. Itu lain cerita nya. Tentunya bilik hotel tuh just untuk kita berehat, membersihkan diri dan bersolat sahaja. Masa banyak dihabiskan di luar, meronda-ronda kawasan. Nama pun bercuti, mesti nak terjah semua tempat. So, macam membazir sangat kalau bayar sampai RM300-400 untuk sebuah bilik yang kita duduk sekejap. Walaupun kaya-raya ibarat duit tak putus seperti air sungai, tapi still kena beringat. Beli pakaian dan makanan lebih untung daripada membayar duit hotel itu. (ayat orang miskin, miahahahha)



Hotel yang menjadi pilihan. Cukuplah daripada merempat tepi jalan. Hotel nih cantik tau hiasan dalam dia. Serius. 

Carik punya carik akhirnya kami terjatuh hati dengan e-Hotel kat bulatan PD tuh. Bolehlah. Bilik untuk family, RM 200. Berbanding yang lain, ini okey sikit lah. Keselamatan. Kebersihan. Cukuplah untuk budjet travel macam kami nih. Nak duduk Lexis, lama lagi lah. Hahahaha. Tempat makan pun senang sebab kawasan peranginan mana susah nak carik tempat makan kan. Harga, so far mak ayah kata bolehlah. Mahal lagi milo ais kat Johor. What ??? Aigoo. =(


Apesal mama lagi cantik daripada saya??? Tak adil!!! Mama saya dah 50 lebih, and yes, sudah bersuami. Sorry, you are late! Miahahahahaha.
Owh, sebenarnya gambar nih nak tunjukkan ini adalah kedai makan. Sebelah kanan hotel. So, jalan kaki tak sempat berpeluh pun.

Pergi PD patutnya kena cuba semua watersports dia. Tapi sebab seperate dengan kakak, mama asyik ulang, tak baik, tak baik, tak baik. Tak baik kalau kami bersuka ria tapi kakak sibuk berjuang. Oh, my!!! So, kami cuma round-round pantai, tengok orang lain naik banana boat, main jet ski, mandi manda sikit, dan SHOPPING. Shopping barang murah jek. Tapi, apa kesah??? Yang penting, berhelai-helai dapat. 
* kakak cakap saya sangat gelap selepas berjemur di pantai =( *


Subhanallah. Tak perlu describe pape dah.
Anda sendiri tentukan nak cakap apa.
Auwwwm. Mama.
Apesal ayah macam pondan dalam gambar nih? Matilah macam nih. =D
Maafkan saya ayah. =D
But kan. Sebelum sampai PD, saya ingat PD nih besar dan at least macam kat Lumut. Rupanya PD nih bandar comel. Tapi, so far, best dan terbaik lah. Pantai dia bersih. Sangat bersih lah saya rasa. Inshaa Allah, lepas nih nak ajak family lain datang sini. Baru meriah!!! Tapi, make sure sebelum datang kenalah booking dulu hotelnya. Jangan macam kami nih. Merata carik bilik yang sesuai. Mujur tak tidur kat masjid!


Camera hp jek yang mampu. So, boleh lah layan perasaan masing-masing. Hahahaha.

Nak muntah tengok? Dah tengok dah pun kan. Hahahaha. Chill chill. Gambar jer pun. 
Amirah.

Till then, wassalam!

2 comments:

mySara said...

huda,

pegi pantai teluk kemang k? haaa, jgn terperanjat la kalo dtg PD.. weekend mmg segala hotel penuh. yg plig murhhh n plg mahal. nk dtg mmg kne book awl2..

btw, kakak huda ad ap kat pasir panjang? my kan praktikum kat SMK PASIR PANJANG, PD tuu.. haha.

Unknown said...

itulah. ingat2 lupa my praktikal kat situ arituh.


adalah keje sikit kakak tuh. hihihi.