Saturday 3 November 2012

KENANGAN SEMALAM...=)

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Assalamualaikum cikgu, sihat tak? Dah makan ke belum? Dah minum ke belum? Dah solat ke belum? Cikgu skrang ni macam mana? Rindu kitorang tak? Bila nak melawat kitorang? Kitorang rindu sgt sgt dkt cikgu.
-khalid & deniel-

Khalid dan Deniel. Khalid saya ajar dia. Kelas BB 1. Deniel, saya kenal dia masa sketsa. Tolong bahagian muzik. Then kami hangout sama sebab dia bawak bendera. Then kami jadi rapat. Dua-duanya humble. Cakap tak kasar. Bukan lelaki suka melucah. Personally, bagi saya, mereka berdua tahu menghormati orang lain. Nakal lelaki, biasalah. Tapi, nakal yang bukan kurang ajar. Malahan, ada satu peristiwa yang buat saya rasa Khalid adalah lelaki yang sangat baik. Peristiwa bersama Cikgu Azahir. Kikikiki. Anak didik BB 1 mesti akan ingat hal nih kan. Khalid sesuai jadi calon suami. Don't worry ah. Hihihihi. Cikgu recomended sangat nih. Deniel pendiam, tentu-tentulah boleh.

-Deniel- 
-Khalid-


Mungkin insan lain langsung tak berheran dengan semua nih. But, for me, memang touching habis boh. Dapat jek mesej nih, tetiba hidung guwe berair. Ciss! Saya nih memang sungguh tak macho ah. Sikit jek pun punya hal mesti hidung berair. Apasal kalau sedih hidung berair dulu sebelum mata erk? Ker, saya jek yang hidung berair? Hakhakahak. *Bukan pengotor!*


Saya percaya Allah swt dengan semua perancangannya. Saya tak mahu, tak mahu dan sangat tak mahu bila saya dapat dan kena praktikal kat Sekolah Menengah Vokasional Kuantan. Semahu-mahunya, seboleh-bolehnya saya mahu praktikal di Johor. Di sekolah harian biasa. Alasan sebab, Sekolah Vokasional terlalu ramai lelaki, sekolah tuh terlalu jauh daripada rumah, tak biasa dengan Kuantan. Sampai ker saat akhir, saya tak mahu tak mahu tak mahu praktikal situ. Sampai nangis-nangis dalam bilik kolej dulu. Hakhakahak. *Asyik nangis, tampar kang!*


But then, sekarang dah habis praktikal sana. Kerinduan tahap gaban kat pelajar-pelajar. Saya bukanlah cikgu yang baik dan bagus pun. Ramai jugak yang menyampah, meluat dan nak pengsan heh tengok muka saya nih. Tapi, dalam sekumpulan yang menyampah dan membenci, terselit jugak seorang dua yang menghargai diri ini. Demi Allah swt yang menciptakan saya dengan perasaan, saya pun rindu kalian juga. Kalau Khalid dan Deniel datang Johor, singgah-singgahlah ke rumah saya. Orang Johor menanti-nanti kehadiran orang Kuantan.


Tapi, inilah kehidupan. Kita berkenalan, kita beramah mesra, kita saling bantu-membantu, melengkapi antara kita. Namun, masa bersama itu bukan untuk selamanya. Tapi, kalian kena lah ingat. Walaupun kita jauh di mata, tapi, kita dekat dengan hati. Selagi kalian mengingati cikgu, selagi itu cikgu akan sentiasa ada. Bukan cikgu lupa kalian, bukan tak berkesudian datang melawat, tapi, perjalanan Kota Tinggi ke Kuantan tuh, makan masa 5jam jugak. Insha-Allah, ada kelapangan masa dan kewangan, cikgu sampai juga ke sana. Tapi, agak-agaknya, sampai bila lah ingatan korang masih lagi pada cikgu??? Sebulan berpisah, mungkin masih ingat nama dan muka. Tapi, 6 bulan berpisah, agak-agaknya masih kenal cikgu atau tidak? Entah-entah nama pun dah lenyap daripada ingatan. Tapi, cikgu berdoa sangat janganlah kita terpisah terus jasad dan hati. Kan3?


Erm..Kat sini jugak cikgu mintak maaf kalau ada mesej dan call yang cikgu tak jawab. Aduh, cikgu jugak ada pekerjaan yang harus dilaksanakan. Terkadang tuh, ada mesej yang tak mampu cikgu nak layan kalau non-stop. Hehehehe. Tak bolehlah gitu. Paling tidak, 2-3 mesej masih mampu lagi. Jadi, janganlah kalian salah anggap kata cikgu sombong dan nak putuskan hubungan. Bukan begitu. Cikgu perlua masa untuk diri sendiri juga kan. =)


Apa-apa pun, jom berjuang untuk SPM 2013. Cikgu akan graduate UPSI dan kalian jugak akan belajar buat kali terakhirnya di sekolah. Jadi, mari kita sama-sama berjuang untuk kejayaan masa hadapan kita. Chaiyok!!!


Wassalam

No comments: