Wednesday 18 January 2012

::: 18 Januari 2012 :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Apa istimewanya tarikh nie? Tarikh keramat nih...Sebab, hari ini adalah hari lahir Huda...Nothing special about hari lahir Huda...Cuma yang specialnya, sebab tarikh nih mengingatkan Huda kepada susah dan payahnya mama melahirkan Huda...Tak terbalas sangat keperitan itu...Sepanjang 23 tahun usia Huda, banyak kali buat mama marah, geram, sedih dan macam-macam lagi...Dosa bertimbun tak boleh nak ingat...So, umur 23 tahun ni, Huda mengharapkan Huda menjadi anak yang lebih baik untuk mama dan ayah...Family..Kawan-kawan...Semua yang berjasa dengan Huda...Cikgu-cikgu daripada taska sampailah ke universiti...Terima kasih atas kebaikan kalian sepanjang tempoh saya membesar....Syukur Alhamdulillah atas kurniaan-Nya...


Merek kekuatan saya selama ini...Terima kasih~

Selain daripada niat merubah diri tersebut, Huda juga berazam...Yeah...Berazam weh...Tak pernah-pernah dalam hidup Huda ada azam...Selalunya hidup ikut rentak,ikut nafsu...Main bedal jerk...Sekarang dah berazam...Mestilah...Dah pangkat mak-mak nih...HAHAHA....Azam Huda adalah menurunkan berat badan sebanyak 20kg...Banyaknya...Sebab Huda dah overweight sekarang nih...Ikut nasihat pakar kesihatan, Huda mesti loose 20kg...Banyak dan susahnya...Tapi, why not kita trykan...Untuk kesihatan jugak...Kalau tak, mesti jantung problem...Tak nak...Muda-muda lagi dah semput naik tangga 4 tingkat...Spoiled...Masalah berat badan nih, tak boleh main-main....Sebab lemak yang terkumpul dan mendak kat laluan jantung akan bermasalah untuk pengepaman darah...Lebih kurang macam tue lah yang Huda faham...Nanti kalau dah kritikal, kena guna macam pam ker apa erk, HEHEHE, lupa, untuk pecahkan lemak yang terkumpul tue...Sakit dan belum tentu akan membantu...Mungkin kita semakin parah...Sementara umur masih muda, tenaga masih kuat nih, Huda nak tanamkan kesedaran dalam diri untuk jaga kesihatan...Bila kita sihat, for sure, kita akan cantik...Mak suka!!! Untuk merealisasikan azam nih, Huda akan megurangkan dan beransur-ansur menghentikan tabiat :

1. Makan masa nak tidur...Memang style Huda nih...Sebelum tidur makan...Makan nasi pulak tue!!!
2. Lepas makan baring...Memang pemalas sangat...
3. Nak perbanyakkan minum air masak...Sebab, sebelum nih, Huda tak suka minum air putih/air masak/air jarang...
4. Mengurangkan makanan fast food...Erm...KFC, Marrybrown, Kenny Rogers terpaksa dilupakan...
5. Mesti jogging dan sit-up...Ececeh...=)


Agak-agaklah, 20kg berapa bulan boleh lupus? Jom mengira hari pelupusan 20kg bermula sekarang...HEHHEHE...Ayah Huda selalu ketawa jer kalau Huda kata nak diet dan bersenam...Sebab, lepas berlari, Huda balik carik nasi dan air batu...So?? Lemak berketul-ketul menari-menari dalam badan! Memanglah Huda tengok azam nih macam mustahil dengan sikap Huda, tapi, Huda yakin ia bukan sesuatu yang mustahil untuk Huda lakukan...Hendak seribu daya, tak hendak banyak dalihnya...Doakan ea guys...Walaupun Huda kata nak loose 20kg, tapi, Huda tak berniat untuk menghentikan makan...Sebab, ada yang Huda tengok tue, terus tak mau makan nasi...Huda takut lah effect kat kesihatan pulak...Huda buat slow-slow gitu...Perubahan itu mesti ambil masa yang lamakan...

Mari menurunkan berat badan!!


Till then, thanks for all wishes...Memang Huda hidden birthday Huda kat Facebook sebab Huda nak tengok berapa ramai kawan-kawan yang ingat birthday Huda...And, memang Huda off wall, sebab.....Nanti penuh lah wall...HEHEHE...

8 comments:

Anonymous said...

patutlah sya x blh tls kt wall awk...
suka bca entry kt blog awak...
deabakk...
izzati

Mata Pena Fadz said...

:) hepy bufday dear..
comel la bambam...lau kurus cm fad nti sush...

Unknown said...

izzati: aik..hari ni awak adalah satu2nya orang yang wish saya di semua medium...


fadz mahad: untuk kesihatan perlu..sebab hampir sakit jantung kerana gemuk...

gadiest ❤ said...

happy birthday sayangggggggggggggggg!
saya xlupa birthday awak.tp sy xde kredit nak wish.

aWinMelloW said...

happy birthday...hope ur wish will become real!!! do it slowly, kurangkan mkn nasi and gantikan dgn fruits n vege...good luck 4 ur mission :)

Unknown said...

chayou2 diet!

Unknown said...

Jannah: tak da hal lah...besday sahaja...

Awin: terima kasih...

Merah jambu:kita dah follow awak...awk pun tgh diet jgk?

Unknown said...

yup..sya pun tgh diet.hekhek.Gi lah blog sya..there are a lot of information pasal diet. Saya dah berjaya turun dr berat 52 ke 45 kg! tapi, still on the diet. Chayou!