Saturday 11 February 2012

::: MELAKA. KOTA BERSEJARAH ( Kompleks Muzium Stadthuys )

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Hari ini Huda mahu kongsikan himpunan muzium-muzium kat Melaka yang Huda dan Zatie dah pergi...Ermm, ini bukan entri untuk menunjuk-nunjuk atau apa, cuma, apa yang Huda lalui mahu Huda kongsikan di sini...Hudakan bakal guru..HEHEHE...Sila tepuk dahi masing-masing...KEHKEHKEH...Itu hari, masa kat Melaka, cuaca sangat panas lah...Huda macam tak larat sangat nak menapak satu-satu...semua tempat parkingkan berbayar, kalau parking sebarangan kena saman, jadi, Huda buat keputusan park kereta kat tempat murah dan selamat (belakang balai polis) dengan harga RM 1.50 sehari suntuk dan berjalan keliling Melaka...Hebat...Sebab panas, perjalanan agak lemau, jadi masa untuk ronda dalam muzium jadi pendek...Banyak benda tak sempat tengok...Kena tengok sekali imbas dan ambil beberapa keping gambar sahaja..Sedih...patutnya muzium tutup malam lah...Lama sikit dapat tengok-tengok...

Huda pergi kat Kompleks Muzium Stadthuys, harga tiket RM 10 untuk semua muzium sekitar tue...Mahal tak? Bolehlah...Besar dan banyakkan...Antara muzium yang boleh dilawati dengan harga RM 10 tue adalah Muzium Sejarah dan Ethnografi, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Sastera, Muzium Pendidikan dan Muzium Yang di-Pertua Negeri...Sebenarnya ada banyak lagi tapi kami tak sempat nak pergi...Dah tutup...Semua muzium nih, kat kawasan Banda Hilir...Alah, bangunan warna merah tue...Best sangat..Banyak informasi yang boleh kita tengok...Walaupun anda bukan dibidang sejarah, for sure, anda akan teruja dan terus meminatinya...So, enjoy it...

Pintu masuk muzium...

Wang. Money. Fulus.

Pakaian tradisional Melaka.

Pejabat Gabenor..If I not mistaken...HEHE

Pejabat gabenor lagi..

Barangan tembikar

Pengantin tahun tradisional...HEHE

Pengantin tahun moden...HAHA...

Peragaan pakaian mengikut bangsa di Melaka...

Songket kot...=)

Pakaian Rasmi..

Muzium yang di-Pertuan Negeri, boleh berehat-rehat...

Pengantin Portugis.

War Is A Crime.

Kalau kita ditempat mereka, macam mana...

DESTRUCTION. 

Kesakitan tubuh badan tak sesakit hati...

Penyeksaan demi penyeksaan...

Kekejaman tanpa perikemanusiaan...

Terasa azabnya menjadi mereka...Al-fatihah...

They could be your children...

Hentikan penderitaan mereka..Tapi, bagaimana???

Semakin banyak Huda baca dan lihat, semakin banyak yang Huda tak tahu...Semakin takut untuk memegang title sebagai guru...Besar cabarannya...Bukan sahaja Huda perlu memberi mereka material, tetapi, kesannya yang paling penting...Jikalau mereka mampu menghafal satu kandungan buku teks sejarah sekalipun, mampukah apa yang dipelajari itu membuka mata dan hati mereka? Atau mereka turut menjadi duri dalam daging? SubhanaAllah..Permudahkan urusanku...


Tunggu episod seterusnya ya...=) Keep reading...

3 comments:

Mata Pena Fadz said...

wah cikgu sejarah kite...ke melaka lah... :)

Mata Pena Fadz said...

wah cikgu sejarah kite...ke melaka lah... :)

Unknown said...

hehehe...Jom fad...kita berjalan-jalan pulak