Monday, 9 January 2012

::: Kawan, rezeki tue urusan Allah swt :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... 
Hari ini, DSAI dibebaskan daripada tuduhan meliwat..Status Facebook semua orang pun menceritakan hal yang sama...Secara peribadi, Huda hanya mampu mengatakan, Allah swt akan membantu golongan yang teraniya dan mereka tetap bersabar dan berdoa kepada-Nya...Lambat atau cepat sahajalah urusan itu...Untuk mengatakan DSAI tidak bersalah atau bersalah, bukan kerja dan urusan Huda...Sebab, Huda cuma kenal beliau melalui pembacaan dan bukan duduk bersebelahan rumah atau pernah makan semeja...Setiap orang juga berhak untuk mempunyai fikiran masing-masing mengenai beliau...Nasihat Huda, jangan kita melampau dalam berkata-kata dan mengutarakan sesuatu...Anda menghakimi seseorang yang anda sendiri tak tahu kebenarannya...Ramai yang berkata kesat apabila DSAI dilucutkan tuduhan liwat, namun, Huda tertanya-tanya, anda pernah melihat beliau meliwat orang? Atau sekadar mendengar tohmahan orang lain? Berhati-hatilah dalam mengutarakan sesuatu...Huda bimbang, kalian yang tidak berdosa pada awalnya, dituntut di akhirat kelak kerana apa yang kalian tuturkan pada hari ini... 
Huda juga bukan manusia yang sempurna, maka, Huda sendiri belajar untuk menjaga kata dan tingkah laku..Walaupun, seringkali tersasar...Perlu kita mengambil tahu urusan semasa, tapi bukan suka-suka meletakkan, ya, dia salah...Tak, dia yang betul...Kalau kita tidak tahu, kita tidak berada di tempat kejadian, baiklah jangan kita mencanang fitnah...Banyakkan berdoa, semoga kita jauh daripada sifat menghancurkan...Hancurkan orang lain dan hancurkan diri sendiri... 
Huda juga berharap, berhentilah mencarut, memaki hamun mahupun melemparkan hinaan kepada mana-mana mahasiswa/i yang terlibat dalam demo di Tanjung Malim...Kerana apa, Huda melihat, orang lain 'emo' lebih-lebih pulak...Keluarkan status kat Fb bukan-bukan sampai macam hilang 'kemaluan' dalam diri...Terutamanya wanita...Hello wanita, bila awak update status FB awak tue, pandanglah sekeliling...What people will thinking about you? Please...
Actually, Huda bukan nak membebel tentang hal nih...Huda nak meluahkan mengenai sikap..Ya, sikap...Sebagai manusia, percayalah, Allah swt tak pernah alpa untuk setiap daripada kita...Biar berbilion manusia di dunia ni, Allah swt dapat melihat satu persatu daripada kita...Siapa yang berusaha, siapa yang hanya duduk di rumah menunggu rezeki disupa ke mulut...So, please, jangan rasa hasad dengki dan cemburu dengan kejayaan yang dikecapi oleh rakan kita...Berhentilah berperasaan hasad dengki dengan kejayaannya...Allah swt memberi kita nikmat tubuh badan dan akal yang sempurna (sungguhpun cacat, ada kelebihan the other part), so, usahalah jika kita mahu setanding orang yang kita cemburui itu..Jangan hanya, duduk di bilik, tapi mulut mengata sampai berbuih-buih... 
Huda harap, janganlah ada kawan Huda yang bersikap macam nih...Sedih tau...Huda seronok tengok kalian berjaya, sebab Huda nampak kalian berusaha (bukan semua Huda boleh nampak, tapi some people lah)..Huda bersyukur apabila kejayaan kalian setimpal dengan usaha kalian..Tidak terdetik di hati nak cemburu ke, fitnah ke, mengata ke atau paling ketara, nak sorok ilmu daripada kalian..(Alasan takut orang tue makin berlebih kejayaannya, What the ???/) Huda tak faham, some people, suka ada sikap nih...Bila kawan cemerlang, cepat-cepat disoroknya ilmu daripada orang tue..Mentaliti kelas Z...Terima kasih kawan...Apa pun, Huda berharap, jangan ada dalam kalangan kita sikapnya begitu...Cemburu boleh, tapi jangan diselitkan dengan hasad dengki, selitkan dengan doa agar kita setanding dia...

P/s : Pelajar UPSI akan menerima baucar buku 1 Malaysia pada 10 januari 2012..Untuk pelajar KUO, boleh dapatkan di DEWAN KOLEJ UNGKU OMAR, bermula jam 10 pagi hingga jam 5petang...Bawa sekali bersama anda, KAD MATRIK anda (jangan bawak kawan punya). Setiap orang kena ambil sendiri, jangan ambil untuk kawan...Pastikan dapat baucar yang betul..Kot-kot dapat baucar KFC lak nanti...=)

No comments: