Monday, 9 January 2012

::: PART 1 : MELAKA sewaktu study week :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...Untuk pengetahuan semua, saya Huda..Saya berasal daripada Kota Tinggi, Johor...Saya belajar di Perak dan menetap sementara di Selangor...HAHAHAHA...Mama dan ayah saya sangat suka bawa kami berjalan-jalan...Dan destinasinya tak habis-habis ke Melaka Bandaraya Bersejarah...Orang Melaka boleh tepuk tangan kuat-kuat sebab saya tak henti-henti ke Melaka...=)

Bezanya kali nih dengan kali itu (cuba mengelirukan musuh) adalah saya telah pergi ke bandar Melaka dengan keluarga yang lengkap berbanding itu hari pergi membawa rakan-rakan adik sebagai hadiah beliau mendapat kedudukan paling corot dalam kelas...HAHAHA...Tapi, saya sangat gembira dengan percutian kali ini kerana kami berkesempatan menginap di The Grand Continental Hotel...Simple, murah, selesa dan pastinya ada tukang buka pintu (tak faham apa pentingnya)..Sebenarnya saya nak tulis panjang lagi...Tapi, ramai yang kata, saya menulis blog ibarat ,menulis karangan STPM dulu...Jadi, saya macam malu, macam sedih sebab kalian bosan membacanya...Tapi, tabiat susah diubah...Mujur saya dengar cakap...Jadi, saya potonglah cerita saya dan terus kepada deretan gambar...Psssstttt...kat bawah gambar ada caption tau...Sambung cerita kat situ...HEHEHHEHHE

Sebelum kalian melayan feeling pada gambar yang tak seberapa nih, saya meminta maaf kerana kualiti gambar hanya biasa-biasa sahaja, kerana saya tak pandai edit dan hanya menggunakan C7 untuk mengambil gambar...Terima kasih kerana masih sudi membaca...


Mujur dalam kereta ada CD..Boleh hilangkan bosan dan lapar seketika...21 hari mencari cinta...Bolehlah....

Dah sampai!!!! Ruang lobi hotel...Sibuk sebab musim cuti sekolahkan..


Bilik deluxe...RM250+RM50(dep)


Mama dan ayah..Having them make my life was full of love...


The sisters...Kak Long and Amie...


Pemandangan daripada bilik hotel...


Melaka River Cruise..HAHAHA
Here..We go...Love much-much...HAHAHA
Nih baru sebahagian peserta cruise..Macam hape dah tengok..Balik negeri ker???
Harga...Tak berapa nak best sangatlah..Tapi, consider jugaklah...Upah bercakap dan minyak yang MAHAL sekarang nih...


Tomyam campur with telur dadar..
Kami ke Melaka kali nih pun sebab Kak Long Huda teringin sangat nak naik Melaka River Cruise...Sebab.....Beliau ingat Melaka River Cruise itu sama macam Cruise kat Danga Bay...Hekhekhek...Sekali...Hukkhukhuk..Meleleh air mata beliau...Tapi, so far, ok lah...Enjoy jugak...Beratur 1jam lebih tunggu turn nak naik cruise...Sejuk melampau-lampau..Dan...Air terpercik membasahi penumpang cruise...Yang tak bestnya, ada satu family yang terjerit-jerit...Yang tak bestnya tue, yang menjerit tergedik-gedik tue yang mak-maknya (bajet macam Dato Siti dgn skarf dia)..Yang bapak-bapak senyap jek sambil membanggakan diri tengok bini-bininya menggedik..

Memandangkan dari Shah Alam lagi kami belum makan, so, kami macam terlalu lapar, mood tak berapa best nak berjalan...Habis cruise cepat-cepat cari kedai makan...Mujurlah ada kedai jual masakan yang diingini..Walaupun tak ada sayur-sayuran..Sedih!...Eh, kalian tau tak mana-mana tempat makan best kat Melaka? Suggestlah kat kita...Sebab...Nanti nak pergi lagi...=) Nak yang murah tau sebab student lagi...=)

Yeah...Ada pun muka tuan punya blog...HIKHIKHIK....

Ok..Sekian sahaja 3hari 2malam daripada saya...Hehehe

No comments: