Tuesday 31 January 2012

Pulau Pangkor-Lumut. Part 1. Check harga+Jeti Marina Island+Bazaar Lumut+Teluk Batik+Marina Cove+Teluk Muruh

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...


Masa CNY lepas, Huda dan family bercuti kat kawasan Lumut..Pergi ke Pulau Pangkor lepas tue...Percutian nih bukanlah dirancang dengan teliti ataupun sudah booking hotel awal-awal...Tapi, plan main-main dan bila tiba masa, bawak kain baju dan terus pergi...Hebat bukan? Kakak Huda yang teringin sangat nak berjalan, yelah, orang dah kerja, duit banyak...Banyaklah, sebab dia seorang yang sangat kedekut dan berjimat-cermat...Serius...*isi minyak kereta pun fikir 10x,huihuihui*



Kami stay kat motel...Motel D'Batik, Teluk Batik...Bolehlah best...Mula-mula tue nak stay kat Marina Cove..Tapi, Marina Cove tak ada buat watersports untuk family, hanya untuk grouping...Pekerja dia suruh stay kat Teluk Batik, ada kawasan untuk watesports dan pantai...Motel nih harganya RM 220...Sebenarnya tak ler murah...Tapi, berbaloi...Kalau Marina Cove, untuk bilik 4orang, boleh dapat RM 288...Ok, motel nih cuma ada 4 single beds yang dijadikan double beds..Yang bestnya bilik air yang sangat bersih..Itu yang penting,huihuihui...Biliknya besar tahap nak duduk 10 orang...Serius...Opss, kami ambil pakej Lily..Lily 02...Ada TV jek, peti ais tak ada...Sedih! Tapi, nak ke pantai sangat lah dekat, sedekat berjalan kaki berpeluh ketiak...*motif lah sangat*



Lepas check in dan tidur 2 jam, baru kami berjalan-jalan...Lupa nak bagitau, motel nih, korang boleh check in ikut suka pukul berapa korang sampai tapi kena keluar jam12 tengahari besoknya tanpa kompromi..Means, kalau korang terhegeh-hegeh nak keluar, pekerja motel akan humban barang korang sesedap rasa...*tipu* Tapi, betullah, kena keluar tepat jam 12 tengahari...OK..Kami pergi pantai, plan nak main banana boat tak pun kayak...Lepas tue, mamat yang uruskan banana boat tue, boleh pulak tidur...Macam nak jek Huda ketuk-ketuk kepala dia...Dahlah tak ada orang lain yang handle...Ada satu family Cina nih kejut-kejut dia pun, mamat nih boleh keraskan badan..Sah-sah malas! Give-up dengan mamat kaki tidur, kami pergi cari warung untuk makan...Serius kedai makan nih sangat berbaloi kalau rasa-rasa nak makan sampai meletup perut...Order air untuk 5orang, 2pinggan mee, 3bungkus tomyam campur, 2 bungkus kangkung goreng belacan, 5set telur dadar, semuanya RM44...Murah sangat! Lepas tue, makanan dia tak kedekut pun...Banyak woo dia letak perencah...Udang, sotong, ayam dan daging...Serius, puas hati! Psssttt, tuan kedai siap bagi kiteorang ubat kurap untuk kucing..=) Baikkan...Nanti korang pergi Teluk Muruh, makan kat kedai dia tau...



Sebab hati macam tak best nak melayan watersports Teluk Batik, so, ktorang pergi berjalan-jalan ke kawasan Marina Island dan kawasan jeti..Membeli-belah sedikit..Sebab mahal berganda kan...Baju yang biasanya harga RM45 jadi Rm59...Mahal ler tue...Singgah pasar malam tapi still mahal...Mungkin sebab kawasan pelancongan kot...Hari pertama tak apa istimewa ktorang buat melainkan survey kawasan dan harga...Macam Yb kan...=) Sesi berjalan berakhir dengan Huda, akak dan adik hanya beli selipar untuk kami bertiga dan cenderamata kenangan untuk rakan-rakan awesome kami..=) Mama masih tak dapat buat keputusan samaada patut @ tidak beli sotong kering...Atau mahu beli di P.Pangkor saja nanti...Ayah tak peduli apa-apa...Comel jek!



Then, balik berehat dan memikirkan untuk hari esok...Enjoy lah sedikit gambar untuk entri bercerita yang panjang...=)


Boleh tengok bagaimana kami menghabiskan masa hari pertama kami. Okey, jangan salah faham. Yang coklat kat tengah-tengah tue budaka dik-beradik mahupun bibik, tapi kucing kedai yang nak inteframe. Hey! Tak tahu ker kucing sekarang banyak yang jadi model iklan makanan sendiri???

Sudah sampai Lumut mengapa tidak kita singgah kawasan membeli-belahnya. Tapi, kedai di Lumut nih, tutup awallah pulak. Hampeh gituu~



Sekian, jangan lupa untuk Part 2 yang lebih mencabar minda! Muahahaaha...

No comments: