Wednesday 25 July 2012

Hari ke-22 : ENNYAU, saya suka awak!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Selasa (24 Julai 2012)
Hari nie 4 Ramadhan, terbangun lewat untuk bersahur. Uhuk uhuk uhuk. Mujurlah cuma ada dua kelas sahaja. Kalau tak, apalah nasibnya nanti. Kurang sedikit tenaganya untuk menghambur kata. Kikiki. Sungguhpun rumah sekangkang kera dengan sekolah, namun, target punch card adalah tak lewat daripada 7.15 pagi sebab macam tak cantik kalau punch card lambat. Jadi, lincah bersiap untuk ke sekolah. Keluar jer pintu, ternampak budak comel banget nie tengah panjat pagar nak buat aksi kura-kura. Ewah, kucing multiple agaknya dia fikir diri dia. Dah jadi kucing, nak berangan jadi kura-kura. Sempat jugak snap-snap gambar si comel yang dipanggil "ENNYAU" nie. ENNYAU nie baik tau, dia hanya bergerak, bermain dalam rumah tuan dia saja. Tak merayap pun. Hehhehehe, kakak suka kamu tau. =)


Pagi-pagi lagi dah bertemu dengan guru pembimbing yang disayangi iaitu Kak Ifah, Semoga Allah merahmatimu kakak. Ditegur, diajar, diterangkan, dinasihati dan diberi begitu banyak nasihat dan curahan pengalaman serta tunjuk ajar yang perlu dalam proses dan perjalanan menjadi seorang guru. Kak Ifah sempat berpesan, jangan pernah rasa sedih atau risau seandainya kita tidak diberikan A untuk markah praktikum ini kerana itu hanyalah ukuran mata kasar seorang manusia. Yang penting adalah berapa banyak usaha yang telah kita lakukan, berapa banyak pengalaman yang telah kita kutip dan berapa banyak pelajaran yang telah kita belajar. Kita bukan buat semua ini kerana markah, tapi kita buat semua nie kerana kita memilih jalan ini. Usah merungut, usah rasa sedih dan usah gusar. Hadapi semuanya dengan tenang, hadapi semuanya dengan senyuman. Insha-Allah, Allah swt permudahkan urusan kita, Allah swt mudahkan niat kita. 

# Mana-mana sekolah pun, kita akan berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar. Jangan pernah menyesali takdir yang tertulis untuk kita. Allah swt menguji kita kerana kemampuan kita menghadapi ujianNya. #

Hari nie jugak masuk kelas 4 ABM. Ohoho, walaupun mulut mereka pot pet pot pet macam orang tak puasa, tapi, semuanya baik dan rajin belaka. Semua hantar latihan yang disediakan untuk mereka. Kalau rajin merujuk buku teks dan membuat latihan, insha Allah, mari kita doakan mereka semua berjaya, lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan berkehidupan yang baik dan lebih baik. Sayang korang. Hiks.

Petang semalam membeli barangan dapur. Jugak memasak sup sayur untuk di makan bersama ikan masin. Yuhuu. Sedapnya. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbakti kepada bangsa.

Till then, ZZZZZZZZ.

2 comments:

Mata Pena Fadz said...

wah ada miaaaoooowww baru la kt uma die~ :)

Unknown said...

Aah, Fadz.
Tapi Ennyau yang nie pemalu...
Fadz, raya datang rumah dgn en Tunang okey?