Tuesday, 17 January 2012

::: Mana kesedaran kita? Tolong ambil setengah jam masa anda untuk baca sampai habis, saya merayu :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Tuan-tuan dan puan-puan, bumi Johor telah Huda takluki...Hehehe...Sebenarnya malam semalam sampai, tapi mustahillah nak terus online kan...Macam rakus tak ingat dunia pulak..Hari nih Huda bangun lambat...Pukul 10.30 pagi baru bangun...Hambek ko! Yelah, bendera merah, tak fikir apa dah...Tidur senyenyak-nyenyaknya...Lain rasanya tidur kat rumah sendiri dengan tempat orangkan...Sangat puas hati walaupun hanya tidur di atas sofa usang...=)

Topik hari ini bukanlah mengenai bangun lambat atau bendera merah penyebab bangun lambat...Tapi, hari ini adalah mengenai KESEDARAN MANUSIA zaman global ini..Sepanjang perjalanan balik dari Tanjung Malim ke Johor, Huda jumpa bangkai haiwan di jalan raya lebih daripada 20 bangkai...Mati...Kena langgar...DAN, paling hebat, di highway yang super class pun banyak bangkai monyet yang mati...Kenapa? Sebab, siapa yang suruh monyet tue melintas jalankan...Dah tahu kereta nak lalu...Lagipun, takkan kereta nak elak monyet yang tak berkepentingan tue kan...Nanti, kerana nak elak monyet, kita pulak yang kena langgar dengan kenderaan lain..HAMPEH! HAMPEH PUNYA JAWAPAN!!!

Huda tak suka sangat dengan Malaysia sebab benda nih lah...Patut salahkan siapa? Salahkan haiwan? Salahkan pemandu? Salahkan pihak bertanggungjawab? (siapa yang Huda maksudkan pihak bertanggungjawab? JAWAB SENDIRI ). Tadi pun, masa Huda on the way ambil adik balik sekolah, Huda nampak, sangat banyak bangkai haiwan...Ada jugak 2 orang bro nih, plat JGM ****, wira capuk-capuk, dah nampak ada banyak monyet tepi jalan, ibu monyet dukung anaknya, mamat mangkuk hayun nih still nak memotong Huda ikut kiri...IKUT KIRI ok...Nak potong ikut kanan dia takut sebab jalan tak cantik sangat...Memang Huda tak bagi...Sebab, Huda mengenangkan kalau dia potong ikut kiri, sure dia akan terlanggar sekumpulan monyet tersebut...Monyet mestilah terkejut dan bertempiaran lari dan mungkin terberlari ke araj jalan raya...Huda tak sanggup bayangkan sebab pernah dulu, ada kereta langgar anak monyet yang sedang melintas jalan, then ibu monyet patah balik nak selamatkan anak dia dan dia turut dilanggar sekali..Depan mata Huda...

Wahai pemandu-pemandu Malaysia, kita manusia...Kita diberi akal fikiran...Kita diberi peluang untuk lebih baik daripada mereka...Manusia tak sama dengan haiwan...So, please...Gunakan akal kita untuk bertindak lebih CEMERLANG daripada haiwan...Guna hati kita untuk wujudkan rasa PRIHATIN....Saya tak tahu situasi di negeri lain di Malaysia...Tapi di JOHOR, lebih spesifik, di sepanjang jalan Tanjung Sedili ke Kota Tinggi, sehari, akan ada lebih 10 bangkai haiwan yang mati...Biawak, anjing, monyet dan kucing...Terlalu banyak...Memang hal ni bukan berada dalam kawalan kita...Kita sedang memandu, tiba-tiba monyet/kucing/anjing melintas...Kita nak elak pun tak sempat...Tapi, Huda percaya...Sekali sahaja anda melalui kawasan itu, anda sudah menyedari bahawa kawasan tersebut adalah kawasan banyak haiwan..Paling nyata monyet...Kita dah boleh agak kawasan tue tempat tinggal dia...So, bila kita lalu jerk situ, why not kita slow kan kenderaan kita...Paling sakit hati tue, kalau dah ada seekor yang melintas, tentu ada yang lain ikut..Kenapa kita nak tekan minyak jugak??? Ada ke melanggar haiwan itu satu KEPUASAN? Satu KEBANGGAAN??

Hari ini jugak Huda tertinggal kunci rumah...So, Huda dan adik lepak kat satu kawasan nih...Huda terkejut sangat...5 bulan lebih tinggalkan Johor, tiba-tiba pergi tempat tue, kawasan hutan seciput dah ranap di tebang!!! Seingat Huda kawasan tue banyak monyet...Macam mana dengan monyet kat situ?? Pokok-pokok masih ada tapi jumlahnya sedikit...Dan, kawasan rehat yang dibina di situ telah menyebabkan kawasan tue jadi penuh dengan SAMPAH...Bila Huda stay jerk, Huda nampak monyet-monyet terlalu kurus..Yelah, bila pokok diranapkan, cuaca semakin panas..Cuba anda duduk kat bawah panas selama 1 jam, apa jadik?? Haiwan pun tak tahan...Monyet bukan duduk satu jam tapi berjam-jam...Dah lah panas, air kotor, makanan tak ada...Kawasan pulak kawasan bandar...Kalau monyet-monyet yang hilang tempat tinggal nih merayap ke kedai-kedai, mesti kena pukul, kena tembak, kena simbah air panas dan asid mungkin...So, mana kesedaran kita?? 

Nak buat pembangunan ke, nak buat banyak-banyak kawasan rehat pun, cubalah buat sesuatu yang betul-betul sempurna...Means, pembangunan yang kita buat tidak mengganggu ekologi alam...Tengok sekarang...Nampak macam Malaysia membangun..Menuju kemajuan...Tapi apa jadi dengan hidupan lain...Hanya manusia sahaja ke yang nak hidup?? Please PIHAK BERTANGGUNGJAWAB, pelaksanaan anda harus mengambil kira semua aspek..Jangan kita ketepikan tanggungjawab kita...Sebut mengenai tanggungjawab, semua daripada kita bertanggungjawab...Sebab??? Fikirkan...

Serpihan pokok yang tinggal...

Habitat musnah...
Longgokan sampah...

Air yang menjadi minuman monyet..
Monyet yang riang bersama sedikit rezeki...

Bukan masalah ini sahaja...Banyaknya kucing jalanan yang Huda tengok...Bukan salah kita pun...Dah haiwan tu kahwin, mestilah beranak-pinak...Lagipun, aku tak suka kucing, so?? HAMPEHNYA! Apapun, fikirlah...Memang hal ini luar daripada kawalan kita...Tapi, bila kita makan, datang kucing/anjing terbiar, tak salah kita beri sedikit daripada makanan kita...Huda ada seorang kawan...Anak yatim piatu...Sepanjang pengajiannya di UPSI, beliau selalu beri kucing makan...Walaupun hanya sisa makanan dia, tapi kesedaran dia untuk berikan pada kucing tue, Huda kagum...Mesti dia akan beri kucing makan...Anak yatim ok...Belum pernah lagi dia mengemis minta sedekah dengan hanya memberi sedikit rezekinya pada haiwan..Kita? Berapa ramai yang akan hulur makanan pada stray cats/dogs? Kita tak mampun nak selamatkan seluruhnya, tapi kita mampu untuk menolong sekadar yang mampu...Jangan pukul, jangan tendang itu dah cukup baik...Pernah berlaku depan Huda..Couple...Tengah makan...Kucing datang mintak kat mereka...Si perempuan tue tendang kucing tue...Kalau Huda jadi lelaki tue(pasangan), Huda blah tinggalkan perempuan tue...Mana letaknya sikap penyayang perempuan? Takut kucing? Penggeli? Macam lah awak tue pembersih sangat..Muka cantik, bilik air penuh rambut...Kan? Kan?

Apapun, marilah kita bersama-sama...Letakkan diri kita di tempat haiwan tersebut..Sanggup ker kita tengok insan kesayangan kita dilanggar lari? Kena tendang sebab nak mintak secebis makanan?? Bantulah mereka kerana kita diberi keupayaan yang sangat HEBAT berbanding mereka...Kemewahan kita hari ini kerana mereka..Tak percaya? Fikirkan...

A030
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

4 comments:

aWinMelloW said...

betul tu, kte ptt kesian dgn nasib2 haiwan2 terbiar...kalau tak nak bela nasib haiwan2 tu pn jgn la musnahkan habitat dorg kn, ish3...kesian haiwan yg terbiar tu especially kucing, comel sgt !

p/s: enjoy reading ur blog ;)

Huda said...

terima kasih awin

Mata Pena Fadz said...

manusia da jauh dr alam....

Mata Pena Fadz said...

manusia da jauh dr alam....