Monday 3 February 2014

Friend : Nurul Jannah (Highschool 2002-2006) Nor Asni (Highschool 2007-2008, University 2009-2013)

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Sebelum mula cerita, cuba nak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, tak nak campuran. Hekhekhek. Bukan apa, sejak-sejak mengajar nih, memang peritlah kan sebab kadang-kadang kita terbiasa bahasa pasar, bahasa Inggeris yang hampeh tuh (maksud saya, cara saya bercakap lah).

Mingu lepas, lepas dan lepas, hahaha, sampai tarikh pun lupa. Apalah masalah orang mudah lupa ni kan. Banyak makan semut ke kurang ibadah? Kena selalu muhasabah diri kalau tidak cepat lupa diri nanti kan. =) Apapun, kita dalam proses baiki diri kita, pelan-pelanlah kita usaha. Kalau nak terus melonjak ke bulan bintang memang tak lah kan. Jadi, minggu lepas, buat perjumpaan dengan kawan-kawan baik. Sebenarnya, rancangan awalnya hari tuh akan jumpa Puan Ku Sunira, bekas guru saya di Sek Men Keb Tun Habab, yelah, memandangkan saya kini sedang menjadi guru ganti di Sek Men Keb Bandar, cadangnya saya nak belajar macam-macamlah dengan beliau. Tak ada apa yang rugi sebenarnya walaupun sekarang nih saya cuma guru ganti sebab memang saya bakal guru kan? Tapi hari tu nak buat macam mana, rancangan asal tak menjadi sebab Puan Ku terpaksa ke Kulai untuk baiki kereta dia, jadi, saya terus buat keputusan ajak kawan-kawan saya jumpa. Yelah, senang, sekaligus. Hihihi. Malas nak bertangguh sebab tangguh-tangguh nanti mesti tak jumpa langsung. Selalu macam tu kan? Dah faham sangat.

Mula-mula kami makan-makan kat McD. Adeh, adeh, dulu siapa beriya boikot McD nih? Ciss, sekarang makan kat McD tak menahan ye Nurul. Hahahaha, oh ya, lama menyepi lupa nak cakap, seronok rasanya bila mula mengajar orang tak lagi panggil Huda tapi Nurul. Seronoklah rasanya. Teringat cikgu-cikgu Tun Habab dulu macam cikgu Tang yang suka panggil 'Nurul'. Nampak lembut sikitkan, mudah-mudahan, kuranglah sifat kasar kasar dalam diri biar lemah lembut macam wanita~ Makanlah kami sambil borak-borak. Kami tuh, saya,Asni dengan Jannah. Saya nih semua orang kenal, kecoh, riuh, tak ada masalah pun nak bergembira dengan orang yang baru dikenali pun. Hmm, beza ada beza jenis peramah dengan kaki sosial ya. Harap tak disalah mengertikan. Walaupun Jannah dengan Asni tak berapa kenal, kenal-kenal camtuh je, saya tahu setiap orang boleh berkomunikasi dengan baik dan bijak.

Seronok sebenarnya bila kita boleh berkawan dengan kawan kepada kawan. Secara tak sengaja, nanti mesti kita jadi rapat walaupun pada dasarnya kita baru kenalkan. Tak gitu Fadz dan Izzati? Sebenarnya, kita, diri kita, hati kita yang menentukan negativiti dalam diri kita. Kadang-kadang orang lain tak pun, tapi kita, biasalah orang Melayu, kita memang juara bab meletak negativiti. Bila mula dewasa ececeh, rasanya saya lebih matang dengan semua ni. Semua ni karutlah kalau asyik nak letak buruk saja. Cubalah sekali sekala kita fikir yang positif, positif tentang orang lain terhadap kita, betul tak? 

Jumpa Jannah nih sebab dia banyak jugak tolong saya, lagipun dia kawan saya kan? Kenalah belanja dia sikit, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, macam tuhlah kita jadi manusia. Lagipun Jannah nak praktikal kat Kemboja, tak tahu bila dia flight sebab dia pasceroh bilang tak tahu. Hmm. Tak apa, asalkan kita dah jumpa, dah minta maaf dah salam peluk cium, legakan? Kita, tak pernah tahu bila kita nak pergi, ye tak? Sekaligus kita jumpa Asni, sebab dia nak minta tolong tengokkan RPH RPT PBS dan biasalah sesi meluahkan perasaan pasti ada. Nak jadi baik pada Tuhan kita, mesti jadi baik pada hamba DIA dahulu. Itu pegangan saya. Maka, perbaharui syahadah dengan abaikan semua yang lalu, kali nih buka kitab baru. Buku amalan dan dosa pun berganti tahunkan? Mengapa tidak peribadi kita? 

Lepas solat Zuhur, kami segan nak masuk McD balik. Hihiks, melampau sangatkan. Jadi, kami gerak ke Old Town White Coffee. Sebenarnya, jangan tak tahu. Walaupun poket kering tapi hati kental masuk kat tempat-tempat camnih. Pasal apa, pasal WIFI semata. Biar tak ada pak we, jangan tak ada WIFI. Kekdahnya begitu. Ahahaha. Maklumlah, masih dikira pelajar lagi nih, masih lagi cari WIFI percuma ekeke. Lainlah orang yang mampukan nak bayar duit line bulanan. Ciss~ Daripada McD sampailah ke Old Town, tak sudah kami berbual, tapi tangan pun laju jer siapkan  kerja sekolah. Ya Allah, macam nak tertanggal bulu roma rasanya menulis tak sudah-sudah nih. Itulah, orang luar nampak kerja guru nih terlalu mudah, goyang kaki, bulan-bulan gaji masuk. Walhal, saya rasa inilah kerja terpaling susah sekali. Mau tak susah, orang lain dah nyenyak tidur, saya masih lagi fikirkan anak murid. 

Kalau dulu saya jahil, jahat, nakal, saya tak mahu anak murid saya ulangi hal yang sama. Layak atau tidak saya sebagai guru, Allah yang menentukan segalanya. Tugas dan tanggungjawab sedia ada nih, saya akan galas seamanah mungkin. In shaa Allah. Biar anak murid saya jadi lebih baik daripada saya. Mudah-mudahan. Amiin. Apapun, saya gembira sangat-sangat dengan pertemuan nih. Gembira sangat.

Untuk Jannah, gapailah impianmu setinggi yang boleh. Biar lepas langit ke tujuh. Maaf saya bukan kawan yang sempurna yang terbaik buat kamu. Semoga berjaya dalam hidup, baik di dunia mahupun akhirat sana. Jaga diri, jaga agama, jaga nama baik keluarga. Sayang awak selalu. Untuk Asni, kita tentukan pilihan kita sama ada tepat atau tidak. Bukan itu sahaja, malahan kita juga memastikan sama ada pilihan itu berterusan atau tidak. Kadang-kadang pilihan sudah tepat, hanya kita yang terlalu percayakan orang lain lebih baik hingga kita lupa kita sebenarnya sebaik orang lain. Jangan berhenti mencari destinasi untuk berhenti. Kuatkan semangat ok?

Till then, xoxo

Kesayangan. Terima kasih Allah atas pertemuan penuh perbezaan ini. Semoga perbezaan melengkapkan kita untuk lebih baik. Wallahu'alam.

1 comment:

Mata Pena Fadz said...

Kau dan aku...Sahabat untuk selamanya....lalalala :)