Monday 2 July 2012

Review filem Mael Lambung dan Hot and Roll, East Coast, Kuantan

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Hari nie hari cuti. Kami tak plan pun nak berjalan sebab duit tak masuk lagikan. Kerja macam biasa lah. Bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, tak terasa pun penatnya. Jadi, aktiviti dan tugas sebagai guru tue, setakat nie berada dalam tahap terkawal dan okey saja. Bangun agak lewat sebab malamnya jadi burung hantu. Bangun-bangun, masak, dan ingat nak print kerja sekolah. Sebab besok akan mengajar masa pertama dan kedua. Macam tak sempat nak mintak staff pejabat buat. Jadi, keluar bajet sendirilah yang mudah. Fikir-fikir dah alang-alang keluar tue, elok sangatlah kita bersuka ria sebelum besok memantapkan vokal memasing. Kan3?

Ajak Asni moh kita tengok Mael Lambung. Kita gelak-gelak sikit. Tanya kakak serumah kat mana cinema terdekat. Kak Fizah cakap pergilah EC Mall. Okey, so, petang tue lepas Asar, kami gerak ke sana. Mai aii, pusing carik parking sampai setengah jam bhai. Lenguh kaki tekan brek dan clutch. Macam give up tapi, hati mahu juga tengok itu cerita. Maklumlah, ada orang tengok tak ajak kita~ Sampai jer terus cari mana cinemanya. Pergh, naik turun lif mencari. Akhirnya, jumpa jugak lepas tengok map mall tue. Sabar sajalah! Dapat tiket pukul 6.20 petang. Bolehlah. Kami carik barang-barang sekolah dulu. Tengok-tengok keadaan sekitar mall. Erm, kawasan nie sesuai untuk mereka yang bajet besar. Untuk kita-kita nie, macam tak sesuai. Agak mahal. Jalan-jalan, kami jumpa nie. Hehehe. Huda, pasal makanan, jangan kata nak tolak, memang tak tolak. Membelilah Hot and Roll. 

Hot and Roll nie ada dua jenis. Boleh pilih nak crispy atau paratha. Kalau crispy, dia rangup. Kalau paratha, macam makan roti canai gitulah. Tapi, lagi sedap sebab tepung dia sedap. Hehe. Ada banyak flavour, pilih saja. Macam tadi, Huda pilih yang paratha, sebab LEBIH MURAH dan sedap. Pilihan perisa adalah BBQ Chicken. Asni pulak makan Chicken and Cheese. Erm, setiap tambahan cheese akan dikenakan charge RM1. Deng!

Sudah nampak tanda-tanda kegemukan mula menyelubungi diri. Habislah habis.


Lepas tue, masuk wayang tengok Mael Lambung. Erm, cerita nie Huda bagi 3/5 bintang. Dari sudut lawak dan kelakar, of coz dapat 5/5 bintang sebab Huda ketawa non-stop. Kekeke. Mael Lambung, watak Zizan memang banyak mesej yang disampaikan. Jaga perlakuan antara lelaki dan perempuan, jangan ambil rasuah, jadilah pemimpin yang bertanggungjawab dan banyak lagilah. Tontonan UMUM. Cuma, ada beberapa part yang agak tak sesuailah untuk kita-kita nie menengoknya. Mungkin Huda tengok tanpa perasaan yang lebih-lebih, hanya fikir lawak. Tapi, some peoples mungkin fikir lagi jauh. Jadi tak moleklah untuk orang Malaysia nie. Orang Malaysia nie, tak boleh terlalu didedahkan sangat. Cepat saja terpengaruh! Jadi, pengarah filem lepas nie bolehlah fikir something untuk improve lagi tahap ketatasusilaan masyarakat kita. Biarlah sesuatu yang dihasilkan itu, besar manfaatnya kepada orang lain. Tapi, yang terkenanya dengan diri sendiri tue memang tak boleh blah lahkan. Mael Lambung pesan, janganlah asyik berblog saja. Jangan sibuk nak Twitter kisah-kisah masyarakat. Jangan bergosip. Tapi, pesanan Mael Lambung tue, ada baiknya. Janganlah sesuatu penulisan kita tue, biar dalam bentuk apa pun, menganggu ketenteraman, sibukkan hal orang lain. Kan tak elok. Kalau kawan kita tersilap, kita tegur cara baik. Jangan kita jaja cerita dia. Bukan menunjukkan kita baik tapi menunjukkan keburukan kita juga akhirnya. Jadinya, menulis dengan hatilah. Yang membaca pun, kena guna hati jugak. 

Nah, MAEL LAMBUNG in da house.


Apapun, saya happy sangat hari nie. Balik dari sana, sekarang nie baru gigih sambung tampal kertas dalam buku latihan pelajar. Manja betulkan student. Tapi, serius, saya GEMBIRA menjadi GURU. Tak ada kerja yang mudah. Semuanya sukar kalau kita tak buat dengan ikhlas. Jadi IKHLAS dan SABAR adalah kunci KEBAHAGIAAN. 


Nota : Khusyuk tengok wayang dan berjalan, minyak kereta tak ingat nak isi. Apa sudah jadik??? 



Till then, kawan-kawan praktikum UPSI yang lain sedang buat apa tue? Jangan sampai jadi tukun di sekolah tau. Kerja, kerja jugak. Diri sendiri kena jaga, jangan sampai jatuh sakit. Siapa tak sihat, cepat-cepat pergi klinik. Wasalam.

No comments: