Thursday, 12 January 2012

::: Sehelai selepas solat memadai jika terlalu sibuk :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...










Hadis mengenai Al-Quran dari Ibnu Mas'ud daripada Rasulullah saw :
   Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran), maka baginya satu kebajikan dan setiap    kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Aliif Laam Miim satu huruf, tetapi, Aliif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.


*terlalu banyak lagi hadis mengenai ganjaran membaca Al-Quran, tapi Huda ambil yang paling mudah untuk beritahu kalian, bahawa satu huruf sudah pun besar ganjarannya.




Kelebihan membaca Al-Quran :
   Daripada Rasulullah saw :
      Barangsiapa membaca Al-Quran, dan mereka beramal dengan kandungannya, nescaya ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat dan sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Bayangkan pula untuk diri orang yang mengamalkannya.


*banyak lagi kelebihannya..tapi Huda tertarik dengan yang ini sebab, amalan yang lakuka
Berapa ramai yang ambil peduli hal nih? Berapa ramai yang membaca Al-Quran setiap hari? Kalau solat, sudah tentu kita ada membaca surah-surah dalam Al-Quran...Tapi...Masalahnya, majoriti termasuk saya sendiri, lazimnya hanya membaca surah pendek..Ayat-ayat lazim...4 Kul..Paling havoc pun baca 10 ayat pertama dalam Al-Baqarah..


Kadang-kadang, kita bukanlah sibuk mana pun...Boleh berblog, berSMS, baca majalah hiburan, melepak sana sini, tapi, untuk duduk membaca sepotong ayat Al-Quran pun asyik alasan tak da masa...Kalau Al-Quran pun payah, terjemahan apatah lagi kan...Jom, mulai hari nih, kita ringan-ringankan tangan, ambil Al-Quran dan baca...Kita, manusia, serupa...Perlu sentiasa diingatkan...Sesama Muslim, saling tegur-menegur, nasihat-menasihati perlu...Huda juga sedang berusaha untuk tidak meninggalkan amalan yang dituntut ini..




Jangan tunggu Al-Quran dimakan semut yer...

No comments: