Tuesday 4 February 2014

Permata yang dicari : Mungkinkah mampu mencapainya?

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


-PERMATA YANG DICARI-

HADIRNYA TANPA KUSEDARI,
MENGGAMIT KASIH CINTA BERSEMI,
HADIR CINTA INSAN PADAKU INI,
ANUGERAH KURNIAAN ILAHI,
LEMBUT TUTUR BICARANYA,
MENARIK HATIKU UNTUK MENDEKATINYA,
KESOPANANNYA MEMIKAT DI HATI,
MENDAMAIKAN JIWAKU YANG RESAH INI

YA ALLAH,
JIKA DIA BENAR UNTUKKU,
DEKATKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU,
JIKA DIA BUKAN MILIKKU,
DAMAIKANLAH HATIKU,
DENGAN KETENTUANMU,

DIALAH PERMATA YANG DICARI,
SELAMA INI BARU KUTEMUI,
TAPI KU TAK PASTI RENCANA ILAHI,
APAKAH DIA KAN KUMILIKI.

TIDAK SEKALI DINODAI NAFSU,
AKAN KUBATASI DENGAN SYARIATMU,
JIKA DIRINYA BUKAN UNTUKKU,
REDHA HATIKU DENGAN KETENTUANMU,

YA ALLAH,
ENGKAULAH TEMPAT KUBERGANTUNG HARAPANKU,
KU HARAP DIRIKU SENTIASA DI BAWAH RAHMATMU.


ADAKALANYA KITA PERLU SEDAR BAHAWA ADA INSAN HANYA DICIPTAKAN HANYA UNTUK BERADA DALAM HATI KITA BUKAN DALAM HIDUP KITA. 


Terima kasih sebab kalian pernah wujud dalam hidup ini. Terima kasih tak terhingga kerana kalian pernah mengukirkan senyuman di wajah ini. Terima kasih tak terucap kerana kalian juga pernah menjadi sebab kekecewaan ini. Kini, segalanya sudah berlalu.

Saya bukan manusia sempurna. Seorang pendosa. Tidak ada apa-apa kelebihan. Maafkan saya kerana kewujudan saya menyakitkan hati kalian. Maaf, bukan niat saya begitu. Kerana pengalaman lalu, terlalu mendewasakan saya. Saya tidak mahu terjatuh dan terus terjatuh, kerana terakhir kali terjatuh, rasanya sudah terlalu dalam luka sakitnya. Saya tidak mahu terus merasa sakitnya. Maafkan saya. Walaupun janji manis sedap didengar, maaf kerana saya sudah tidak berupaya menerima janji. Maaf juga kerana kamu telah tersilap menilai dan terlalu mudah membuat andaian. Saya bukanlah mencari pensyarah untuk disuamikan, bukan mencari pemilik Honda untuk menjadi teman hidup. Tidak. Namun, teman hidup nanti biarlah setara dengan saya dan selamanya hingga ke syurgaNya. Usahlah melobi diri pada saya, carilah wanita lain yang sesuai buat kalian. Pasti ada. Di sini, sesungguhnya, berat untuk menerima sesiapa. Hati ini, sudah diisi. Tidak ada ruang untuk saya isikan lagi. Maaf. :(

Saya berpegang pada prinsip saya kini, saya tidak mahu menodainya. Terima kasih buat 'teman' yang sentiasa mengingatkan saya tentang ibadah saya. Hal sekecil diam ketika azan pun saya terlalu seronok ditegur. Maaf jika berlebih rasa terhadap yang satu ini. Mudah-mudahan tidak melebihi kecintaan saya pada Allah swt. Ya 'teman', saya tidak akan couple. Tidak sama sekali. Melainkan menunggu siapakah lelaki yang sedang mempersiapkan dirinya menjadi zauj buat saya. Terima kasih 'teman' kerana berada di sisi saya selama ini. Membantu dan meringankan perjalanan yang amat berat dan sukar ini. Terima kasih kerana sentiasa menitipkan salam tahajud buat saya. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana, doa saya untuk dipertemukan dengan orang baik dimakbulkan (bukan maksud saya selama ini teman-teman saya tidak cukup baik). Antara jutaan manusia, Allah swt pertemukan kita untuk suatu hikmah yang sangat tinggi nilaiannya. Perlorongkan saya dan kamu ke syurganya. Sesungguhnya, berteman kerana Allah swt terlalu manis untuk dicemari. Semoga 'teman' akan sentiasa mengingatkan saya solat wajib saya, solat sunat saya, bacaan al-Quran saya malahan tingkah laku saya. Terima kasih 'teman'.

Semoga kita, setiap hari mempersiapkan diri untuk kembali kepadaNya. Semoga kita setiap hari belajar memaafkan orang lain dan tidak segan memohon maaf. Maafkan segala khilaf saya buat teman-teman. Semoga kita terhindar daripada bisikan syaitan. Wallahu'alam. 

1 comment:

Mata Pena Fadz said...

Setiap yg berlaku pasti akn kembali ke azalinye...jwpnnye tetap Allah... :') truskn tetap tersenyum dan redha...