Monday 13 February 2012

::: MELAKA. KOTA BERSEJARAH ( Jalan-jalan )

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua...
Cuti hampir tamat...Masa untuk fokus pada tugas rasmi...Dan sebelum kesibukan menghantui diri, mari menghabiskan masa dengan semua entri tertunggak supaya tiada penyesalan...Ececeh...Boleh pulak ada penyesalan...Gituu~

So, jangan buang masa...Huda nak kongsikan pengalaman berjalan-jalan Huda kat Melaka...Huda masukkan dalam part Jalan-jalan sebab saja nak asingkan daripada part muzium..Boleh terima alasan tue tak? Hehe...Okey, jom start...

Kat Melaka ada sangat banyak tempat untuk anda singgah...Make sure GPS berfungsi lah...=) Tapi, signboard banyak, takkan sesat punya...Huda memang pernah pergi Melaka before this tapi belum habis jelajah Melaka nih lagi pun...Melaka nih bukanlah seluas Johor, tapi serius, tak sempat bhai nak pergi semua tempat...Sebab, kat satu-satu tempat tue, mesti habiskan hampir 3jam...Kenapa? You should go first and find the answer...Hehe..

Pantai Klebang...Hanya untuk rehat dan mencuci mata sahaja...Tidak dibenarkan mandi ya! Juga, maksiat adalah dilarang...=)

Nampak tenang jer...Oh ya, waktu nih pagi lagi...Around 9 am...Kalau petang, ramai main layang-layang...

Jonker Walk...Boleh dapatkan perkhidmatan beca untuk ke sini kalau malas jalan kaki...It will cost you RM10..Huda suggestkan korang kalau nak beli cenderamata beli kat sini sebab lebih murah berbanding kawasan lain...Tak percaya? Surveylah sendiri...

Jonker Walk nih sangat best sebab banyak pameran barang antik dan pelik-pelik...Lepas tue, bentuk kedai pun masih bercirikan tradisional..Rasa seronok jer nak mencuci dompet...Kehkehkeh....

Aha...Tempat nih tak payah cakap pun semua orang mesti singgah selalu...Bukit St.Paul

Boleh baca sejarahnya di sini...

Perkuburan Belanda..Kan??

Terasa macam kat oversea gituu~

Sekitar kawasan bandaraya Melaka...

Runtuhan A'Famosa...

Berdekatan sini, ada banyak kereta warisan yang boleh korang naik dan berpoya-poya...Tapi masa nih, banyak tempat renovated...

Dikatakan inilah kereta yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama...Boleh search nama PM pertama kita ya...

Kereta bomba...

Menara taming Sari...RM10 per person...Bolehlah tahan best...Tapi, sekejap sangatlah...Macam baru naik dah kena turun...

Pemandangan kota Melaka menerusi Menara Taming Sari...sebelum naik menara nih, korang boleh dapatkan perkhidmatan photographer dan jika suka hasilnya, silalah ambil gambar korang berharga RM55 (gambar berframe + gambar dalam botol kaca)

Boleh jugak feeling-feeling dalam menara sebelum kena sound "Sila duduk di tempat masing-masing"..HAHA

River Cruise..Harga ikut umur...RM10 dewasa...RM5 kanak-kanak...Bolehlah daripada tak ada...

Tengok muka, penat gilekan...Belum tidur sejak jam 7 pagi berjalan...Masa nih pukul 10 lebih tak silap...

Masjid Selat Melaka...Cantiknya sebab berada atas air dan luaran nampak cantik...Dalam biasa sahaja...

Kelebihan masjid nih adalah sejuk, ada tempat kanak-kanak, ada Gintell Rest N Go...Yeayy...

Haruslah bergambar dengan bangunan warisan ini okey...Barulah yakin kita sudah berada di kota Melaka...

Mujur abang beca nak tolong photokan kami...Kalau tak, you ambil gambar I, I ambil gambar you...Aww!

Wall of Portugis...Mari feeling-feeling angin bayu di sini...

MELAKA best...Best...Tapi dodol tak dapat murah...Hahaha...


Hei...Edisi Khas Melaka belum tamat tau...Tunggu tau...And, sorry berry-berry...Kualiti gambar sangatlah tak mengkagumkan...Sebab hanya menggunakan kamera hp sahaja...Gambar pun dikecilkan sebab tuntuan design blog...Huhuhu...Harap maafkan orang yang noob nih...Boleh komen ketidakpuasan hati anda...


Till then, Assalamualaikum...

No comments: