Assalamualaikum wbt dan salam hormat untuk semua yang meringankan jari menekan blog picisan ini malahan sanggup membuka mata membaca dan melihat apa sahaja blogger picisan ini menulis..Saya insan biasa..Menulis apa sahaja yang berlingkar dalam kehidupan saya...Tidak berniat mengguris siapa jua..Hanya meluahkan apa yang saya rasa...Sebarang kata yang mengguris hari, mohon dimaafi...Sekian, saya mengundur diri...Hehehehe...
Apa yang saya suka, mungkin kalian tidak suka dan begitu juga dengan apa yang kalian suka, berkemungkinan besar saya tidak menerimanya...Bersamalah kita belajar menerima kelebihan dan kekurangan insan lain sebagai suatu fitrah hati...Jangan rosakkan hati kita dengan kebencian...
Sentiasalah menerima teguran dengan redha..Pahit dan malu menerima teguran kesalahan diri kita, tetapi ingatlah, merendah diri dan menerima teguran itu akan menjadikan kita lebih baik dan anggun...Elakkan mencari kesilapan orang lain, tapi carilah kesilapan diri sendiri...Tatkala hati cuba beremosi, kembali muhasabah diri..Cukup sempurnakah kita untuk menilai orang lain? Hanya Allah swt yang mampu menilai kita...Berbaik sangka terhadap sahabat sekeliling, mudah-mudahan bersama kita melangkah ke syurganya..Insya-Allah...
Saya suka bergambar, mungkin anda tidak..Tapi, kita masih boleh berkawan...Betul tak?
Anda rasa saya bajet cun sebab suka letak gambar kat blog? Saya tak kisah.. Minat setiap orang berbeza... Teguran anda tetap saya terima...
Thanks buat adik yang selalu menjadi teman bergambar walaupun sudah bosan melayan diriku..Hik,hik...
Saya berterima kasih berada dalam lingkungan manusia yang bermacam ragam...Ada yang suka mengata, mengumpat, ada juga yang rasional dalam bekerja...Ada yang suka memuji, ada juga yang talam dua muka...Tak kurang juga yang suka mendengki, cemburu berapi-api...Setiap yang saya kenali, berbagai ragamnya, tapi, saya tahu, manusia sentiasa alpa..Terimalah kekhilafan mereka sebagai kekurangan diri ini jua...
Bersyukurlah jika ada yang mengkritik anda, kerana sesuangguhnya ada yang mengambil tahu kehidupan anda...Malangnya bagi mereka yang bersendirian tanpa teman memuji mahupun mencaci...
Sudah menjadi lumrah manusia, satu kejahatan/kesilapan yang kita lakukan, secara automatiknya akan menutup sejuta kebaikan yang kita lakukan...La Tahzan...Muhasah diri...Kembali kepadaNya...Jangan berputus asa...Eratkan kembali ukhwah kita...Lihat kembali diri, sayangi teman yang juga penentu jalan ke syurga...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment